Saturday, April 30, 2011

az-Zikr?

..bismillahirrahmanirrahim..


kaki melangkah keluar dewan peperiksaan
cuba digagahkan dengan senyuman
puas? lega?
hati berbisik sendirian

sambil melayan persoalan teman2
"ha, seimbang x yg adjustment tadi tu?"
"yg bank recons ok x?"

mulut tiada bicara
hanya wajah menafsir jawapan mereka
"senyum2 tu maknanya okla tu"
"mesti xde masalah punya kan"

namun fahamilah
senyuman itu hanya dipaksa
cuba mengubati hati yang diundang gelisah tidak semena
jiwa itu bagaikan dikocak
oleh bisikan murni kata Illahi
peringatan dari-Nya
teguran lembut buat hamba yang leka

perjalanan pulang dituntun tanda tanya
tentang apa yang terjadi sebentar tadi
di medan perjuangan pena
hampir gugur sebelum sempat bertempur

sejurus kata "you may start now" mencuit telinga
pena masih belum mampu digenggam kuat
hati memujuk, diri cuba menyahut
akhirnya digagahkan jua
"bismillahi tawakkaltu 'alallah..."
helaian itu terus dibuka


huruf demi huruf diamati
digit demi digit diteliti
namun bisikan kasih-Mu masih setia bersama
memperingatkanku bahawa ia akan tiba
dan diri semakin menghampirinya
kerana ketahuilah bahawa ia amatlah dekat

tamatnya masa menjawab
tidak bermakna bisikan tadi mula melenyap
bahkan terus menguasai
memikirkan tuah diri 
dicuit peringatan ini berulang kali
dan ternyata bahawa
"paper Accounting sem ini sungguh memberikan peringatan mendalam buat diri amatullah ini" 

segalanya bermula
sedang diri sibuk membelek chapters yang berbaki
tempoh ulangkaji pula cuba ditamat tepat masanya
diselak helaian hadapan buku accounting
ternyata tertera tulisan surat teguran dari-Nya
   
"al-Muhaasib is one of Allah's names which refers as Him looking out of  what we are doing. Thus, learning accounting is more than understanding numbers and figures, it's more of understanding how one will be made accountable of what he/she is doing. There's a lot of reading between the lines of figures and numbers to be done when reading man-made financial reports too.."
(Principles of Accounting - USIM's edition)

ya
kata inilah yang menemaniku
sepanjang menjawab soalan exam tadi
"every transactions have to be recorded!"
akal memikirkan bekalan yang bakal dibawa bertemu-Nya
adakah balance?
atau mungkinkah akan wujud suspense account?
bagi semua amal baik burukku yang telah dicatat
oleh malaikat2 yang setia di sampingan ini
masanya bakal tiba sebentar sahaja lagi..

decide which now, do not delay
ditambah lagi dari itu
setengah jam sebelum peperiksaan bermula
satu panggilan cukup membuat kuterkedu
"assalamualaikum. boleh ummi cakap dengan awak sekarang?"
"kenapa ummi? boleh je"
"............ meninggal dunia............."
"innalillahi wa inna ilaihi raji'un"

telefon dimatikan
cuba mencari ketenangan
mencari ruang mengumpul kekuatan
ya Allah
sekali lagi Kau menyentuh nuraniku
dengan berita kematian abang saudara terdekat
yang baru berusia 23 tahun
meninggalkan seorang anak kecil berumur 5 bulan
allahyarham dipanggil Illahi ketika sedang makan bersama saudara2 lain
berkemungkinan kerana serangan jantung

langkahan kaki digagahkan ke dewan
sentiasa berfikir bagaimana insan semuda itu telah pergi
tiba2 meninggalkan jauh alam dunia
begitu awal dijemput menjadi tetamu-Nya
ke alam baru barzakh
moga rohnya bersemayam bersama mukminin
menjadi salah seorang kekasih-Nya
ameen

terngiang serangkap nasyid (last breath)
"..oh mark the words that i do say,
who knows tomorrow could be your day.."

begitulah
cuitan hati peringatan bersama

sahabat
sedang kita sibuk mengejar title 
orang paling bijak
orang paling excellent dalam pelajaran
namun ingatkah kita;

Dari Ibnu Umar R.A.
Nabi S.A.W. pernah di tanya, siapakah orang yang paling bijak wahai Nabi? Lalu Nabi S.A.W. menjawab, orang yang paling bijak adalah yang paling banyak mengingati mati dan bersedia menghadapinya.
Riwayat Ibnu Majjah.

moga bersama mendapat pengajaran darinya
(masih cuba menenangkan diri

"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 
..wassalam..

7 comments:

kuyangterusberfikir~ said...

moga Allah mengiringi stp perjuanganmu..

moga setiap amalmu Allah hitung utk mnjadi tbusan bg stiap klmhn mu..

barakallahu fik ya ukhti..

yakinlah..

bittaufiq wannajah..

inquisitive said...

muna2,buat post english satu.cepat,this is a request. by the way, tahniah! =)

AmirSyafiq said...

(ini.post.sedih.kot. asal.tahniah?)

amal said...

Good Luck kak munaa =)
follow sini.

" NuR Itu CaHaYa " said...

niat di hati nk jwb exam msti tenang.. tp Allah lebih mgetahui dan menentukan segala-galanya.. kita yg kne bsedia.. ssgghnya Allah bsme dgn org2 yg biman.. krn stiap dugaan adlh ksh syg Allah kpd kita...

muna majidah said...

moga dgn peringatan ini membuatkn kita lebih dekat denganNya..

requesting 4 english post?
click this post
http://duah-kechil.blogspot.com/2010/12/fastabiqul-khairaat.html

inquisitive said...

amir> tahniah la,sebab berjaya menghadapi exam even keadaan macam tu.aku pon xpernah terfikir macam tu.huhuhu.

muna>thanks muna.arab plak!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails