Sunday, January 05, 2014

Kau Memang Lebih 'SPECIAL' daripada KAMI

..bismillahirrahmanirrahim.. 

l Kau Memang Lebih 'SPECIAL' daripada KAMI l

Hebat kau bermakna
Hebat kau buat keluarga
Hebat kau buat kami kaku bbrp ketika

Kucuba mengerti
Tapi kerdilnya diri masih x mampu memahami
Kerana kau 'special', tentu saja unik diuji

Nasihatku, SABAR
Namun tentunya batas sabarmu telah terkeluar
Kerana sudah tiba kau harus berkata kasar
Agar hatimu terpelihara tidak terbakar

Kubuntu
Apa bantuan yang kau butuh
Kerana aku seolah tidak bertubuh
Hanya mampu mendengar&melihat dr sini sejak subuh

Menangis kami dalam doa
Memohon Allah punya kuasa
Agar tidak pernah dipersia
Ketabahan dirimu juga mereka
Di sana, di bawah pemeliharaan-Nya

Ukht
Maafkan kami jika hanya mampu mendengar
Kerana itu, setakat ini kemampuan yang terfikir
Jika kau mahu meminta, dipersilakan
InsyaAllah, akan kami langsaikan
Moga dengan ini kita saling disatukan

Ukhtie
Kau persis srikandi
Serahkan segala pada Ilahi
Syurga kan sedia menanti..

l Dee Kay, 05012014, Kauthar- Under Roof l


"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 

 ..wassalam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails