Monday, August 27, 2012

mengintai calon

..bismillahirrahmanirrahim.. 

calon apa yang paling mulia yang engkau idam2kan?
sudah tentulah CALON PENGHUNI SYURGA,
itu yang terbaik, tiada tandingannya!

dari Anas r.a meriwayatkan;
Saat itu kami sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w, tiba2 Baginda berkata, "Sebentar lagi seorang calon penghuni syurga akan datang kepada kalian." Tak lama kemudian, muncullah seorang lelaki Anshar yang janggutnya masih dibasahi air wudhu', sementara tangan kirinya memegang sandal. Keesokan harinya, Rasulullah s.a.w mengatakan hal yang sama, dan lelaki tersebut muncul seperti hari sebelumnya. Pada hari ketiga, Rasulullah s.a.w juga mengatakan hal yang sama. Lagi2 lelaki itu juga yang muncul.

Ketika Nabi telah pergi, 'Abdullah bin 'Amru bin 'Ash segera mengikuti lelaki tersebut dan berkata kepadanya, "Sungguh aku telah bertengkar dengan ayahku hingga aku bersumpah untuk tidak pulang selama 3 hari. Jika anda benarkan, izinkanlah aku menginap bersamamu selama 3 hari." Lelaki tersebut kemudian membenarkannya.

'Abdullah pun tinggal bersamanya selama 3 hari. Selama itu pula, ia tidak pernah melihat lelaki tersebut mengerjakan solat malam. Hanya sahaja, setiap kali dia terjaga dari tidurnya, dia hanya membalik2kan tubuhnya, kemudian berzikir kepada Allah dan membaca takbir sehingga subuh menjelang.

'Abdullah berkata, "Aku belum pernah mendengar dari mulutnya selain kebaikan. Setelah 3 hari berlalu, aku hampir saja menghina amalnya tersebut, aku berkata kepadanya; "Hai hamba Allah, sebenanrnya aku tidak bertengkar dengan ayahku.Tapi aku mendengar Rasulullah s.a.w berkata tentang dirimu sebanyak 3 kali berturut2, sebentar lagi seorang lelaki calon penghuni syurga akan datang kepada kalian. Ternyata, yang datang ialah kamu. Dan itu berlaku sebanyak 3 kali berturut2. Aku kemudian berniat untuk tinggal bersamamu agar bisa mengetahui amal yang engkau kerjakan, supaya aku bisa menirunya. Tetapi, ternyata aku tidak melihat sesuatu yang istimewa pada amalmu. Apa sebenarnya yang telah kau lakukan sehingga kau bisa menjadi seperti yang dikatakan Rasulullah s.a.w?"

Hamba Allah tersebut menjawab, "Aku tidak melakukan amal apa pun selain yang telah engkau lihat."

'Abdullah bin 'Amru berkata, "Ketika engkau telah berlalu, Rasulullah s.a.w mendoakanku."

Lelaki tersebut menjawab, "Tidak ada yang aku lakukan selain apa yang telah engkau lihat. Hanya saja, aku sama sekali tidak pernah mengambil mudah akan urusan kaum muslimin. Selain itu, aku juga tidak pernah dengki atas nikmat yang telah dikurniakan Allah kepada salah seorang di antara mereka."

'Abdullah menyahut, " Inilah apa yang telah kamu lakukan yang kami tidak mampu lakukannya"


"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 
..wassalam..

Tuesday, August 14, 2012

hitung diri

..bismillahirrahmanirrahim..

Apa yang antum rasa, lepas dengar cerita akak tentang Palestin tadi?
"SEDIH, sebab ramai orang islam kena bunuh"
"Ana rasa KESIAN, ada baby kena tembak"
"KECEWA, zionist bom kat mana2 yang dia suka"
Tiba2 ada jawapan dari seorang adik tahun 1
"GEMBIRA, sebab orang2 Palestin kuat, pastu berani!"
Ada pula yang menyampuk
"Hmm, Allah kan ada!"

Ya Allah, so sweet..
Sedang adik2 kecil ini bisa mengerti keberanian orang2 Palestin
Apatah lagi apabila dilihatnya keberanian anak2 Palestin yang sebaya mereka berjuang di sana
Begitulah kisah Ahad lepas, bersama adik2 tahap 1 Al-Amin, dalam lebih kurang 2 jam

Perkara ini mengingatku akan kisah yang dikongsi oleh Sis Lauren Booth (please google this name now!) baru2 ini
Tentang perjalanannya dalam mengenali Islam

Trip keduanya ke tanah Palestin menyaksikan kisah ini
Sedang beliau tidak dapat kembali ke tanah airnya
Allah menganugerahkan peluang keemasan untuk bersama rakyat Palestin selama sebulan Ramadhan
Sedang beliau melawat keluarga miskin di sana  
1 persoalan beliau lontarkan kepada seorang wanita Palestin

"Kenapa kamu berpuasa di bulan Ramadhan? Kamu rasa, Tuhan sayangkan kamu, tapi pelik. Kenapa perlu Dia buatkan kamu lapar? Kamu kata Tuhan sayangkan kamu, tapi Dia biarkan kamu dahaga!"

Pada waktu itu, beliau sangat kasihankan wanita itu melihat kepada kehidupannya yang begitu dhaif tetapi masih lagi diwajibkan berpuasa

Sambil senyum, wanita iu menjawab
"Sis, saya berpuasa Ramadhan ni sebab nak rasa apa yang orang miskin rasa"

Kata2 itu menyentak beliau
Bagaimana mungkin wanita yang tidak punya apa2 ini, tidak merasakan bahawa dia adalah seorang miskin??

from hana's palestine scrap book

Subhanallah!
Wanita palestin itu tidak merasa dirinya miskin kerana meyakini bahawa banyak lagi nikmat2 Allah yang diterimanya, mungkin
Biar luaran nampak kedana, asal hati kaya bersama Rabb-nya

Risau benarku apabila membaca Surah Ar-Rahman dgn ditanya berulang2
"Fabiayyi aalaa irabbikuma tukazzibaan"
Maka nikmat Allah yang manakah yang kau dustakan??
Na'uzubillah min dzalik..
Mga KITA sama2 tidak tergolong ke dalam golongan itu

Hurm, terfikir
Ramadhan kali ni
Rasanya banyak benar tengok update blog2 dan status fb yang memaparkan makanan best2
Dahsyat kot gambar2nya
Memang meneliurkan sampai tahap max paling!
Ada yang masak sendiri (walaupun sbnrnya tengok buku resipi, semua orang boleh buat pun..)
Atau x ketinggalan juga yang makan di restoran2 mewah apatah lagi hotel setiap hari

Bukan nak megata (walaupun ada gak niat sket, huhu)
Tapi supaya sama2 kita fikirkan
Adakah salah 1 matlamat berpuasa tu tercapai?
Nak merasai bagaimana mereka yg susah/ miskin rasa?
Sedang kita dalam Ramadhan nilah ber'jujuk' senarai makanan mewah yang kita nak cuba
Astaghfirullah..
Muhasabah diri saya paling utama sbnrnya

Sahabat2
X salah pun kita banyak belajar masak time2 ramadhan ni
Malah memang bagus kot kalau menggembirakan org berpuasa dgn menyediakan juadah berbuka
Banyak pahalanya..
Cuma kadang perlu berpada2, jgn sampai kita terlalu bermewah2 dan berbangga
Yang akhirnya membawa kpd penyakit hati, sampai amal x kemana pula ramadhan mulia kali ni 

Salam Ramadhan Kareem yang hanya berbaki 5 hari lagi =(

"Kata pengatur bicara
Lidah saksi segala
Di hadapan Rabb pemilik kita"
..wassalam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails