Tuesday, January 17, 2012

pintaku

..bismillahirrahmanirrahim..

turunku dari kereta sewaktu pulang ke kampung pada raya haji yang lepas dsambut oleh seorang yg sangat byk jasanya buatku


sambil memberi makan ikan d kolam rumahnya, soalan ini muncul
naik kereta ni dr nilai smpai kuala tganu?

"ya, ayah teh", jawabku ringkas

lain kali jgn ulang lagi, keselamatan perlu diutamakan, kesihatan jaga, esok nak raya badan jd lemah plak sbb sakit2 belakang, tgk berpeluh2 pun..

ya, bukan kupinta keadaan ini, xkusangka sepanjang perjalanan byk yg terjadi dan kuyakini juga, bkn itu yang dmahukan mereka yg kutumpangi.. apapun, jazakillah khair kpd mereka, hny Allah yg mampu membalas~

itula ayah teh, risau benar dia. memang prihatin orgnya
kasihnya itu membuat kuterkedu mendengar khabar tentangnya kelmarin

panggilan dr abah
ayah teh masuk wad, kena angin ahmar malam td

suara abah tenang, namun kutahu apa yg tersembunyi dsebalik suaranya
masakan tidak, abah memang sgt rapat dgn abangnya itu

kalau diikutkan hati muda, mahu shj terus kumeluru ke kuala tganu
melawat dia yg kurindui
namun, apakan daya hamba-Mu yg lemah ini..
kalau ke sana skrg, siapa pula yg akan menjaga opah di sini
opah, don't worry, i'll be with you here until then..

dalam keadaan ini,
ingat Allah sentiasa bersama
sepotong doa menjadi penguat

اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهلا وأنت تجعل الحزن سهلا إذا شئت

[Wahai Tuhanku, tidak ada yang mudah melainkan apa yang telah Engkau jadikannya mudah, dan Engkau menghapuskan dukacita dengan mudah jika Engkau kehendaki]

ameen
mga Allah memberikan kekuatan kpd ayah teh utk melawan penyakitnya dan kembali sihat seperti biasa! dpt berita terbaru, ayah teh semakin pulih, alhamdulillah.. memang xsyak lg, Engkau yg Maha Mendengar..
~la hawla wala quwwata illa billah~

 
"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 

 ..wassalam..

Monday, January 16, 2012

love letters from HIM

..bismillahirrahmanirrahim..

dari situ kulihat
kesungguhan lahir dari keinginan
keinginan lahir dari cinta
cinta lahir dari makna
makna hamba untuk mendekati-NYA



"malam ni boleh x tolong wan chor?"
owh, tolong apa? insyaAllah kalau mampu
"tolong ajar pasal FI'IL (فعل), esok kelas ni"
boleh kot.. jom!

sesi ulangkaji pun bermula
apa lagi, wan chor pun buka ceritanya
tentang sesi pengajian pada minggu lepas

ustaz terangkan, 
nk kenal FI'IL (فعلkena cari huruf TA'  baris atas (TA) atau baris depan (TU) di belakang KALIMAH
siapa jumpa contohnya?
dgn semangatnya, wan chor angkat tangan dan m'jawab surah yang sentiasa ddengar dr CD
"surah al-Baqarah, ayat 2
dzaalikal kiTAA...... (ذلك الكتاب)"

ustaz tersenyum
owh, bukan macam tu
huruf TA' (ت) mesti d belakang kalimah dan sebelumnya tanda mati
cuba cari lagi contohnya d dlm al-Quran

tanpa serik
sekali lagi mencuba dengan penuh semangatnya
"ana, ustaz!"
ya, silakan..
"kalimah AAYAATU (ءايات), huruf TA' baris depan, sebelumnya hamzah tanda mati"

mengucap panjang ustaz mengajar anak murid sorg ni!
maaf lagi, contoh tu pun salah
xpe, cuba lagi ya

dengan muka merah padam menahan gelak, ustaz teruskan
baiklah, skrg cuba cari 10 kalimah FI'IL, beserta maksudny d dlm al-Quran

apa lagi? masih termenung xterjumpa
apa2 pun, usaha jgkla utk cari
nasib baik ustaz xtanya lagi, tunda minggu dpn

wan chor pun menutup ceritanya
anak sedaranya yg sorg ni m'dgr smbil ketawa terbahak2
namun wajahnya seolah2 m'cerminkan tiada apa yg perlu dimalukan atas kesilapan ini

"ha, sebab tulah nak belajar elok2 malam ni
esok kalau ustaz tanya, boleh jawab betul.."

jadi kami pun membelek2 al-Quran mencari FI'IL (فعل)
"kalau ni FI'IL (فعل) x? kalau ni? yang ni pulak?"

subhanallah
terpegun kumelihat
huh, semangatnya
walaupun usia telah memasuki zaman 40-an, namun semangat nak mendalami ilmu bahasa arab sgt kuat
setiap hujung minggu akan dihadirinya kelas pengajian bahasa arab ini
belajar tentang kaedah menafsir al-Quran
katanya, "rasa teringin sgt nk faham al-Quran, dulu x berpeluang nak belajar macam ni"

"boleh tolong lg?
cekkan bacaan hafazan ni
surah Al-Muzzammil
ayat 1-9
boleh hafal sikit2 je, da tua susah nk m'hafal"

ya ALLAH,
bertambah2 kehinaanku
tanpa kusedari, aku yang telah KAU pilih
diberikanku peluang utk pelajari bahasa arab sejak kecil
namun, xpernah kubersyukur kepada-MU akan nikmat ini


astaghfirullah..
mga masih ada padaku ruang untuk kumenjadi hambaMU yg lebih bersyukur
dan janganlah KAU hilangkan ilmu lughatul arabiyyah ini dr diriku
kerana kutahu, itulah jambatan untuk kumendekatiMU
dengan memanhami surat cinta dariMU
wahai Tuhan Maha Berkuasa yang tiada tandingannya..


"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 

..wassalam..

Sunday, January 08, 2012

getar cahaya di atmosfer cinta

..bismillahirrahmanirrahim.. 

specially for my lovely mates
8 glasses in a tray

with lots of luv
we shared the moments together
feeling the spirit of ukhuwwah
in the words of tazkeerah
later, we shouted;
ya ayyuhal fatayaat, lets strive the best for the ummah!!


thanks k thu for the cute pics
kata yang diungkap dalam bulatan gembira itu kini dilakar dalam 1 gambar

sukanya berada bersama..
"getar cahaya di atmosfer cinta"
-dr buku Saksikan Bahawa aku seorang Muslim-

"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 

 ..wassalam..

Saturday, January 07, 2012

belajar lah!

..bismillahirrahmanirrahim.. 

kata seorang ukht,
"dah tak tau nak baca macam mana, rasa macam semua buku dan nota dah selak, tapi hati tetap macam x yakin dah nak jawab exam ni.."

kenapa x yakin plak??

"yela, selama ni pun macam ni jgk, dah baca semua da, hafal pun dah, rasa macam da usaha tahap syadeed lah, tapi huh! keputusan duk lagu tu jgk na.."

hurm, jap2 nak tanya
owh, memang result exam kita semua tu tertakluk pada usaha kita eh semata2?

"ye la jgk kot, you reap what you sow en?"

mungkin
tp ada lg 1 soalan nk tny ni,
memang usaha kita kena baca buku jela? pastu hafal2? tu je ke namanya usaha?

"erm.. bagila sket masa nak pike nih."

..........................................................................................



itulah pun yang selalu kita fikirkan
merasakan usaha kita yang akan membawa kpd kejayaan
kita baca buku, buat nota, hafal semua tu
tiada lekang masa melainkan hanya dgn buku, pen dan kertas nota

wah, nampak macam bagus kan?
tapi rupanya, byk yang kita terlepas pandang

mungkin ini yg berlaku sepanjang musim exam;

ayah mak terasa hati d rumah dek x bertanya khabar
ada sahabat yg terguris perasaan akibat soalannya x djawab
lecturers terlebih waktu working hours, malam2 pun ada student contact ganggu
ada bilik yang bersepah sebab tak bersapu sebulan
ada pula teman sesurau keseorangan tiada lagi yg berjemaah d sana
jiran pun rasa sunyi semacam seperti rumah sebelah xberpenghuni
juga kesihatan makin2 kesian tidak terbela
owh, macam2

macam tulah kan
bilamana merasakan mengulangkaji itu segala2nya
dan itulah kayu ukur kejayaan seseorang

tapi sebenanrnya, kenapa kita ulangkaji ya?
tup. tup. tup. tup.
byk jwpn pun
tapi sedarkah kita usaha mengulangkaji itu x mampu menentukan apa2 secara direct terhadap keputusan exam kita?
erm, sebab apa ya?

sebab RAHMAN ALLAH yang menentukan segala
kasih sayang-NYA yang kita harapkan
hatta kita belajar sungguh2 pun utk rebut kasih-NYA

tapi kena ingat,
kita perlu usaha, tapi bukan belajar satu2nya usaha, tetapi salah satu usaha adalah belajar
(berbelit ke ayt ni?)

yup
nak rebut Rahman-Nya kena belajar tahap maksimum
tapi jgn lupakan yg lainnya

jadikan setiap detik yang berlalu adalah mengharap kasih dari-NYA tanpa batas
setiap yg dilakukan adalah yg terbaek dlm apa juga aspek
tak kira dr sudut ibadah, hubungan manusia, makan minum, kesihatan, kebersihan, etc

seringkali kita lupa
bahawa kita ini hidup di atas pentas milik TUHAN
perlulah mengikut arahan PENGARAH agung

usaha kita x mampu melayakkn kita m'jd pelajar cemerlang
tetapi usaha kita adalah bagi merebut kasih-Nya
krn kasih-Nya lah yang bakal membawa kita ke era gemilang

-hablum minallah wa hablum minan naas-

kata Sayyid Qutb,
... itulah yang dibuat oleh keIMANan
membuka mata dan hati
menajamkan kepekaan
menyirai kecantikan, keserasian, dan kesempurnaan..
iman adalah persepsi baru terhadap alam
apresiasi baru terhadap keindahan
dan kehidupan di muka bumi, 
di pentas ciptaan Allah,
sepanjang malam dan siang...

moga kita antara yg dipilih-Nya
ameen

kongsikan nasyid yang dah lama terkenal
dari dawud Wharnsby Ali
ceria tapi mampu mengurai airmata
dalam muhasabah cinta dengan-Nya


"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 

 ..wassalam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails