Sunday, March 28, 2010

mabruk

bismillahirrahmanirrahim
alhamdulillah
thummal hamdulillah

TAHNIAH!!
buat adik2 SPM 2009
terutama buat adik2
di SMI Al-Amin Kemaman dan SMI Hidayah Johor
juga buat guru2 yang bersemangat
(sampai sekarang ana masih rasa semangat guru2 sek dulu mengalir dalam diri ana)
dan sesiapa sahaja yang memberi sokongan

TAHNIAH sekali lagi!!

di sini ada keratan akhbar
menceritakan kisah pelajar cemerlang SPM 2009
terbukti, pelajar muslim mampu berjaya
jika mengamalkan islam dalam kehidupan
moga ini memberi motivasi buat calon2 SPM 2010



inilah pelajar batch pertama yang menduduki SPM di SMI al-amin

semangat dan kesungguhan dapat mematahkan segala kekurangan di sebuah sekolah baru

semoga ALLAH memberkati kejayaan ini

~wassalam~

Friday, March 12, 2010

andai ini diriku

Dengan nama Allah kumulakan bicara

manusiaMANUSIAmanusia


aku insan bergelar manusia

diselubungi selimut dosa

hari demi hari berlalu

tanpa kusedari, ITU

itu yang berlaku pada diriku

kumula didodoi hempasan ombak kemaksiatan

walau dihentam ganas

namun kumerasakan seolah2 sedang dibuaikan

sahabat
diriku bukan sekuat yang kau sangka
lemah berpaut di ranting rapuh
hanya menanti sambutan tanganmu
dari lemas dibawa tsunami kejahilan

kuterus menanti
dan terus menanti
namun di manakah dirimu, teman??
kau hanya melihat arus itu membawaku pergi
semakin jauh, jauh dan terus berlalu
tenggelam timbul di lautan dosa

namun akhirnya, kuterdampar di situ
di tepi pasir penyerap cairan dosa
dengan lemah, kumemandang jauh
melihat apa yang telah dilakukan dulu


Ya Allah, kukesali dosa lalu,
kembalikanlah aku ke dalam golongan yang mendapat rahmat kasih sayangMu


..bantulah diriku..

Tuesday, March 02, 2010

ZERO to HERO

Bismillahirrahmanirrahim
Andai hidup ini statik
Tiada apa yang harus kupersoalkan
Kerana yang itu menjadi itu
Yang ini hanya menjadi ini
Tanpa diubah walaupun sedikit

Namun hidup ini sentiasa berkembang
Dengan daya momentum perubahan
Spirit melonjak naik diri
Malas merudum jiwa ke tahap minima
Setiap yang berlaku pasti ada titik mulanya..

Sebelum kubisa berlari pantas
Langkah dimula bersama tangan dan kakiku
Merangkak perlahan..
Akhirnya inilah diriku yang kau kenali kini

Segala yang tahu
Bermula dengan tidak tahu
Namun dengan tekad dan azam
Mampu merubah segalanya
Kerana ketahuilah,
hidup ini bukan statik!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails