Tuesday, May 07, 2013

InsyaAllah ana kuat di awalnya. InsyaAllah selama2nya kuat!


..bismillahirrahmanirrahim..

4 tahun perkenalan
Mungkin lama
Namun bukan semua insan yang kukenali dalam tempoh ini mampu kukongsi rasa yang sama

Satu kelas?
Satu kuliah?
Satu kos?
Jika hanya ini, masakan mungkin aku menaruh rasa kasih sehingga itu!

Ya, walau perkenalan kami lama
Tapi baru kurasa kehangatannya kini
Hangatnya cinta yang dibina atas landasan yang tersedia
Berbunga kasih bersemi ikatan Ilahi

...........................................................................................................

Jumaat.
29.03.2013

Suapan nasiku terhenti. Tertera sms, "Mohon doa sahabat2 buat keluarga mar. Rumahnya terbakar dan ayahnya sekarang berada di ICU". "Ya Rabb, beratnya ujian yang Kau timpakan buatnya..", bisik hati kecilku. Tanpa lengah, kuterus menghubungi housemate-nya utk mendapatkan pengesahan. Cemas. Namun, kuharus teruskan juga 'dating' bersama mereka yang sedang menungguku utk ber'Bulatan Gembira' pada tghr itu. 

Ziarah. Mereka menyusun perancangan. Sesi 'Bina Manusia' yang dijadualkan pada petang itu beralih tempat- di dalam kereta. Kami menuju ke rumah mar utk melihat kondisi sebenar. Masakan seorang ahli diuji, kami mampu bergembira sendiri? Alhamdulillah, tiba di sana, sempat bersembang dan berbual dengan beberapa orang jiran. Ketika itu, tiada banyak yang kubualkan kerana kaget melihat keadaan rumah yang pernah kuziarahi dahulu. 70% musnah, La haula wa la quwwata illa billah..! Ditambah lagi ujian, orang yang sangat rapat dengannya kini sedang berperang melawan perit, sakitnya hampir seluruh tubuh melecur dimamah api. Allahu Rabbi...

"Muna, malam tadi, sebelum kejadian, ayah baru balik dari usrah katanya. Lepas letupan, mak terdengar jeritan ayah, Allahu Akbar! Allahu Akbar!. Dalam perjalanan ke hospital tu, ayah masih lagi sempat solat sunnat walaupun dalam keadaan mengerang kesakitan..."

Ya Allah, mulianya insan yang bergelar seorang ayah ini. Patutlah anak2nya juga bersih orangnya, baik budi pekertinya, indah budi bicaranya.


Bermula hari itu, hati ini sering terdetik mengingatinya. Updates di fb kadang membuatku menitis air mata. Tiada banyak yang kumampu, selain doa agar diberi kekuatan luar biasa. Menakjubkan, dia yang kukenali seorang yang lembut hati, rupanya gagah membina kubu kesabaran menghadapi ujian mendatang bersama keluarga tersayang. Kerana kalian sekeluarga yakin, dengan kesabaran, Allah dah janjikan ganjaran.







Suatu hari, katanya padaku,

"Dr ada cakap pasal ayah semalam. Katanya- he's an amazing man! Subhanallah.."

Ukht, setiap kali kau ceritan kepadaku pasal ayah, walaupun tiada air mata yang kau titiskan, namun kutahu hatimu sentiasa merintih memohon kekuatan buat ayah dan keluarga. Kau kuatkan langkah, seperti tiada penat berulang alik menghantar dan mengambil adik setiap hari.. Ditambah gagahnya melangkah pergi melawat ayah di HKL. Ukht, betul kau sangat kuat!

Jumaat malam, sms yang kau kirimkan selagi lagi menyentuh hatiku. "Muna, maafkan ana sbb x dapat join qiam malam ni".  "Jgn risau ya ukht, kami akan bangun qiam bersama mendoakan ayah anti. Anti terus kuat ya". Malam itu, permintaanmu untuk diubah waktu sesi 'Bina Manusia' itu juga telah kami bincangkan.

Sabtu. Doa terus2an ditembakkan agar diberikan yang terbaik buat keluarga ini setelah menerima sms tentang keadaan pck yang sedang kritikal. Ahad tengah malam, sedang yang lain sibuk menunggu keputusan PRU-13, sekali lagi sms itu membuatku rasa tidak menentu. Ya Allah, hanya Kau yang tahu yang terbaik buat hamba-Mu. "Ukht, terus kuat ya, doa+doa+doa". Jawabnya, "InsyaAllah, ana kuat diawalnya. InsyaAllah selama2nya kuat!"

........................................................................

Isnin.
06/05/2013
Innalillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un
"Ayah telah pulang ke Rahmatullah sebentar tadi. Mohon sedekahkan al-Fatihah buat ayah. Moga rohnya tenang di sana dan kami dapat berjumpa di syurga-Nya nanti"

Keluarga bahagia dunia akhirat, ameen

Sungguh kukagum akan keluarga ini. Semakin lama, kusemakin mengenali mereka, dengan kisah2 yang tiada putusnya. Apatah lagi, kisah pakcik pakarudin (almarhum) yang telah banyak berjasa dalam penubuhan dan penerusan sistem pendidikan MUSLEH di sekolah al-amin bangi.

"..Almarhum adalah antara warga Al-Amin yang terawal, menghantar anak2 ke sebuah sekolah yang agak dhaif prasarananya (ketika itu... Al-Amin Serdang) dan turut sama memindahkan anak2nya ke Al-Amin Bangi serentak dgn perpindahan sekolah ke tapak sekarang (1997). Seorang bapa yang sangat komited dgn sistem pendidikan Al-Amin dari awal penubuhan sehingga ke akhir hayatnya.." 
-mlm saudi-

Ya Rahiim,
Kau kurniakanlah kekuatan luar biasa buat sahabat yang sgt kukasihi ini, beserta ahli keluarganya. Kau peliharalah mereka dengan sebaik2 peliharaan. Kau lindungilah mereka di bawah lembayung rahmat dan kasih-Mu. Moga syurga yang mereka idamkan sebagai tempat pertemuan bakal menjadi realiti di alam akhirat nanti.. Ameen, ya Rabbal 'alamin..


Sedekahkan Al-Faatihah buat pakcik, Almarhum Mohd Pakarudin bin Musa.


p/s: Kita juga bakal menyusul.. Bersediakah?



"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 

..wassalam..

Wednesday, May 01, 2013

Peliharalah Cinta Ini Kerana-MU



..bismillahirrahmanirrahim..

Akan kucuba menyusun indah kata-kata ini

Hati berdetik
Mengatakan benarnya perasaan ini
Tidak tertahan lagi
Untuk kuluahkan segalanya 

Kuyakini murninya rasa hatiku
Cinta, kasih, berputik segar
Dijalin suci atas ikatan sayang
Dari Tuhan yang Maha Penyayang

Saat itu
Kusedari akan kehadiranmu
Pandangan pertamaku tidak lagi menipu
Dikaulah yang kutunggu-tunggu
Selama daku dilahirkan ke dunia

Kutatapi wajahmu memikat
Tergambar Allah Maha Hebat
Kudengari alunan suaramu memujuk
Bukti ciptaan-Nya indah dibentuk
Kurasai sentuhan tanganmu lembut
Terimpi dibawa menuju jalan berpetunjuk

Bukan hanya itu yang berputik rasa di hati
Segala kebutuhan, kau berikan
Di saat kubuntu
Kau hadir sebagai pembantu
Di saat kualpa
Dengan peringatan segera kau sapa
Di saat kutewas
Motivasimu menjadikan kutidak lagi was-was
Untuk terus bangkit menyahut seruanmu
"This is not the end of the world, Allah's giving you the next chance!"

Ya, kaulah penyeri kehidupan
Walau bukan setiap detik kita mampu bersama
Namun kesentiasa merasai kehadiranmu
Hadirnya kehangatan kasihmu
Hadirnya sinaran bahagiamu
Hadirnya senyuman manismu
Di alam minda, di alam nyata
Keserian wajahmu tidak jemu menemaniku

Ya Allah
Aku telah jatuh cinta padanya!

 Ya Rabbiyallah
Moga cintaku ini didasarkan atas cinta kerana-Mu
Moga kasihku ini dianugerahkan buat kekasih-Mu
Moga sayangku ini dihadiahkan buat insan yang menyayangi-Mu

Ya Rahmaan, Ya Rahiim
Jika rasa hatiku ini benar2 suci
Kau peliaharalah rasa kasihku
Kau kekalkanlah ikatan cinta kami selamanya
Bukan hanya mengharap cinta di dunia
Namun akhirat kuharapkan pertemuan jua..





Moga dirimu diberkati Ilahi

a.b.a.h
SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN KE-48
"people who keeps learning is still young"
yeah, you're!

p/s: Really miss them. Only Allah can take care of them better


"Kata pengatur bicara
Lidah saksi segala
Di hadapan Rabb pemilik kita"

..wassalam..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails