Monday, January 16, 2012

love letters from HIM

..bismillahirrahmanirrahim..

dari situ kulihat
kesungguhan lahir dari keinginan
keinginan lahir dari cinta
cinta lahir dari makna
makna hamba untuk mendekati-NYA



"malam ni boleh x tolong wan chor?"
owh, tolong apa? insyaAllah kalau mampu
"tolong ajar pasal FI'IL (فعل), esok kelas ni"
boleh kot.. jom!

sesi ulangkaji pun bermula
apa lagi, wan chor pun buka ceritanya
tentang sesi pengajian pada minggu lepas

ustaz terangkan, 
nk kenal FI'IL (فعلkena cari huruf TA'  baris atas (TA) atau baris depan (TU) di belakang KALIMAH
siapa jumpa contohnya?
dgn semangatnya, wan chor angkat tangan dan m'jawab surah yang sentiasa ddengar dr CD
"surah al-Baqarah, ayat 2
dzaalikal kiTAA...... (ذلك الكتاب)"

ustaz tersenyum
owh, bukan macam tu
huruf TA' (ت) mesti d belakang kalimah dan sebelumnya tanda mati
cuba cari lagi contohnya d dlm al-Quran

tanpa serik
sekali lagi mencuba dengan penuh semangatnya
"ana, ustaz!"
ya, silakan..
"kalimah AAYAATU (ءايات), huruf TA' baris depan, sebelumnya hamzah tanda mati"

mengucap panjang ustaz mengajar anak murid sorg ni!
maaf lagi, contoh tu pun salah
xpe, cuba lagi ya

dengan muka merah padam menahan gelak, ustaz teruskan
baiklah, skrg cuba cari 10 kalimah FI'IL, beserta maksudny d dlm al-Quran

apa lagi? masih termenung xterjumpa
apa2 pun, usaha jgkla utk cari
nasib baik ustaz xtanya lagi, tunda minggu dpn

wan chor pun menutup ceritanya
anak sedaranya yg sorg ni m'dgr smbil ketawa terbahak2
namun wajahnya seolah2 m'cerminkan tiada apa yg perlu dimalukan atas kesilapan ini

"ha, sebab tulah nak belajar elok2 malam ni
esok kalau ustaz tanya, boleh jawab betul.."

jadi kami pun membelek2 al-Quran mencari FI'IL (فعل)
"kalau ni FI'IL (فعل) x? kalau ni? yang ni pulak?"

subhanallah
terpegun kumelihat
huh, semangatnya
walaupun usia telah memasuki zaman 40-an, namun semangat nak mendalami ilmu bahasa arab sgt kuat
setiap hujung minggu akan dihadirinya kelas pengajian bahasa arab ini
belajar tentang kaedah menafsir al-Quran
katanya, "rasa teringin sgt nk faham al-Quran, dulu x berpeluang nak belajar macam ni"

"boleh tolong lg?
cekkan bacaan hafazan ni
surah Al-Muzzammil
ayat 1-9
boleh hafal sikit2 je, da tua susah nk m'hafal"

ya ALLAH,
bertambah2 kehinaanku
tanpa kusedari, aku yang telah KAU pilih
diberikanku peluang utk pelajari bahasa arab sejak kecil
namun, xpernah kubersyukur kepada-MU akan nikmat ini


astaghfirullah..
mga masih ada padaku ruang untuk kumenjadi hambaMU yg lebih bersyukur
dan janganlah KAU hilangkan ilmu lughatul arabiyyah ini dr diriku
kerana kutahu, itulah jambatan untuk kumendekatiMU
dengan memanhami surat cinta dariMU
wahai Tuhan Maha Berkuasa yang tiada tandingannya..


"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 

..wassalam..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails