Wednesday, December 28, 2011

bakal

..bismillahirrahmanirrahim.. 




salam imtihan

"ya Allah, ya Rahman, ya Rahiim..
janganlah KAU jadikan imtihan ini 
sebagai penghalang untuk kami 
menggapai, memahami dan mengaplikasi 
secetek ilmu dari lautan ilmu-Mu yang amat luas.. 
Kau jadikanlah ia sebagai medium
agar kami menjadi hamba-Mu yang lebih tunduk dan taat" 

..ameen..

"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 

 ..wassalam..

Thursday, December 15, 2011

apabila air mencukupi dua qullah~

..bismillahirrahmanirrahim..



hampir kaku si jari lama tidak menari di sini
tiada alasan untuk kukatakan sibuk penghalang
sedang diri masih diberi masa menikmati rehat dari-NYA

11-13 NOVEMBER 2011
KOTA BHARU, KELANTAN
NADWAH KEPIMPINAN SEKOLAH IKRAM-MUSLEH
penglibatan 13  BUAH SMI seluruh Malaysia

Alhamdulillah
bertuah, bertuah..
dikurniakan ruang untuk bersama mereka
bersama si kerdil berjiwa gergasi
yang bakal kulihat di arena ini
suatu hari nanti
ya! tidak lama lagi

terkenang saat kudulu juga begitu
setia duduk di kerusi itu
hanya mendengar dan berfikir
tidak jauh dari hanya dalam kotak petak
berkeluasan sebuah sekolah
dibatasi pagar pembentuk peribadi

namun kini
jauh dari itu yang PERLU kufikirkan 
tiada perbatasan selain batas akhir pemikiran insan
iaitu penentu masa depan
pembentukan sebuah angan khayalan
terwujudnya dunia berpatuhkan satu kata
khilafah islam tertegak
mengarah manusia sedunia kembali kepada fitrahnya

.................................................

apabila air mencukupi dua qullah
maka tiada batas untuknya berjasa
semua memerlukannya
kerana ia sesuci2 air
yang bakal membasahi tubuh sang penghadap Rabbi
walau dalam apa keadaan sekalipun
walau mengandungi najis kotoran
ia tetap diperlukan
selagi mana tiada berubah keadaan asalnya

ya
itulah SAYA, KAMU, dan MEREKA semua

apabila sudah mencapai tahap kefahaman islam
maka tiada batas untuk kita berjasa
arena ini, sektor itu..
semuanya memerlukan kita
walau dalam apa keadaan kita sekalipun
walau noda dosa masih tersisa
masih tetap kita perlu bekerja
selagi mana kita masih berorientasikan kompas Illahi

sahabat
sudah tiba masa kita raihkan bersama
dari generasi dulu, kini dan selamanya
usaha, usaha dan usaha
demi mencapai yang terbaik buat ummat
demi memelihara kepentingan kesejahteraan sejagat


tiada lagi masa untuk dibaziri
selagi nyawa masih setia bersama jasad
selagi itu kau perlu berkhidmat!

.......................................................................

rindu suasana yang dulu
dalam kotak petak sekolah kecil itu...


...juga mengimpikan akan datang
suasana yang sama dalam bulatan globe terbentang



"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 

..wassalam..

Thursday, November 10, 2011

L.A.L.U

..bismillahirrahmanirrahim..

kadang kita sampai rasa bersalah tahap paling maksimum
jatuh!
rebah!!
tersungkur!!!

argh..
sampai da xlarat mengawal rasa hati
pencilkan diri
rela bersendirian melayan perasaan
jasadi nampak tenang
namun rohani sentiasa memikirkan

aisy..
rasa bersalahnya!
bersalah kepada diri sendiri
bersalah kepada orang sekeliling
dan
paling takut, bersalah kepada Rabbul Jaliil

malu pun
pada siapa?
diri sendiri, masyarakat sekeliling
dan malu paling
kepada-NYA yang mengetahui segalanya

ya ALLAH
diriku hamba-MU yang lemah
sentiasa melakukan kesilapan
sentiasa dibelenggu kejahilan
walau
ENGKAU telah memberikanku pengajaran ISLAM termahal
walau
ENGKAU telah menghadiahkanku suasana ISLAM terindah 
namun
masih sanggup kumelakukan
apa yang telah ENGKAU larang
namun
masih sanggup kutinggalkan
apa yang telah ENGKAU perintahkan

astaghfirullah..
astagfirullah...
astaghfirullahal 'adzim

wahai diri
wahai teman
wahai taulan

"tiada masalah, selagi mana dikau bisa mengambil pengajaran!"
[majalah tarbawi]

ALLAH itu al-Ghafuur
DIA Maha Pengampun
maka
jangan kau lupa utk bertaubat kepada-NYA

dan...
mulakan hidup barumu
meninggalkan segala yang dulu
kerna sehingga kini kau masih punya waktu

dengan segala yang lalu
yang baik jadikan tauladan
yang buruk jadikan sempadan

ketahuilah
ANDALAH HERO!
dalam layar pentas berjudul, "kehidupanku.."

salam perubahan~


 "Kata pengatur bicara
Lidah saksi segala
Di hadapan Rabb pemilik kita"

 ..wassalam..

Saturday, October 29, 2011

2S = ?

..bismillahirrahmanirrahim..

"senyum terukir tanpa balasan
apatah lagi salam terlalu sukar diungkapkan"



astaghfirullahal 'adzim
susah sangatkah utk membalas senyuman
terhadap seseorang yang cuba tersenyum kepada KITA?

kadang kala sampai tersipu malu
bertambah tanda tanya dalam diri si penyenyum
apabila senyumnya tidak terbalas
ketika bertemu dan berselisih

argh, senyum pun susah!
apatah lagi saling memberi dan menjawab salam
huh, memang payah masyarakat skrg
ya, mungkin benar kata org, "nowadays, nothing's free"
tapi takkanlah sampai menghubungkn talian persaudaraan pun perlu berbayar?

lupakah kita akan hadith Rasulullah saw ada menyebut;

"Kamu semua tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman, dan tidak pula sempurna imanmu sehinggalah kamu berkasih sayang antara satu sama lain. Mahukah daku tunjukkan pada kamu semua satu perkara yang apabila kamu melakukannya kamu akan berkasih sayang? Sebarkanlah salam antara kamu” 
[HR Muslim]


malu kot!
malu rasanya apabila mengenangkan kisah sahabat ini
jauhnya perbezaan di antara KITA dgn MEREKA

Dari Thufail bin Abu Ka’ab ra. bahwa ia datang menemui Abdullah bin Umar ra., lalu keduanya pergi ke pasar. Thufail menceritakan, “Tidaklah Ibnu Umar melewati orang di tengah jalan atau menjual barang dagangan atau orangorang yang lain, kecuali la mengucap salam kepada mereka. Pada hari yang lain saya datang ke tempat Abdullah bin Umar, kemudian ia mengajakku ke pasar. Saya menjawab, ‘Apa yang akan anda perbuat di pasar? Anda tidak membeli, tidak bertanya tentang harga barang, tidak menawar, dan tidak duduk di tempat-tempat duduk (yang ada di pasar)? Lebih baik kita duduk-duduk di sini dan bercakapcakap.’ Abdullah bin Umar menjawab, ‘Wahai Abu Bathan (panggilan bagi Thufail ra.), kita berjalan demi mengucapkan salam pada setiap orang yang kita jumpai.” 
[HR. Malik dan Al-Muwatha’ dengan sanad yang shahih]



subhanallah

yuk kita hidupkan kembali SUNNAH ini!!


2S = SENYUM + SALAM


*maaf andai sblm ini penulis pernah tidak menghiraukan/ mempedulikan senyuman/ salam drpd anda. maaf sekali lagi.

[note] ucapan takziah buat junior ana, ukht siti nor ain rosli (batch 6 alamin kemaman) dan keluarga atas pemergian emak dan adik (ting 1 d alamin kemaman) ke rahmatullah dalam kemalangan d lebuhraya Tapah semalam. moga roh mereka dcucuri rahmat-NYA. semoga ukht (cedera parah d muka dan kepala) cepat sembuh dan dberi kekuatan utk mengharungi ujian ini. ya ALLAH, hanya pada-Mu sumber kekuatan buatnya. al-faatihah..


"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 
 ..wassalam..

Monday, October 17, 2011

jenguk

..bismillahirrahmanirrahim..

jemput jenguk-jenguk semua
moga bermanfaat buat semua

"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 

..wassalam..

Wednesday, October 12, 2011

nak cuba?

..bismillahirrahmanirrahim.. 

macam teringin nak berteka-teki pun
jadi, siapa yang rasa tahu jawapan, bolehlah jawab


dalam 5-5  solat fardhu
solat mana yang..
BOLEH JADI PALING BANYAK ADA TAHIYYAT ??

susah ke?
baiklah, buat soalan objektif
pilih satu jawapan yang betul

a. subuh
b. zohor
c. asar
d. maghrib
e. isya'

hmm, petik jari boleh jawab
cuba ya

"..dalami agama sambil merehatkan minda.."

"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 
 ..wassalam..

Tuesday, October 04, 2011

bahagia

..bismillahirrahmanirrahim..

hanya kata akhir ini yang akak tinggalkan buatmu;

"..keBAHAGIAan akan lahir 
dari keSYUKURan.."


fikirkanlah

"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 

 ..wassalam..

Wednesday, September 07, 2011

hilang

..bismillahirrahmanirrahim..


hilang
peritnya rasa kehilangan itu
bukan senang, bukan mudah untuk melaluinya

saat jari menari laju menaip sms
hanya hati yang mampu bersuara
mendoakn apa yang dibayangkan tidak menjadi nyata
cuba melenyapkan lukisan khayalan minda

tit..tit..tit..tit...
deringan memanggil mohon dibaca
1 message received tertera
diletakkan di tepi alat itu
dibiarkan jauh agar tangan tidak tergapai

tenangkan hati, waraskan minda
akal mula berfikir akan qada' qadar-Nya
terus mencapai alat itu
membaca kata yang tertera di screen bernyala

ya
itulah yang kuduga
jawapannya sudah terpampang jelas
mereka bakal pergi meninggalkan kelas

jangan ingat kesedihan itu berpanjangan
kerana yakin akan ketetapan Tuhan
diri makin kuat bertahan
melihat keadaan insan matang bakal berjauhan
namun hati yakin mereka mampu meneruskan

walaupun selama ini peta DnT itu telah terukir
di atas kertas peneman tidur
ditampal pula di birai katil
namun itu semua plan seorang manusia
yang tidak mengetahui hikmah di sebalik segalanya

buatmu yang bakal pergi
usahlah dirimu menjadi seperti anak ayam kehilangan ibunya
teruskan perjalananmu di jalan ini
usah dikau berhenti
usah dikau menyimpangi
kerana ketahuilah jalan ini lurus
yang hanya mampu membengkokinya adalah satu
hasutan! hasutan nafsumu dan syaithan durjana
moga dirimu sentiasa di bawah lembayung hidayah Ilahi
terus kuat bertahan menjadi muharikah di jalan-Nya

buatmu yang kekal di sini
janganlah dirimu berasa tidak beerti
kerana sesungguhnya dirimu begitu berharga
bakal menjadi pewaris DnT di sini
kukuhkan langkah, teruskan perjalananmu
hilang mereka, tidak beerti hilang segalanya
masih ada mereka yang berbaki
bakal bersama menemanimu ke destinasi Ilahi

akhawati
biar luahan serta tangisan itu
bakal membawa kita mendekati redha-Nya
redha dalam mencari erti sebuah ukhuwwah hakiki
yang tidak pernah menjamin kemanisannya hanya ketika bersua
tapi sehingga sejauh mana ia terpisahkan
tetap ada ikatan murni itu
kerana yakinilah hubungan itu didasari atas cinta-Nya
yang telah menemukan kita walau berlainan benua

apabila hidup demi mencari redha-Nya
biarlah berpijak di mana, beg DnT akan terus digalas bersama

video di bawah khas buat kalian semua
(sofy, fiqa, ifah, ziera, syu dan dayah)
dan buat setiap pembaca nukilan ini
hayatilah setiap perkataannya
a nice video;
"Everything Begins With Tarbiyyah"


"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 

 ..wassalam..

Monday, August 08, 2011

tersingkap

..bismillahirrahmanirrahim..


helaian diselak
kata itu seolah membisu
namun hakikatnya hidup menggetarkan jiwa gersang
akhirnya menyalahkan diri membazirkan peluang dari ILAHI

ya
RAMADAN kembali menyubur
menegur silap diri selama ini
hanya dengan sepotong syair
menemplak kesombongan sang pelagak
yang hanya bergelar hamba kepada-Nya


إذا ما قال لي ربي
أما استحييت تعصيني؟
وتخفى الذنب من خلقي
وبالعصيان... تأتيني؟

ketika Tuhan berkata kepadaku
takkan kau malu bermaksiat kepada-Ku?
kau sembunyikan dosa dari makhluk-Ku
tapi dengan penuh noda kau menghadap-Ku?
[rujukan: alMuntalaq]

jika Imam Ahmad mengalirkan air mata mendengar syair ini..
apatah lagi kita
malu, malu, malu di hadapan-Nya!
astaghfirullahal 'adzhim

"Kata pengatur bicara
Lidah saksi segala
Di hadapan Rabb pemilik kita"

..wassalam..

Saturday, July 16, 2011

bertolak

..bismillahirrahmanirrahim.. 

dari teori akhirnya praktikal
alf hamdalah lillah

insya-Allah
17 julai 2011
esok kami akan bertolak ke sana
doakan kesejahteraan perjalanan
untuk merasai saat berpijak di bumi suci Ilahi
dan doakan dikurniakan kekuatan luar biasa
untuk mengerjakan ibadat kepada-Nya
ameen

"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 

 ..wassalam..

Thursday, July 14, 2011

4 sekawan itu

..bismillahirrahmanirrahim..

sharing moment at Pantai Teluk Mak Nik

bermusafir bersama pengerat ukhuwwah

menikmati keindahan alam di Sg Loh

menyedut udara nyaman di Pantai Kemasik

akhirnya, semua hanya tinggal kenangan


"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 

 ..wassalam..

Friday, June 24, 2011

since young

..bismillahirrahmanirrahim..

salam to all
i just found this video
simple but make me remembering about something

this song i've heard since young
yup, since i was in kindergarten
Tadika Nurul Iman
which i think almost all songs that i learnt there,
i still remember them until now

i can imagine 
how a wonderful moment i've spent there
3+ years without thinking of big problems
when doing something bad, others will say;
"ala, ni kan budak tadika lagi, bukan paham apa sgt.."
but now
if we did something wrong, somebody will say to us;
"kan awak pelajar U, patutnya dah tahu semua perkara ni.."
(senyum je klau org ckp camtu)

ops, ok.. ok..
let's watch the short-video
a song entitled A Way of Life


you may watch other songs in youtube
there're a lot
under the same producer
and i suggest you to watch them with your lil sis/bro
if you have any..
huh nice,
tarbiyyah since young! 
 
"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 

 ..wassalam..

Saturday, June 11, 2011

surat cinta

..bismillahirrahmanirrahim..

diri cuba mencari sinar kekuatan
terpanar sang mata melihat dinding tepian almari
ternyata di situ tercalit susunan huruf surat cinta
dari si dia yang amat kurindu di bumi Yogjakarta sana
layangan surat terkandung lirik nasyid hamasah

"..menapaki langkah-langkah berduri
menyusuri rawa lembah dan hutan
berjalan di antara tebing jurang
semua dilalui demi perjuangan.."  
(Izzatul Islam)

diri berbisik
KUAT! KUAT! KUAT!
bukankah pernah seorang ustaz berceloteh
dengan katanya;

"إذا كانت الدنيا حلوة، فلا نخرج من بطون أمهاتنا فنبكي"
[jika dunia adalah manis (sentiasa membahagiakan), maka kita tidak akan keluar dari perut ibu2 dalam keadaan menangis]

jadi?
sudah tentunya hidup ini sentiasa dilengkapi dengan ujian2 dari-NYA
apa yang harus dilakukan?
ingatlah kata ini
"sesungguhnya ALLAH bersama orang2 yang sabar"

moga semua terus thabat di jalan ini
ameen~

"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 
 ..wassalam..

Wednesday, June 01, 2011

semua dijemput pun!

..bismillahirrahmanirrahim..


 jangan lepaskan peluang untuk sama hadir!

"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 
 ..wassalam..

Saturday, May 21, 2011

once upon a time

..bismillahirrahmanirrahim.. 


Dipetik dari riwayat Ibnu Ishaq dan Ahmad dari Jabir bin Abdullah r.a

Kisah ini berlaku dalam Peperangan Dzatur Riqaa’
pada kesempatan itu tertawanlah seorang wanita Musyrikin
kemudian, ketika suami wanita tadi menyedari akan hal ini
dia terus bersumpah tidak akan berhenti mencari 
sebelum dapat mengalirkan darah para sahabat Muhammad s.a.w
lalu 
lelaki itu keluar mengikuti jeja perjalanan Rasulullah s.a.w. 

Ketika melalui lorong di suatu lembah Rasulullah s.a.w bersama para sahabat berhenti
kemudian baginda bersabda, 
siapakah di antara kalian yang bersedia menjaga kita malam ini?
maka majulah seorang dari Muhajirin dan seorang lagi dari Anshar 
lalu keduanya menjawab, 
kami bersiap sedia untuk berjaga, ya Rasulullah
Nabi Muhammad s.a.w pun berpesan,
jagalah kami di lorong mulut ini” 

Ketika kedua orang sahabat itu keluar ke mulut lorong
sahabat Anshar berkata kepada sahabat Muhajirin,
jam berapa engkau inginkan aku berjaga, apakah permulaan malam ataukah akhir malam?"
sahabat Muhajirin menjawab, 
jagalah kami di awal malam
kemudian sahabat Muhajirin itu berbaring dan tidur

Sedang sahabat Anshar melakukan solat,
datanglah lelaki Musyrikin tadi
dia dapat mengecam sahabat Anshar itu 
dan dia mengetahui bahawa sahabat itu sedang bertugas hirasah

Setelah meletakkan sasaran
kemudian lelaki Musyrikin itu memanah tepat mengenai diri sahabat Anshar
lalu sahabat Anshar mencabut anak panah dan terus berdiri tegak melanjutkan solatnya
kemudian orang musyrikin itu memanahnya lagi dan tepat mengenainya 
lalu sahabat itu mencabut kembali anak panah itu 
dan dia tetap berdiri tegak melanjutkan solatnya
kemudian, untuk kali ketiganya, 
orang itu memanahnya kembali dan tepat mengenai dirinya
lalu dicabut pula anak panah itu kemudian barulah ia rukuk dan sujud

Setelah itu
dia membangunkan sahabat Muhajirin seraya berkata, 
“duduklah kerana aku telah dilukai”
kemudian sahabat Muhajirin itu melompat mencari orang yang melukai sahabat Anshar itu
ketika orang Musyrikin itu melihat keduanya 
maka ia sedar bahawa dirinya sudah diketahui lalu ia pun melarikan diri

Ketika sahabat Muhajirin mengetahui darah yang melumuri sahabat Anshar, ia berkata,
“subhanallah, mengapa engkau tidak mengejutkan aku dari tadi?” 
sahabat Anshar menjawab, 
“aku sedang membaca suatu surah dan aku tidak ingin memutuskannya. Namun setelah orang itu berkali-kali memanahku, barulah aku rukuk dan memberitahumu. Demi Allah, kalau bukan kerana takut mengabaikan tugas penjagaan yang telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w kepadaku, nescaya nafasku akan berhenti sebelum aku membatalkan solatku....." 

begitulah
lakaran kisah seorang sahabat yang telah membuktikan kpd kita bahawa
"..Dakwah & Tarbiyyah Ini Tidak Dapat Dipikul oleh Orang yang Manja.." 


mencari kekuatan bersama
(3:146)
jom cek!


"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 

 ..wassalam..

Sunday, May 08, 2011

setelah sekian lama menanti

..bismillahirrahmanirrahim.. 

06.05.2011
Ihtifal SMI Al-Amin Kemaman 2010

alhamdulillah
sempat juga diri menghadiri majlis ini

logo baru bermula tahun 2011
kata kesyukuran tak terhenti dilafaz
apabila diumumkan bahawa
Penubuhan Sekolah Menengah Islam Al-Amin Kemaman telah diluluskan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu
setelah sudah lama saat ini dinantikan

bangunan kini
moga sekolah ini mampu bergerak maju seiring institusi2 pelajaran lain dalam mencapai misi melahirkan 4 golongan;
Ulama', Umara', Aghniya', Profesional
ameen

video salah satu program terdekat mereka tahun ini

"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 

 ..wassalam..

Saturday, April 30, 2011

az-Zikr?

..bismillahirrahmanirrahim..


kaki melangkah keluar dewan peperiksaan
cuba digagahkan dengan senyuman
puas? lega?
hati berbisik sendirian

sambil melayan persoalan teman2
"ha, seimbang x yg adjustment tadi tu?"
"yg bank recons ok x?"

mulut tiada bicara
hanya wajah menafsir jawapan mereka
"senyum2 tu maknanya okla tu"
"mesti xde masalah punya kan"

namun fahamilah
senyuman itu hanya dipaksa
cuba mengubati hati yang diundang gelisah tidak semena
jiwa itu bagaikan dikocak
oleh bisikan murni kata Illahi
peringatan dari-Nya
teguran lembut buat hamba yang leka

perjalanan pulang dituntun tanda tanya
tentang apa yang terjadi sebentar tadi
di medan perjuangan pena
hampir gugur sebelum sempat bertempur

sejurus kata "you may start now" mencuit telinga
pena masih belum mampu digenggam kuat
hati memujuk, diri cuba menyahut
akhirnya digagahkan jua
"bismillahi tawakkaltu 'alallah..."
helaian itu terus dibuka


huruf demi huruf diamati
digit demi digit diteliti
namun bisikan kasih-Mu masih setia bersama
memperingatkanku bahawa ia akan tiba
dan diri semakin menghampirinya
kerana ketahuilah bahawa ia amatlah dekat

tamatnya masa menjawab
tidak bermakna bisikan tadi mula melenyap
bahkan terus menguasai
memikirkan tuah diri 
dicuit peringatan ini berulang kali
dan ternyata bahawa
"paper Accounting sem ini sungguh memberikan peringatan mendalam buat diri amatullah ini" 

segalanya bermula
sedang diri sibuk membelek chapters yang berbaki
tempoh ulangkaji pula cuba ditamat tepat masanya
diselak helaian hadapan buku accounting
ternyata tertera tulisan surat teguran dari-Nya
   
"al-Muhaasib is one of Allah's names which refers as Him looking out of  what we are doing. Thus, learning accounting is more than understanding numbers and figures, it's more of understanding how one will be made accountable of what he/she is doing. There's a lot of reading between the lines of figures and numbers to be done when reading man-made financial reports too.."
(Principles of Accounting - USIM's edition)

ya
kata inilah yang menemaniku
sepanjang menjawab soalan exam tadi
"every transactions have to be recorded!"
akal memikirkan bekalan yang bakal dibawa bertemu-Nya
adakah balance?
atau mungkinkah akan wujud suspense account?
bagi semua amal baik burukku yang telah dicatat
oleh malaikat2 yang setia di sampingan ini
masanya bakal tiba sebentar sahaja lagi..

decide which now, do not delay
ditambah lagi dari itu
setengah jam sebelum peperiksaan bermula
satu panggilan cukup membuat kuterkedu
"assalamualaikum. boleh ummi cakap dengan awak sekarang?"
"kenapa ummi? boleh je"
"............ meninggal dunia............."
"innalillahi wa inna ilaihi raji'un"

telefon dimatikan
cuba mencari ketenangan
mencari ruang mengumpul kekuatan
ya Allah
sekali lagi Kau menyentuh nuraniku
dengan berita kematian abang saudara terdekat
yang baru berusia 23 tahun
meninggalkan seorang anak kecil berumur 5 bulan
allahyarham dipanggil Illahi ketika sedang makan bersama saudara2 lain
berkemungkinan kerana serangan jantung

langkahan kaki digagahkan ke dewan
sentiasa berfikir bagaimana insan semuda itu telah pergi
tiba2 meninggalkan jauh alam dunia
begitu awal dijemput menjadi tetamu-Nya
ke alam baru barzakh
moga rohnya bersemayam bersama mukminin
menjadi salah seorang kekasih-Nya
ameen

terngiang serangkap nasyid (last breath)
"..oh mark the words that i do say,
who knows tomorrow could be your day.."

begitulah
cuitan hati peringatan bersama

sahabat
sedang kita sibuk mengejar title 
orang paling bijak
orang paling excellent dalam pelajaran
namun ingatkah kita;

Dari Ibnu Umar R.A.
Nabi S.A.W. pernah di tanya, siapakah orang yang paling bijak wahai Nabi? Lalu Nabi S.A.W. menjawab, orang yang paling bijak adalah yang paling banyak mengingati mati dan bersedia menghadapinya.
Riwayat Ibnu Majjah.

moga bersama mendapat pengajaran darinya
(masih cuba menenangkan diri

"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 
..wassalam..

Sunday, April 24, 2011

bakal bermula

..bismillahirrahmanirrahim.. 

pertempuran medan pena bakal bermula di sini
[25/04/2011 - 13/05/2011]
salam imtihan buat semua
moga ALLAH mempermudah segala

"..biarpun di institusi mana dirimu ditempatkan, samada bertaraf atau tidak, itu tidak penting. Yang paling penting ialah kau beraksi dengan usahamu yang terbaik dan menjadi yang terbaik di institusimu itu.."
(diolah dari buku Menjadi Muslim Teenager Extravaganza)

"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita"

 ..wassalam..

Friday, April 22, 2011

daerah ini~

..bismillahirrahmanirrahim.. 

24 jam
1 anugerah, 1 nikmat, 1 ujian

adakah segalanya milikku?
tanpa diberikan sedikitpun kepada yang lain untuk merasainya??

bukan senang untuk berkorban
apatah lagi apabila diri sendiri yang akhirnya terkorban

"tarbiyyah"
demi kata ini kuharus terus berada di situ
kadang kuat
kadang lemah pula menghampiriku

berlawan dengan nafsu dalam diri
bisikan hati yang mula membimbangi kegagalan pasti terjadi
ditambah kata penyengat sekeliling
membuat telinga sudah tidak tertampung lagi kata mereka

namun
sumber kekuatan itu perlu kugali
dalam lembaran Quran ternyata banyak misteri
ya, ayat2 nikmat-MU 
memperkukuh langkahku di jalan ini
mengatakan, "kamu harus teruskan! kerna Allah akan membantumu!!"
dan ayat2 azab-MU
menggugah rasa dan keinginan untuk berpatah
takut untuk kuberpaling dari arahan Raja Dunia

..akhirnya..
ucapan ini cuba kulaungkan
"Wahai manusia, kami akan mempersiapkan diri dengan bekal yang kami miliki (iman dan keyakinan), dan kami akan menggenggam dunia sebagaimana para pendahulu kami"
[Hasan alBanna]

hayatilah nasyid ini
Algebra - Daerah Ini


Mereka kata kau akan sayu di daerah itu
Jawab aku selalu bersama Tuhanku
Kupasrah padaNya sehening tiupan salju
KernaNya aku rasa jitu dan mampu melebihi manusia beribu



Daerah ini daerah tenang sekalipun ada yang kata usang
Daerah ini daerah damai sekalipun sukar untuk sampai
Daerah ini daerah merdeka sekalipun ada yang memeranginya
Biarkan saja aku di daerah ini..



Kata mereka daerah mu itu jauh
Jawab ku pada Tuhan aku bersauh kukuh
Yang jauh itu jiwa yang mungkir
Padaku daerah ini amat hampir



Kata mereka daerah kau itu sepi
Jawabku aku tak pernah sunyi dengan alunan murni
Yang sepi itu jiwa yang inginkan pujian
Padaku cukuplah dengan irama keredhaan Tuhan



Daerahku ini daerah berpendirian
Berpaksikan firman Tuhan
Bukan hukum insan bukan gema sorakan bukan riuh tepukan

Daerah ini tak pernah peduli
Apa kata abdi atau pembesar negeri
Daerah ini berpasakkan Nabi
Bagindalah mimpi Bagindalah realiti..



Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari
Biarkan saja aku di daerah ini
Sendiri membawa diri & sanubari



Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari
Biarkan saja aku di daerah ini
Kerna aku mengerti ia amat suci & abadi



Di daerah ini, biarlah aku..


"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita"  

..wassalam..

Wednesday, April 20, 2011

amar makruf nahi munkar

..bismillahirrahmanirrahim.. 

Saat diri benar2 merasai
Aliran cinta kasih tiada henti
Terasa bagai ingin kujejaki semua sunnah itu
Tiba tergamam 
Merasakan diri masih belum mampu mengecapinya
 Itu, yang terbesar adalah 1
4 kata mampu menggambarkannya
"AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR"

Da besar rupanya, 10 tahun dah kot
"awak, jom kita main kat luar.."
ok, jom!
"ops, sekejap2.. kat luar tu ramai lelaki tau, kita kena pakai tudung."

Dalam kesunyian berada di Nilai, suara ini seringkali menjengah ruang pemikiran diri. Apatah lagi kata2 ini. Ia dilontar oleh seorang kanak2 berusia 9 tahun pada syawal yang lepas. Ya, perbualan adek (Hana' Sofea) bersama sepupunya (akak) berusia 10 tahun.

"okla kita pergi ambik tudung dalam beg sekejap. awak tunggu eh!"
"ok, xpe je tunggu.."

Tergesa2lah si akak mengambil tudung dan berlari keluar setelah selesai memakainya. Ketika khusyu' bermain basikal sekitar taman..

"eh, kita baru perasanlah.. kat blakang tudung awak nampak rambut.. rambut awak kan panjang, tapi tudung awak pendek pulak kat blakang"
"nak buat camne hana', kita ada tudung ni je"
"hmm, ok.. xpe2.. kalau camtu jomla kita main kat dalam rumah je, boleh?"
"dah tu nak main apa?"
"main apa2 yang ada.. yelah, kalau duduk kat luar nanti orang nampak pulak rambut awak"
"ok la.."

Kemudian, basikal pun disimpan dan adek terus dapatkan abah kat dalam bilik.

"abah, hana' rasa kena pergi kedai la malam ni, kita pegi The Store. abah nak gi x?"
"adik nak buat apa kat situ?"
"nak beli tudung.."
"la, adik kan da banyak tudung.. xyahla eh!"
"tapi hana' bukan nak beli utk hana' tapi utk akak.. dia ada 1 je tudung, pendek plak tu"
"owh, ok la.. malam ni kita beli eh"
"terima kasih, abah!"
(memang adek paling senang berterima kasih dgn org)
    
Pada malam hari tersebut

"awak ikut kita gi kedai eh"
"ok"

Setibanya di kedai

"ha awak, cuba tengok yang ni! cantik.. cuba awak pakai."
akak pakai sambil tersipu2
"ha, sukala tengok awak pakai tudung ni.. nampai lagi comel.. boleh eh awak pakai tudung ni lepas ni?"
"ok, kita pun suka gak"

Lepas je abah bayar
"awak pakai terus tudung ni kat sini boleh"
"nak! nak!"
"hurm, cantikla awak.. kita suka! lagipun, da xnampak rambut kat belakang. nilah baru tutup aurat. tapi awak jangan pakai kat rumah kita je tau. nanti kalau balik kampung pun awak pakai tudung yang sama saiz macam ni la eh.. barulah kita boleh main kat luar sokmo"
"ok, tengokla nanti.. kita suruh mak ayah kita beli lagi yang macam ni punya"

Tergambar di wajah adek muka yang sangat puas.. diri hanya mampu memandang dari jauh setiap gerak gerinya. hanya mampu tersenyum dan kadang memikirkan.. masakan budak 9 tahun mampu sedangkan diriku? hanya membiarkan segala kemaksiatan berlaku di sekelilingku tanpa rasa bertanggungjawab mengubahnya?

Berkata kepada ummi
"gdah rasa macam malu dgn adek tgk dia usha sampai camtu skali nak suruh orang pakai tudung"
"hmm, sebenarnya awak dulu pun gitu gak, berani je nak tegur salah silap orang sampai kadang2 macam mulut tu xde insurans"

Mungkin. mungkin itu dulu.. namun sekarang.? dan pasti juga perkara yang sama berlaku pada diri kalian. betul? namun ke mana hilangnya sikap berani dan tidak malu untuk nahi munkar? 
(xpe2, jangan jawab kat sini!)
moga adek terus bersikap begini sampai dewasa..

sayang sungguh pada-Mu, Rasulullah
namun diriku masih bermain2 dgn sunnah-Mu
apatah sunnah ini
"Mengajak kepada Makruf dan Mencegah yang Munkar"
moga ALLAH kurniakan kita kekuatan untuk memikul beban ini

sama2 ya semua!

p/s: memang saat2 beginilah, mula tergambar wajah keluarga di rumah.. moga mereka sentiasa dilimpahi rahmat-NYA.. i'll be there soon, insyaALLAH.. 


"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 
 ..wassalam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails