Tuesday, December 30, 2008

Pesanan Ummi Buat Puteri

Mana abah, ummi, kakak dan adik2?
>Erm.. Tak apalah, mereka sibuk dengan hal masing2.
Muna pula?
>Ada dekat depan laptop ni.

Dalam kesepian ditinggalkan di rumah, muna fikir, apa agaknya muna nak buat? Macam2 yang berlegar kat fikiran ni. Nak chatting? Nak sms? Nak keluar? Semuanya boleh!! Ummi dan abah tak tahu. Tapi.. Allah kan Maha Melihat..!

Ops, muna sedar. Ummi selalu pesan kat muna supaya jadi muslimah sejati yang pandai jaga harga diri. Dari kecik ummi pesan perkara yang sama. Paling best, bukan pesanan macam biasa2. Tapi pesanan berbentuk dendangan yang tak pernah muna dengar dari mulut orang lain. Biasanya, ummi akan dendangkannya bila dalam kereta. Almaklumlah, waktu inilah kami sekeluarga bersama. Walaupun dari kecil muna dengar dendangan yang sama, tapi tak pernah pulak muna rasa bosan atau jemu. Pelik jugak..

Sekarang muna pula nak kongsikan dengan sahabat2 sekalian. Ambil dan simpanlah pesanan ummi ini baik2 ya!


Puteri
Bertudung bersih
Bak mawar putih
Taat pada Illahi
Kasihkan Nabi
Senyum mekar di bibir
Basah dengan berzikir
Iman teguh di dada
Akhlaq mulia
Suaranya dijaga
Rendah sahaja
Cukup budi bahasa
Bila berkata
Tiada hilai ketawa
Hanya senyum yang mesra
Siapa yang melihatnya pasti bertanya
Diri ibarat bunga
Wangi harum bercahaya
Solatnya tiap hari
Amal tak henti
Jika tiada bersopan
Lenggang-lenggok berjalan
Suka jadi tontonan
Hilang rupawan
Ingatlah puteri dunia
Harga dirimu
Engkau akan dewasa
Menjadi ibu
Asiyyah, Aisyah, Khadijah
Jadi teladan
Berbakti pada Allah
Itu tujuan
Muna harap, dalam menjalani kehidupan sebagai seorang puteri di bumi yang penuh pancaroba ini, ingatlah bahawa sesungguhnya "dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah". (hadith riwayat muslim)

alhamdulillah

Alhamdulillah..
Akhirnya berjaya juga tubuhkan blog ini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails