Wednesday, February 16, 2011

kenal x?

..bismillahirrahmanirrahim..


berdiri di tepi pintu kelas
sayup kedengaran suara seorang guru mengajar anak2 muridnya
"kelas, hari ni cikgu nak cerita.. nak dengar x?"
"nak! nak! tapi cerita apa cikgu? best x?"
"mestilah best.. kalau x, cikgu pun x sanggup nak cerita kat awak semua"
segala aktiviti lain di dalam kelas terhenti
yang tidur terus terbangun
yang menulis juga berhenti
yang berbual sesama sendiri cuba menghabiskan perbualan secepat mungkin
semua mata terus tajam merenung wajah seorang guru, seolah2 tidak tertahan lagi kesabaran mereka untuk mendengar cerita dari guru tersebut

"baiklah, sebelum cikgu cerita, cikgu nak tanya, kamu semua ni dah berapa tahun? macam budak2 perangainya. xpernah nak matang2.. kalau bercerita baru semua tumpukan perhatian. kalau x, huisy.. "
dengan nada perlahan ada yang menjawab,
"hmm, da 15 tahun pun sebenarnya kita, mcm xpercaya.."
"xpe2.. cikgu teruskan dengan cerita best cikgu"
"ok!"

"kamu semua kenal x Thufail bin 'Amr ad-Dawsi?"
"alamak, ada budak baru nak masuk ke? ke dulu pernah kawan ngan org ni? cikgu, cikgu.. kenapa dgn dia? accident ke?"
"astaghfirullah, kamu ni sah2 nampak sgt xkenal tokoh2 islam.. sape je yg kamu kenal.. artis, org yg keluar kt TV, org yg tgh hot kat internet.. bila lah kamu nak berubah, banyakkan baca buku yang lebih bermanfaat.. tapi xpe, sebenarnya cikgu pun baru je dengar nama ni 15minit sebelum masuk kelas tadi.. hmm.."(sambil tersengih nampak gigi)

semua murid cuba untuk senyum sesama sendiri namun perasaan ingin tahu mereka terlalu jelas mencerminkan keterpaksaan mereka untuk mengukir senyuman
"ha, kamu kenal x Abu Hurairah?"
"hurm, itu kami kenal cikgu! pernahlah dengar.. tapi memang terkenal pun, perawi hadith terkemuka kot!"
dalam hati sebahagian mereka berbisik
"husy, nasib baik kenal, kalau xsah2 dpt kuliah percuma"

"kalau semua nak tahu, Thufail bin 'Amr ad-Dawsi merupan salah seorang sahabat Rasulullah yang jarang sekali kita dengar ceritanya.. Beliau berasal dari perkampungan "ad-Daws", sebab itu panggilannya "ad-Dawsi".. Apabila risalah Rasulullah sampai ke tempatnya, lalu beliau terus berusaha mencari Rasulullah untuk mengenali islam dengan lebih mendalam.. Akhirnya, risalah Rasulullah ini disebarkan di seluruh kampungnya, namun hanya seorang sahaja yang berjaya diislamkan walaupun setelah berusaha bertahun2.."

"dah tu cikgu, apa kaitannya dengan Abu Hurairah? Kisah mereka berdua ni sama ke??"
"Ha, xdelah sama, cuma dlm kisah ini wujudnya nama Abu Hurairah. Hurm, macam mana agaknya? Abu Hurairah lah orang berjaya diislamkan oleh Thufail.. Walaupun beliau tidak seterkenal Abu Hurairah, namun kita boleh bayangkan betapa bergandanya pahala yang diterima beliau.. Ilmu yang Thufail sampaikan kpd Abu Hurairah akhirnya digunakan dan disebarkan.. Sehingga hari ini, pahala tanpa putus2 menyapa mereka.. Subhanallah, seronok kan?"

"ya la, cikgu.. walaupun seorang sahaja anak muridnya, namun ganjaran pahala yang diterima berlipat ganda.. Sehingga kini, manusia masih menggunakan ilmu tersebut.."
"Begitulah diibaratkan seorang petani menanam sepohon pokok, dijaga dan disemaikan dengan begitu baik akhirnya membuahkan hasil yang lumayan buat semua yang berada di sekelilingnya.. Dibandingkan dengan petani yang sibuk menanam banyak pokok, tergesa2 memikirkan hasil yang bakal diterima namun pokok tidak disemai dengan baik dan dibiarkan begitu sahaja.. Akhirnya pokok itu mati tanpa buah.. Jadi, yang manakah yang lebih baik?"
"Mestilah yang awal2 tu, cikgu"

"ha, pandai anak murid cikgu.. cikgu harap sgt2 cikgu dapat anak murid seperti Abu Hurairah yang menggunakan ilmu bermanfaat dan disebarkan.. itulah antara bekalan yang cikgu nak bawak jumpa Allah nanti"

"cikgu, kami juga berharap kami mendapat guru seperti Thufail ad-Dawsi.. Beliau telah mendidik muridnya dengan didikan terbaik dan akhirnya mampu menjadi perawi hadith yang ilmunya masih digunakan sehingga kini..

"aduh, pandai ya kamu2 ni.. ada aje nak kenakan semula cikgu.. walau pape hal pun, moga kita sama2 usaha ke arah itu, mencontohi peribadi unggul islam"

"insya-Allah, ameen"

..tamat..

"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 
..wassalam..

Saturday, February 12, 2011

kuat!

..bismillahirrahmanirrahim..


memulakan langkah memang perit
bertatih...
jatuh...
dan bangun kembali...

kadang-kadang tanpa tangan menghulur bantuan
terasa diri kembara sendirian
mimpikan syurga idaman
sedangkan diri tak tahan ujian
kerdilnya pabila menghitung keringat yang gugur
titisan air mata kecewa
mula membasahi pipi berlengkukan

dalam sinar ruang
rupanya ada sahabat datang membantu
mekar dalam jambangan
setia pada perjuangan islam
bersama kata penguat diri
"Do istighfar a lot even it's not related to solve guilty feelings to ALLAH. Do istighfar, ukhtie.. InsyaALLAH, Allah akan ubati.. Kuat!!"

*thanks ALLAH for giving me the most precious gift. YOU really know that i need support at this moment till then YOU sent me this kind of people. Alhamdulillah, an appreciation is given to Allah.

 "Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita"
 ..wassalam..

Wednesday, February 02, 2011

buat ukhti

..bismillahirrahmanirrahim.. 

..dan kerana ini kita bersama, ukhti sayang!
"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 
 ..wassalam..

reason

..bismillahirrahmanirrahim.. 

credits to mar

"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 
 ..wassalam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails