Friday, August 21, 2009

antara "aku" dan "engkau"

alhamdulillah thummal hamdulillah
lafaz hamdalah terukir di bibir
kudilahirkan atas bumi merdeka
Malaysia, tanah kaya aman sentosa

21 Ogos
tarikh keramat ini

mengajak diri bertafakkur sejenak
mengenang kisah fityatul islam
dipilih Allah insan bertuah


antara "aku" dan "engkau"

ada apa saudaraku?
kau sedang diuji?
hidup merempat di bumi sendiri?
dihina, dicerca, ditindas?
biasbabi HAQQ
IL WATHON?
menegak kalam suci
LAILAHA ILLALLAH
MUHAMMADUR RASULULLAH?

aku di sini saudaraku

diuji ujian paling berat
nikmat keselesaan, kemewahan, kebebasan
membuat diri alpa pada-Nya
tidak segan mengguna nikmat
dari Ar-Rahman Ar-Rahim
tanpa syukur balasan kasih


kumalu malu padamu, saudaraku
juga sekalian ummat islam
kerana diriku di sini
sedang dalam dunia fantasi
dipenuhi permainan dan lakonan
"innamal hayatud dunya illa mata'ul ghurur"

kumelihat..
nun jauh di sana
manusia merana

apakah salah mereka
disiksa dan dihina


mereka?
saudara saudariku
insan luar biasa
mungkin hari ini giliranmu

diuji tahap iman yang benar2 kental
kubimbang hari esok tiba giliranku
diuji saat kutidak bersedia
dilengkapi senjata mu'min tegar

melawan musuh pemusnah dunia

kini kucuba membantumu
sekadar apa yang kumampu
-menegak islam dalam diri
kerna kupercaya suatu hari
islam akan tertegak di sekelilingku
-doa pada yan
g Maha Mendengar
kerna kuyakin dengan kata
ad-dua silahul mu'min
doa senjata bagi orang mukmin
-mengurangkan pembelian produk Israel
kerna kupasti ia bisa mengurangkan
bilangan peluru yang bakal membunuhmu
-ajakan, memberi kesedaran buat masyarakat
kerna kutahu kesatuan ummat
bakal membawa
momentum besar
melawan musuh la'natullahi 'alaihim


kuberharap agar kutergolong dalam golongan
yang peka akan saudaraku

agar kutidak terkedu bila ditanya
apa bantuanmu buat mereka?

"REMEMBERANCE OF AL-QUDS"


jauh kumelihat sayup pemandangan
hilang senda tawa
pilu perasaan
jantungku berdegup semakin kencang
darahku mengalir bagai air pasang

jauh di seberang pasir sahara
islamku ditindas sehari-harian
satu bangsa bongkak berjiwa haiwan
semoga turun kutukan Tuhan

AL-AQSA
air matamu berderai
AL-AQSA
kemuliaanmu terburai

duhai AL-AQSA kurindu padamu
duhai AL-AQSA kusayang padamu
engkaulah kiblatku yang pertama
lambang keagungan islam yang mulia

kali pertama enkau dibebaskan
oleh Salahuddin di zaman yang silam
namun hari ini kau terkurung lagi
siapa pula yang memerdekakan

bangunlah, bangunlah
dari mimpimu
berkurun lamanya kita terbuai
ayuhlah, ayuhlah
kita bersatu
pertarungan ini belum selesai

wahai umat islam di seluruh dunia
ayuh bebaskanlah bumi suci kita
sekiranya kita asyik bercakaran
musuh tersenyum bertepuk tangan!!

pemergian-mu saat hadir-nya


bismillahirrahmanirrahim..

tubuh tua itu
mengingatkanku akan insan
berjasa buat ibunda tercinta
walau sudah tidak berdaya
namun keringat diguna penerus hidup

cucu aku.. cucu aku..
panggilan itu masih terngiang di telingaku
masih berpulas tenaga
yang hanya tinggal sedikit cuma
mengayuh basikal buruknya
demi melihat anak cucu
yang sekian lama dirindui

masih terbayang dalam mindaku
saat dihulur salam
ke tangan yang kering
kurus, kecut, kasar
tanda jasanya buat keluarga tercinta

hari ini
bermulalah kehidupan baru
bagi si tua di dunia
sebagai insan yang baru lahir
ke dunia baru
alam barzakh yang jauh
jauh bezanya dengan alam dunia

~kullu nafsin zaiqatul maut~
setiap yang bernyawa pasti akan mati

terkedu seketika
mengenang kisah ini
saat jarum menunjukkan tepat 12.01 pagi
tarikh 30 syaaban 1430
pergilah seorang insan
yang dijemput Allah
sebelum sempat merasai
rahmat dan inayah Illahi
pada Ramadhan kali ini

Allahumma ballighna Ramadhan
lagi sejam untuk kumenemuimu
duhai tetamu yang sering dirindui
sejak pemergianmu yang lalu

salam madrasah ramadhan
bulan penuh barakah
waktu tepat mentarbiyyah diri
buat si hamba kerdil hina
di hadapan Allah yang Maha Kuasa






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails