Tuesday, March 02, 2010

ZERO to HERO

Bismillahirrahmanirrahim
Andai hidup ini statik
Tiada apa yang harus kupersoalkan
Kerana yang itu menjadi itu
Yang ini hanya menjadi ini
Tanpa diubah walaupun sedikit

Namun hidup ini sentiasa berkembang
Dengan daya momentum perubahan
Spirit melonjak naik diri
Malas merudum jiwa ke tahap minima
Setiap yang berlaku pasti ada titik mulanya..

Sebelum kubisa berlari pantas
Langkah dimula bersama tangan dan kakiku
Merangkak perlahan..
Akhirnya inilah diriku yang kau kenali kini

Segala yang tahu
Bermula dengan tidak tahu
Namun dengan tekad dan azam
Mampu merubah segalanya
Kerana ketahuilah,
hidup ini bukan statik!

2 comments:

Ice-Stop! Company said...

salam.

yups!"jika tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya..."
keep it up!u can do it!=)

+akufobia+ said...

bermula dengan susah+perlu bersabar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails