Wednesday, September 07, 2011

hilang

..bismillahirrahmanirrahim..


hilang
peritnya rasa kehilangan itu
bukan senang, bukan mudah untuk melaluinya

saat jari menari laju menaip sms
hanya hati yang mampu bersuara
mendoakn apa yang dibayangkan tidak menjadi nyata
cuba melenyapkan lukisan khayalan minda

tit..tit..tit..tit...
deringan memanggil mohon dibaca
1 message received tertera
diletakkan di tepi alat itu
dibiarkan jauh agar tangan tidak tergapai

tenangkan hati, waraskan minda
akal mula berfikir akan qada' qadar-Nya
terus mencapai alat itu
membaca kata yang tertera di screen bernyala

ya
itulah yang kuduga
jawapannya sudah terpampang jelas
mereka bakal pergi meninggalkan kelas

jangan ingat kesedihan itu berpanjangan
kerana yakin akan ketetapan Tuhan
diri makin kuat bertahan
melihat keadaan insan matang bakal berjauhan
namun hati yakin mereka mampu meneruskan

walaupun selama ini peta DnT itu telah terukir
di atas kertas peneman tidur
ditampal pula di birai katil
namun itu semua plan seorang manusia
yang tidak mengetahui hikmah di sebalik segalanya

buatmu yang bakal pergi
usahlah dirimu menjadi seperti anak ayam kehilangan ibunya
teruskan perjalananmu di jalan ini
usah dikau berhenti
usah dikau menyimpangi
kerana ketahuilah jalan ini lurus
yang hanya mampu membengkokinya adalah satu
hasutan! hasutan nafsumu dan syaithan durjana
moga dirimu sentiasa di bawah lembayung hidayah Ilahi
terus kuat bertahan menjadi muharikah di jalan-Nya

buatmu yang kekal di sini
janganlah dirimu berasa tidak beerti
kerana sesungguhnya dirimu begitu berharga
bakal menjadi pewaris DnT di sini
kukuhkan langkah, teruskan perjalananmu
hilang mereka, tidak beerti hilang segalanya
masih ada mereka yang berbaki
bakal bersama menemanimu ke destinasi Ilahi

akhawati
biar luahan serta tangisan itu
bakal membawa kita mendekati redha-Nya
redha dalam mencari erti sebuah ukhuwwah hakiki
yang tidak pernah menjamin kemanisannya hanya ketika bersua
tapi sehingga sejauh mana ia terpisahkan
tetap ada ikatan murni itu
kerana yakinilah hubungan itu didasari atas cinta-Nya
yang telah menemukan kita walau berlainan benua

apabila hidup demi mencari redha-Nya
biarlah berpijak di mana, beg DnT akan terus digalas bersama

video di bawah khas buat kalian semua
(sofy, fiqa, ifah, ziera, syu dan dayah)
dan buat setiap pembaca nukilan ini
hayatilah setiap perkataannya
a nice video;
"Everything Begins With Tarbiyyah"


"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 

 ..wassalam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails