Tuesday, April 10, 2012

Malu+Takut sebab KANTOI

..bismillahirrahmanirrahim..




       "Muna  majidah, mbak-mu sedang nunggu-in di sana". Suara itu memecah lamunanku tentang tugasan yang bakal kami hadapi. Sementara teman2ku yang lain sudah mula beredar dari Masjid Jogakaryan itu. Dari sayup ceruk masjid, senyuman manis seorang mujahidah itu kusambut.

       "Assalamualaikum, namamu mbak seri ya? Ana muna majidah", kataku teragak2. "Iya, ana mbak seri. Subhanallah, salam ukhuwwah! Dengarnya, muna mau ngambil jurusan Gizi. Benar nggak?" sapanya mesra. "Iya", jawabku ringkas sambil memikirkan tentang keyakinanku terhadap apa yg kucitakan. Lalu terus dia membalas, "mbak juga sekarang belajar dalam jurusan Gizi di UGM (universitas gadjah mada). Nanti bisa kita kongsikan apa saja". Aku terus tersenyum mengenangkan betapa bertuahnya diriku mengenali kakak angkat baru ini. Sejurus selepas perkenalan singkat kami, aku terus dibawa membonceng motosikalnya. Ya, di sana motosikal menjadi kuda dakwah rata2 mereka. Juga bersamaku, ukht nawal dan mbak intan. Kami terus melaju bersama. 

       "Udah sampai. Inilah tempat kami tinggal di Jogja ini", kata mbak seri setelah memberhentikan motosikalnya di hadapan sebuah rumah yang dikenali sebagai Baitus Solehah (BS). Aku terus dibawa meluru masuk ke dalam rumah itu dan berkenalan dengan beberapa ahli rumah yang lain, lebih kurang 15 orang semuanya. "Mbak, untuk apa ya kami semua dibahagi2 kayak gini?", tanyaku ingin mengetahui tujuan asalku untuk bersama mereka selama 2/ 3 hari. "Gini, muna harus ikut-in semua apa yang ana buat hari2,  agar bisa memahami gaya mahasiswi sibuk urusan pelajaran juga dakwah tarbiyyahnya. Bisa nggak?", tanyanya melihat raut wajahku yang bersahaja tanpa respon positif. Dalam bayanganku, "Tentu capek sekali, namun aku harus ikut-in semua".

       Seusai solat maghrib berjamaah, kedengaran suara seorang ukht melaungkan, "Juz 30, anNaba' hingga anNaas". Laungan itu dijawab dengan bacaan hafazan juz itu beramai2. Habis menghafal bersama, masa yang berbaki digunakan untuk membuat halaqah bersama umi (penjaga BS) ini. Malam itu, aku seolah2 menjadi bintang buat mereka (agak berperasaan ya di situ). Pelbagai soalan dilontarkan. Nak tahu apa soalan pertamanya selepas soalan nama penuh? "Udah berapa juz anti hafaz?" Dengan segan, aku mula membilang dalam kepala berapa juz yang telah aku hafal. "Erm.. Gini. Ana ini hafaz ada yang ngikut juz dan ada yang ngikut-in surah2 pilihan."

       Terus mereka membalas, "Jika digabung2 semua surah pilihannya juga juz, berapa kira2 yang telah anti ngafal?" Jawabku, "Gulp, kira2 6 juz gitu, juz 1 hingga 4, juz 30, juga 8 surah pilihan dikumpul jadi 1 juz." Jawapanku itu terus disahut, "Subhanallah! Alhamdulillah! Kagum sama anti, hafizah kechil! Kaget kami, baru 18 tahun sudah mampu menghafaz banyak ini." Aku tak mampu terkata apa. Air mata yang hampir bergenang aku cuba sorokkan. Hanya aku manusia yang tahu tahap hafazanku bagaimana. Bukan semua 6 juz itu masih mampu kulafazkan di bibir. Banyak bacaannya yang telah lama aku tinggalkan. Tambah2 lagi, sebelum, semasa dan selepas SPM, aku mula kurang memberi fokus kepadanya.. Astaghfirullah..

       "Cepat, ukht. Mau kami dengar-in bacaannya. Baca apa saja yang anti mau. Kami teringin banget mau dengar bacaan dari hafizah kechil ini." Ya Allah, hanya pada-Mu aku berhak untuk malu! Dalam hatiku terdetik, "alhamdulillah sempat juga aku murajaa'ah surah al-Waaqi'ah di sepanjang perjalanan menaiki keretapi 10 jam dari jakarta ke jogja tempoh hari. Kini aku punya modal untuk membaca ayat itu. A'uzubillah..." aku mulakan bacaan dari surah alWaaqi'ah ayat pertama sampai habisnya. Mereka mendengar dan semuanya menyemak bacaanku dalam Kitab itu.

       Habis lafaz sodaqallahul 'adzim, ada yang terus menyapa, "InsyaALLAH kami mau jadi macam ukhti! Kami malu, masih belum ngafal-in ayat tadi. Tadi baik sungguh bacaannya." Umi pun terus berkata kepada anak2nya (penghuni BS), "Iya, semua. Lihat tadi gimana ukhti kechil ini mampu ngafal-in ayat2 itu sedang dia masih muda. Dan kita, sudah semakin singkat waktu untuk menghadapNYA namun masih bermalas2 banyak alasannya". Tanya seorang ukht, "Anti dulu belajarnya sama aja dengan yang lainnya? Juga duduki peperiksaan dengan mereka yang sebaya?" Jawabku, "Iya, ana juga ngambil SPM sama dengan mereka yang sebaya denganku". Ketika itu, hatiku menjerit lagi, "disebabkan SPM jugalah dah lama aku tinggalkannya.." "Jadi, gimana kaedahnya? agar bisa dikongsi sama." Huh, banyak lagi soalan bertubi2 yang ditanyakan. Apatah lagi mengetahui aku sudah mula menghafal alQuran sejak di bangku sekolah sedang mereka baru bermula di alam hidup seorang mahasiswi.

       Aku hanya mampu melayan soalan mereka sedikit sahaja. Bukan tidak mahu, tapi malu. Aku malu dengan apa yang aku ada. Aku malu, cuma itu yang mampu kuhafal setelah belasan tahun berkenalan dengan alQuran. Aku malu, daripada juz2 yang telah aku hafal, hanya beberapa ayat yang terbiasa kubasahkan di bibir ini. Aku malu, apabila ditanya aku jadi hanya mampu memberikan tips namun x termampu untuk aku melaksanakannya. Aku malu!

       Malam itu lena tidurku terganggu. Asyik terbayang persoalan2 yang mereka tanyakan. Mungkin nampak seperti sanjungan manusia namun bagiku itu adalah peringatan dari Tuhan. Banyak bermain dengan surat dariNYA, tiada berkesungguhan untuk bersama sentiasa.

       Begitulah setiap kali selesai solat berjamaah, akan dibaca 1 juz yang telah dihafaz secara beramai2. Pada paginya, masaku penuh kerana dibawa bersama untuk menyertai 2 mesyuarat di tempat yang berlainan. Apa lagi, motor itu lagi yang kuboncengi. Pantas mengejar masa. Solat zohor selesai dilakukan. Umi memanggilku. "Muna, sebentar lagi ikut umi ya. Umi mau bawa muna dan nawal jumpa anak2 (ni yang sebenar) di madrasah. Umi sudah khabarkan sama ustazah di sana, mau adakan 1 slot bersama kalian. Antunna sampaikan motivasi utk mereka supaya menghafaz ayat Quran ya". Aku terkedu. Apa yang mampu aku sampaikan sedang aku juga kekeringan? Ya ALLAH, aku mohon kekuatan dariMU.

       Jadi aku pun pergi ke madrasah bersama umi dan akhwt lain. Dalam hampir sejam perjalanan. Dalam kereta, tiada bualan kosong yang dibicarakan. Setelah membaca doa menaiki kenderaan, terus disambung dgn bacaan juz 1 kemudian diikuti surah2 lain. Setibanya kami di madrasah, aku cuba sampaikan apa yang sepatutnya. Aku kagum, tiada sorakan lain yang keluar dr mulut mereka mendengar apa yang aku sampaikan melainkan "InsyaALLAH, ameen!" atau "Subhanallah, Allahu Akbar!" ya ALLAH, aku rindu suasana itu. Sewaktu pulang juga sama. Masih dibuat murajaah hafazannya di sepanjang perjalanan.

       Sampai di BS, aku terus bersiap2 untuk majlis ta'lim bersama masyarakat yang bakal disampaikan oleh abi (suami umi). Ramai juga yang hadir. Susun2 kerusi, menyambut tetamu yang hadir telah menjadi rutin mereka. Capek? Mungkin, tapi bahagia. Huh, sehari dihabiskan dengan aktiviti pelbagai. Walau sibuk, mbak seri masih tidak ketinggalan membawaku putar2 kota sana. Kenyang perutku disumbat pelbagai makanan enak2. Sehinggakan dalam sehari, sampai 6 kali aku makan, huhu.. dan antar tempat paling best yang dilawati ialah UGM sendiri dan masjidnya yang cantik pun. Ada jualan buku di situ. Yang terbaeknya ialah ada perkhidmatan balut buku gratis! Memang best!!

       Keesokannya, sebelum bertolak pulang, umi panggil lagi aku dan nawal. Kata umi, "sekali lagi umi mahu mendengar bacaan kalian ya. Bacalah mana2 1 juz yang mau kecuali juz 30." Aku terus menjawab, "Erm, bisa nggak beri masa untuk kami murajaah?" Lalu umi memberikan kami setengah jam sebelum bacaan disemak. Aku agak tergetar pada waktu itu. Ya, aku seolah2 x mampu! Hanya setengah jam untuk murajaah 1 juz? Ya ALLAH! Aku cuba berusaha. Ketika itu, setengah jam seperti sekejap sangat rasanya. Dan akhirnya, aku hanya menghafal separuh darinya.. KANTOI sudah!


       Saat2 yang sibuk bersama mbak seri bakal kutamatkan. Salam selamat tinggal aku hulurkan buat penghuni BS yang banyak mengajarku. Sambil bersalaman, ada yang menghulurkan roti ukhuwwah. Ada juga yang sedang membaca lalu terus dihadiahkanku buku yang sedang dibacanya, "Menikmati Demokrasi, Strategi Dakwah Menuju Kemenangan" yang sampai kini masih belum kufahami isinya. Juga hadiah dari mbak seri dan mbak intan, sehelai tudung dan sebuah buku "Diari Du'at". Dan tidak lupa juga pesanan2 berharga dari mereka.

       Sebelum pergi, umi berbisik kepadaku, "Muna, pertama, nanti sebelum pulang ke Malaysia nanti, umi mau minta muna bagi motivasi lagi d sekolah yang sama bersama semua teman2 yang lain. Kedua, simpan elok2 pengalaman di sini. Peluang menjalani hidup bersama mbak seri bukan suatu yang mudah diperolehi. Mbak seri itu sibuk orangnya. Juga tokoh hafizah kami di sini kerana paling banyak hafazannya. Dan ditambah lagi, akademiknya bagus sekali, pencapaiannya 4 flat untuk sem sebelum ini." Dalam hati, "Argh, makin ALLAH nak uji diriku dan aku kagum dengan anugerah yang telah KAU hadiahkan buat mbak seri ini".

       Itulah kisahku sebagai peserta R2J3 (Road2Java3) yang lepas. Akan kusimpan pengalaman itu. Satu  hikmat yang sukar kulupakan. Walau sesibuk mana tugas sebagai seorang khalifah, dengan akademiknya, dengan dakwahnya, dengan tarbiyyahnya, namun tidak boleh dilupa tugas sebagai 'aabidah. Menjaga ibadah kepadaNYA, dan yang paling terkena dan terkesan ialah menjaga tilawah juga hafazan ayat2NYA.

       Alhamdulillah, ya ALLAH, Kau kantoikan aku di dunia, aku mengharapkan tiada kantoi lagi buatku di hadapanMU kelak. Ya ALLAH, aku malu! Ya Rasulullah, aku takut! Mengenang hadithMu dalam hadith ke-23 dari buku Hadith Arba'in Imam Nawawi yang berbunyi,

"...... وَالْقُرْآنُ حُجَّةٌ لَكَ أَوْ عَلَيْكَ ......."

".. dan Al-Quran itu adalah hujah buatmu atau ke atasmu.."

Ya ALLAH, kami mengharapkan Al-Quran itu menjadi hujah buat kami di akhirat kelak. Jauhkanlah kami dari siksa yang disebabkan al-Quran menjadi hujjah ke atas kami, ameen..


p/s: maaf atas kerosakan bahasa

"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 

..wassalam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails