Monday, May 31, 2010

mampukan diri untuk melakukannya


Inilah yang kita mampu!!

* Usah terlena dengan nikmat dunia yang sementara, kelak akan hilang nikmat akhirat yang kekal selamanya *

..wassalam..

Saturday, May 29, 2010

sejenak



"Sejenak kumerenung di dunia ini
Pilunya hati ini menyaksikan
Ummah tiada terbela dan tiada harga
Tapi dulu islam berkuasa"

Janji Allah,
Islam pasti akan bangkit suatu hari nanti.
Percayalah!
Namun terfikirkah dikau,
engkau telah diberi dua pilihan..
Samada untuk membangkitkan islam dengan tanganmu
atau Allah akan menghapuskan dan menggantikanmu dengan kaum yang lebih baik.
Fikir dan bertindaklah!!

..wassalam..

Friday, May 21, 2010

bangga sebagai muslim

bismillahirrahmanirrahim

tepat jam 2100 tanggal 15 mei
malam itu melakar suatu kisah
mengajar insan erti persaudaraan ISLAM


"Perhatian kepada semua penumpang Transnasional bernombor T406, bas telah menunggu di terminal 4". Pengumuman itu menggetarkan gegendang telinga seorang remaja perempuan bernama anum. Ya, nombor bas itulah yang tertera di tiketnya. Anum bergegas ke Terminal 4. Sambil menggalas beg, matanya tidak berhenti2 memandang sekeliling mencari bas disebalik ragam manusia yang memenuhi terminal itu. Terlirih senyuman apabila lirikan matanya tertumpu kepada sebuah bas yang tentunya bakal dia naiki bagi suatu perjalanan yang agak jauh. 

"Alhamdulillah", lafaz syukur terungkap di bibirnya sambil melepaskan lelah di seat yang begitu selesa. Sedang membaiki kedudukan seatnya supaya selesa sepanjang perjalanan, tidak henti2 bibirnya membuihkan doa agar perjalanan ini dipermudahkan dan dilindungi rahmat Allah. Ketika itu, dia yakin hanya Allah yang berada di sisinya. Tiba2 datang seorang pemuda dalam lingkungan usia belasan atau 20-an kepadanya dan menjengah.
"Assalamualaikum, kak.. Saya #$%^&*@#$%^&*@...."

Anum sedikit gementar. Yalah kan, pemuda yang tak pernah dikenali datang bercakap dengannya. Pada awalnya, dia buat2 tidak mahu mendengar dan tidak melayan pemuda terbabit. Namun, apabila kelihatan muka pemuda tadi betul2 pucat mengharapkan simpati, anum pun menjawab;  
"Waalaikumussalam. Maaf, cik. Saya tak faham satu pun apa yang cik sebutkan tadi".

Pemuda tadi cuba menerangkan kembali keadaannya. Dengan semangat, pemuda itu berkata;
"Sebenarnya begini, kak. Saya @#$%^&*@#$%^&*......"

Pada permulaannya, dia memahami kata itu namun kata2 pemuda itu tetap seperti tadi, panjang lebar tetapi segalanya diungkapkan dalam satu nafas. Nampaknya, pemuda itu betul2 cemas dan suaranya seolah2 menggeletar. Setelah 4 kali pemuda itu mengulangi kata, dia baru faham dengan apa yang cuba disampaikan.
"Kak, tiket saya kena tahan tadi dan saya memang tak ada duit sekarang untuk beli tiket lain. Jadi saya tak boleh naik bas ni. Saya dapat tahu yang kak akan turun di Chendor. Mak saya minta saya cari orang yang turun sekitar2 tu, minta tolong belikan saya tiket ke sana, menaiki bas yang sama dengan kak. Sampai di sana, mak saya tunggu dan bayarkan semula duit tiket tu".

Dalam serba salah untuk mempercayai keadaan pemuda tadi, dia tidak mampu untuk mengungkapkan apa2. Apabila melihat keadaan itu, pemuda tadi masih cuba meyakinkannya sambil mata pemuda itu memandang sekeliling, menunggu masa untuk dihalau keluar bas.
"Saya tahu mungkin kak susah nak percaya tapi... erm, beginilah. Rasanya eloklah akak bercakap sendiri dengan mak saya."

melihatkan keseriusan pemuda tadi, dia cuba memahami apa yang sedang berlaku.
"eh, takpe2, saya percaya tapi.....err...."

memandangkan sudah hampir masanya untuk bas bertolak, dia cuba membuka dompetnya dalam senyap. Namun, apakan daya, hanya rm10 yang ada. Tidak cukup untuk membayar sekeping tiket yang harganya 3 kali ganda dari wang yang dia ada.
"Maaf, cik. Saya faham keadaan cik. Tapi saya sekarang pun tak cukup duit."

Setelah mendengar kata itu, pemuda tadi terus bergegas bangun.
"Takpelah, kak. Terima kasih. Saya cuba cari tiket untuk bas lain."

Pemuda tadi pun beredar dengan segera setelah diminta untuk berbuat demikian oleh pemandu bas. Anum cuba menarik nafas penjang setelah semua itu berlaku secara pantasnya, hanya dalam masa 5 minit. Dia memikirkan kembali tentang kejadian tadi. Bas dengan perlahan memulakan perjalanan. Sambil memandang ke luar tingkap mengintai saat malam beredar meninggalkan terminal, tiba2 matanya menuntun arah melihat kelibat seorang pemuda berlari menuju ke tempat menunggu bas. "Ya, pemuda tadi!", pemikirannya berbicara. 

Hatinya mula terdetik,"Apalah yang akan berlaku pada pemuda tadi?" Pelbagai bayangan menjengah jiwa. "Bagaimanakah jika diriku berada di tempatnya.. Ya Allah, Kau permudahkan pemuda tadi. Moga niat sucinya untuk pulang berjumpa keluarga tercapai".

 Tanpa disedari, beberapa butir mutiara mata jatuh ke pipi.
"Kenapalah tak dapat tolong orang tadi sedangkan dia dalam kesusahan? Sepatutnya hulurkan apa sahaja yang ada dalam poket tu. Kesian dia, siapalah yang akan bantu dia. Dahla dunia sekarang ni membuatkan masyarakat susah nak percayai manusia lain" Macam2 lagi yang difikirkannya.

Tiba2 pemikirannya beralih arah. Pelik juga ya. Tak pernah kenal tapi sampai terlalu bersimpati dengan orang tadi. Kenapa ya? Pelik pun. Suara hatinya mula berbicara;
"Kan indah ISLAM tu, kat mana2 pun asal islam, semuanya bersaudara. Tak kira pernah atau tidak pernah bersua, namun ada ikatan hati yang telah Allah Taala berikan khas buat umat islam. Jika dihayati, paling kurang pun 17 kali sehari, hati umat islam diberus dan digilap dengan bacaan ayat ke-6 surah al-Faatihah yang bermaksud "TUNJUKILAH KAMI JALAN YANG LURUS". Tertanya2 mengapa waktu solat sorang2 pun kita perlu baca KAMI? Kenapa tak baca "tunjukilah saya"?

Ya, indah benar syariat islam kan, sentiasa mendoakan saudara2 seislamnya agar sama2 ditunjuki ke arah kebenaran. Subhanallah...! 

TIDAK MERASA BANGGA KAH ANDA DIGELAR SEBAGAI MUSLIM?


 ..wassalam.

Monday, May 10, 2010

suatu penetapan

assalamualaikum wbt


Suatu pagi ketika baru sahaja menapakkan kaki di rumah baru2 ini, berlakulah perbualan antara ummi dan anak2. Biasalah, pagi2 cuti jumaat selalunya menjadi masa terbaik untuk bersama apatah lagi apabila kakak turut bercuti. Maka lengkaplah ahli keluarga kami.

Tiba2 ummi mencari sesuatu di dalam beg. Sebuku naskhah ummi keluarkan. Nampak seolah2 tidak tersusun bukunya.
           "ummi, buat apa buku ni? ummi jumpa kat mana ni?"
           "buku ni dari mak cik Mid. buku tentang zikir2 untuk orang cancer. gdah boleh tolong ummi?"

Tiba2 kata2 mak cik Mid ketika kami berbual di dalam kereta tahun lepas menyentak pemikiran,
          "kita ada banyak benda yang sangat kita sayang. tapi kita kena selalu ingat, semua milik kita mempunyai pemilik yang lebih berhak ke atasnya kerana kita hanya peminjam sementara. jadi bila2 masa sahaja pemilik sebenar ini akan mengambil semula apa yg telah dipinjamkanNya kepada kita. ketika itu, tiada yg berhak menghalang. kita hanya mampu redha dengan segala ketentuan. namun yang perlu kita fikirkan sekarang ialah adakah kita telah menggunakan segala nikmat sebaiknya...?"

          "eh, termenung pulak. gdah, awak belum jawab lagi soalan ummi tadi. boleh tak tolong ummi kali ni?"

Ya Allah, termengelamun pulak. Apalah yang ummi fikir bila tengok anaknya termenung lama..

          "ya, ya, ummi. boleh, boleh. boleh apa ya? err, ummi nak mintak tolong apa tadi?"
          "isy, apalah awak ni, apalah yang awak fikir sampai ummi cakap pun x dengar. ummi nak mintak tolong taipkan dan susunkan semula buku ni elok2. ada ayat2 alQuran dan zikir2 dalamnya. ummi nak cepat tau, nak kirim kat ende (makcik) kat johor. dengarnya, ende dah makin teruk sekarang lepas kimoterapi."
          "ok, ummi. gdah cuba siapkan"

Jadi, bermula hari itu, sedaya upaya diri ini cuba siapkan tapi apakan daya, diri agak lambat menaip dan kurang kepakaran komputer. Jadi agak terlambat siap. Lepas dah siap, ada pula masalah dengan printer di rumah. Tertangguhlah lagi. Sebelum melangkah keluar rumah, bermusafir ke negeri orang, sempatlah tangan menghulurkan pendrive kepada ummi agar ummi dapat siapkan proses mem'print' dengan harapan, naskhah buku itu akan sampai ke tangan ende secepat mungkin.

Namun Allah telah mengatur segalanya.. Sesungguhnya Allahlah sebaik2 perancang. Tadi kuterima panggilan dari abah.
          "salam. gdah, abah ngan ummi nak balik perak petang ni"
Dengan nada yang pelik dan sangsi, ku bertanya,
          "kenapa? ada apa yang berlaku?
Abah menjawab dengan tenang,
          "ende dah tak ada, meninggal tengahari tadi kat johor tapi jenazah dibawa ke perak"
          "innalillahi wa inna ilaihi raji'un.."
Terus terlintas tentang buku yang disiapkan sebelum ini. Ummi tak sempat untuk kirimkannya.


..sesungguhnya semua kehidupan pasti akan mati..

BILAKAH PULA WAKTU KITA??


 ..sudahkah anda berfikir? usah tangguhkan! pilihlah yang mana satu jalan yang bakal kau tuju kelak..



mati = hidup
sudah bersedia untuk kehidupan baru yang yang kekal abadi?

*sedekahkan Al-Fatihah buat ende, Sharifah Nor Aisyah binti Tajul Arifin yang telah kembali ke rahmatullah tengahari tadi

wassalam

Sunday, May 02, 2010

C.I.N.T.A pandang pertama

dengan nama Allah kumulakan bicara

kata hati terdetik
mengatakan benarnya perasaan ini
tidak tertahan lagi
untuk kuluahkan segalanya

kuyakini murninya rasa hatiku
rasa cinta dan kasih yang berputik
dijalin suci atas ikatan sayang
dari Tuhan yang Maha Penyayang
Dialah Allah pemilik hati hamba2Nya

saat itu
kusedari akan kehadiranmu
pandangan pertamaku tidak lagi menipu
dikaulah yang kutunggu-tunggu
selama daku dilahirkan ke dunia

kutatapi wajahmu memikat
tergambar Allah Maha Hebat
kudengari alunan suaramu memujuk
bukti ciptaanNya indah dibentuk
kurasai sentuhan tanganmu lembut
terimpi dibawa menuju jalan berpetunjuk

bukan hanya itu memutik rasa hati
segala yang kuperlukan, kau berikan
di saat kubuntu
kau berikanku penyelesaian
di saat kualpa
kau berikanku peringatan
di saat kutewas
kau berikanku kata semangat
agar kubangkit meneruskan hidup
katamu, "this is not the end of the world.."

ya, kaulah insan penyeri kehidupan
walau bukan setiap detik kita bersama
namun kusentiasa merasai kehadiranmu
hadirnya kehangatan kasihmu
hadirnya sinaran bahagiamu
hadirnya senyuman manismu
di alam minda, di alam nyata
keserian wajahmu tidak jemu menemaniku

ya Allah,
diriku telah jatuh cinta padanya!

Ya Rabbiyallah
moga cintaku ini didasarkan cinta keranaMu
moga kasihku ini dianugerahkan buat kekasihMu
moga sayangku ini diberikan kepada insan yang menyayangiMu

Ya Rahman, Ya Rahim
jika rasa hatiku ini benar-benar suci
Kau peliharalah rasa kasihku
Kau kekalkanlah ikatan cinta kami selamanya
bukan hanya mengharapkan cinta di dunia
namun akhirat kuharapkan pertemuan jua..



Dialah abah yang kucintai
ditemani ummi di sisi
melakar pelan keluarga bahagia
mengharapkan semua menjadi nyata

5 puteri dijadikan asas binaan
membina kukuh bangunan generasi harapan
mencorak keindahan syariat islam
dalam diri umat seluruh alam


bagimu,
tiada penghalang dalam mendidik insan

apabila masyarakat bertanyakan kepadamu,
"nampak macam sibuk sangat, ada ke masa nak bersama anak-anak kat rumah?"

hanya jawapan ini yang kau berikan,
"Saya percaya, jika kita membantu agama Allah, Allah akan membantu kita. Apabila menjalankan urusan agama, Allah akan pelihara anak-anak dan keluarga kita dan saya yakini, Allahlah sebaik2 penjaga, tiada yang lebih hebat daripadaNya"

dialah cinta pandang pertamaku..
salam ulangtahun kelahiran buat abah
~30 April~
kullu 'amin wa anta bikhair

kukirimkan warkah ini buat dirimu yang sedang berada di Pulau Perhentian sekarang

kek coklat yang bakal menyambutmu di rumah

..wassalam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails