Thursday, July 30, 2009

Bicara H.A.T.I
"ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang..
permudahkanlah dirinya dalam menduduki imtihan duniaMu.. jadikanlah debaran di jiwanya disebabkan risau jika gagal melamar redhaMu.. dengarlah rintihan hatinya yang sanggup bersusah demi ilmu dan kalamMu.. terimalah air matanya sebagai penyejuk kemurkaanMu.. belailah jiwanya di saat dia terkulai lemah agar terhindar dari mengharap selain dariMu.. tiada lain yang membahagiakan dirinya melainkan tawfiqu fiddunia wal akhirah- kejayaan di dunia dan akhirat"
..ameen..
~salam imtihan buat yang bakal menduduki exam tak lama lagi~
bittawfiq wan najah
ALLAHU AKBAR!!

Wednesday, July 22, 2009

diri ini

..DIRI INI..
bismillahirrahmanirrahim
alhamdulillah
nahmaduhu wa nasta'inuhu wa nastahdi wa nastaghfiruh
"wattaqullahallazhi tasa aluna bihi wal arham"


setelah lama menyepikan diri
saat ini Allah kurniakan detikan hati untuk memulakan bicara
bisikan kasih
hembusan cinta
jelingan sayang
membuat diri melonjak dek momentum pengharapan

sedar tak sedar
pejam celik, pejam celik
rupa2nya diri ini dah hampir 2 bulan bergelar mahasisiwi
walaupun baru menginjak laman universiti
namun telah mengimpikan langkah ke tangga IPT

sekali lagi lafaz syukur lillahi Rabbi
diri masih dipelihara dalam naungan rahmatMu
nikmat islam dan iman yang Kau hadiahkan
bisa melakar lukisan hidup seorang puteri
yang sedang bercinta dan bercita
memperoleh 'aisy 'azizan au mut syaheedan
hidup mulia atau mati syahid
ALLAHU AKBAR!!

kisah bermula
diajar dari kecil
tadika nurul iman
adakah masih ada kesannya?

dahulu
diasuh tanpa jemu
sekolah islam al-amin
9 tahun lamanya
namun masihkah ada bakinya?

berterusan
dididik biatul islam
sekolah islam hidayah
sudah 2 tahun bersama
lama sungguh tempoh itu
tapi di manakah pergi sisanya?

kini
di bumi usim mengatur langkah
ditarbiyyah dengan realiti sebenar hidup
ujian datang
badai melanda
menerjah diari hidup seorang pemudi
terumbang-ambing mengikut tiupan angin

di manakah perginya
ke manakah hilangnya
ajaran, asuhan, didikan
selama 18 tahun
dipacak, ditanam, disemai
dalam diri seorang insan
digelar pewaris harapan ummah

sabar, ya ukhti!!
masih ada..
wujud lagi..
pemuda pemudi ghuraba'
bakal membawa arus pengislahan
di segenap ruang peluang
yang terbuka luas menanti
hadirnya diriku
hadirnya dirimu
ditunggu2 ummat sejagat

akan kuhadirkan diri
bersama menjejak redha Illahi
di bumi USIM yang bertuah ini

USIM bumi bertuah?
ya..!!(jawapan yang bersemangat)

di sana hadirnya insan2 mulia
Allah tujuan hidup mereka
Rasulullah ikutan peribadi mereka
Al-Quran panduan perbuatan mereka
Al-Islam kebanggaan diri mereka
Al-Iman benteng kukuh mereka
A-Taqwa motivasi mahmudah mereka
At-Taubah muhasabah mazmumah mereka

tapi..
hairan jugak
insan mulia ini
tanpa disedari
telah mula terkikis lagi terhakis
oleh asid perosak tauhid
yang bahayanya melepasi lapisan kulit, daging dan tulang

budaya couple di sana sini
tanpa mengira batas agama dan tradisi
tanpa mengerti apa itu maruah diri
yang harus dijaga agar tidak dicerobohi

-tak!
kami tak buat kerja2 macam tu
cuma bergurau dan bergaul mesra
bersama si dia
tak lebih dari itu
kita kan kawan
perlu saling berkenalan

betul ke apa yang kita buat?
jangan difikir pandangan orang
kan pandangan Allah lagi perlu didahulukan
yang penting niat kita
cuma mahu merapatkan hubungan sesama kenalan

ops, kawan2ku
jangan fikir
bila berlakunya satu fitnah
itu berpunca dari pemfitnah
tapi sebenarnya, fikirkanlah
adakah kita yang menimbulkan fitnah itu?

tak ketinggalan
pakaian hanya sekadar alas
menutup bahagian yang patut
walau dapat ditembusi sinaran ultra-violet
tidak dikira sama sekali

-bukan luaran yang penting
tapi dalaman..
nah, ini jawapan

tapi kawan,
batin yang bersih
bisa memancar zahir yang elok
bukankah begitu?
jika dalamnya bersih
tapi luarannya tidak menepati syariat
bukankah itu hipokrit namanya?

hurm..
alhamdulillah
ramai!
ramai antara mereka
masih berusaha mengukuhkan diri
di atas jalan Rabb yang Maha esa
masih berjalan berpandukan nur Illahi
bersama petunjuk hidayah Tuhan

moga bersama kita diteguhkan
dikuatkan dengan talian iman
dalam diri
agar kita bisa menjadi
SUPER MUSLEEM yang diimpikan
sejak berzaman
ameen..

p/s: maaf andai penulisan ini mengguris perasaan atau melukan hati pembaca. jangan dilihat dari siapa diri penulis tapi fahamilah apa yang ingin cuba disampaikan. sesungguhnya saya manusia dan setiap manusia tidak dapat lari dari kesilapan dan kelupaan.

"ya Allah Kau ampunkanlah dosa2 hambaMu yang kerdil ini. sesunguhnya aku tidak mampu menanggung dosa2ku yang sangat berat. wahai Tuhan Maha Penerima Taubat, ampunilah aku."
~ya muqallibal qulub, thabbit qulubana 'ala deenik wa 'ala tho'atik~



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails