Wednesday, April 20, 2011

amar makruf nahi munkar

..bismillahirrahmanirrahim.. 

Saat diri benar2 merasai
Aliran cinta kasih tiada henti
Terasa bagai ingin kujejaki semua sunnah itu
Tiba tergamam 
Merasakan diri masih belum mampu mengecapinya
 Itu, yang terbesar adalah 1
4 kata mampu menggambarkannya
"AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR"

Da besar rupanya, 10 tahun dah kot
"awak, jom kita main kat luar.."
ok, jom!
"ops, sekejap2.. kat luar tu ramai lelaki tau, kita kena pakai tudung."

Dalam kesunyian berada di Nilai, suara ini seringkali menjengah ruang pemikiran diri. Apatah lagi kata2 ini. Ia dilontar oleh seorang kanak2 berusia 9 tahun pada syawal yang lepas. Ya, perbualan adek (Hana' Sofea) bersama sepupunya (akak) berusia 10 tahun.

"okla kita pergi ambik tudung dalam beg sekejap. awak tunggu eh!"
"ok, xpe je tunggu.."

Tergesa2lah si akak mengambil tudung dan berlari keluar setelah selesai memakainya. Ketika khusyu' bermain basikal sekitar taman..

"eh, kita baru perasanlah.. kat blakang tudung awak nampak rambut.. rambut awak kan panjang, tapi tudung awak pendek pulak kat blakang"
"nak buat camne hana', kita ada tudung ni je"
"hmm, ok.. xpe2.. kalau camtu jomla kita main kat dalam rumah je, boleh?"
"dah tu nak main apa?"
"main apa2 yang ada.. yelah, kalau duduk kat luar nanti orang nampak pulak rambut awak"
"ok la.."

Kemudian, basikal pun disimpan dan adek terus dapatkan abah kat dalam bilik.

"abah, hana' rasa kena pergi kedai la malam ni, kita pegi The Store. abah nak gi x?"
"adik nak buat apa kat situ?"
"nak beli tudung.."
"la, adik kan da banyak tudung.. xyahla eh!"
"tapi hana' bukan nak beli utk hana' tapi utk akak.. dia ada 1 je tudung, pendek plak tu"
"owh, ok la.. malam ni kita beli eh"
"terima kasih, abah!"
(memang adek paling senang berterima kasih dgn org)
    
Pada malam hari tersebut

"awak ikut kita gi kedai eh"
"ok"

Setibanya di kedai

"ha awak, cuba tengok yang ni! cantik.. cuba awak pakai."
akak pakai sambil tersipu2
"ha, sukala tengok awak pakai tudung ni.. nampai lagi comel.. boleh eh awak pakai tudung ni lepas ni?"
"ok, kita pun suka gak"

Lepas je abah bayar
"awak pakai terus tudung ni kat sini boleh"
"nak! nak!"
"hurm, cantikla awak.. kita suka! lagipun, da xnampak rambut kat belakang. nilah baru tutup aurat. tapi awak jangan pakai kat rumah kita je tau. nanti kalau balik kampung pun awak pakai tudung yang sama saiz macam ni la eh.. barulah kita boleh main kat luar sokmo"
"ok, tengokla nanti.. kita suruh mak ayah kita beli lagi yang macam ni punya"

Tergambar di wajah adek muka yang sangat puas.. diri hanya mampu memandang dari jauh setiap gerak gerinya. hanya mampu tersenyum dan kadang memikirkan.. masakan budak 9 tahun mampu sedangkan diriku? hanya membiarkan segala kemaksiatan berlaku di sekelilingku tanpa rasa bertanggungjawab mengubahnya?

Berkata kepada ummi
"gdah rasa macam malu dgn adek tgk dia usha sampai camtu skali nak suruh orang pakai tudung"
"hmm, sebenarnya awak dulu pun gitu gak, berani je nak tegur salah silap orang sampai kadang2 macam mulut tu xde insurans"

Mungkin. mungkin itu dulu.. namun sekarang.? dan pasti juga perkara yang sama berlaku pada diri kalian. betul? namun ke mana hilangnya sikap berani dan tidak malu untuk nahi munkar? 
(xpe2, jangan jawab kat sini!)
moga adek terus bersikap begini sampai dewasa..

sayang sungguh pada-Mu, Rasulullah
namun diriku masih bermain2 dgn sunnah-Mu
apatah sunnah ini
"Mengajak kepada Makruf dan Mencegah yang Munkar"
moga ALLAH kurniakan kita kekuatan untuk memikul beban ini

sama2 ya semua!

p/s: memang saat2 beginilah, mula tergambar wajah keluarga di rumah.. moga mereka sentiasa dilimpahi rahmat-NYA.. i'll be there soon, insyaALLAH.. 


"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 
 ..wassalam..

5 comments:

Sejadah_ungu ^__^ said...

salam...

ada org tu dah rindu2 an...sabar ya..lepas exam bole balik ganu!

muna majidah said...

ukht,

ana dpt baca dr comment, nti tgh trsenyum sbb ada kt johor en?

bukan! bukan!
bukan nak balik lps exam tp sebelum exam habis.. menanti~

AmirSyafiq said...

http://sayapenulisbarubelajar.blogspot.com/2010/09/kuatmcmmereka.html

syakirah said...

all the best exam~
kirim salam family ye gdah..
[lame x jume hana]

muna majidah said...

sya, bila lagi?
jemput2 mai tganu lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails