Thursday, July 05, 2012

hari ke-23

..bismillahirrahmanirrahim.. 

"Assalamualaikum, pck. Boleh hantarkan saya ke Hospital Tengku Ba'yah?"
Pak cik teksi balas dengan muka pelik
"Ke adik sebenarnya nak ke Hospital Raja Permaisuri Bainun?"
"Hmm, lebih kuranglah tu, pck. Betullah nama hosp macam tu rasanya"


Pada 14/06/2012
Itulah kali pertama menjejakkan kaki ke Stesen Keretapi Ipoh
Dan tanpa diduga, kini menjadi rutin mingguanku utk menaiki ETS berulang-alik KL-Ipoh


............................................................................................................


Khamis, 05/07/2012
Rupanya sudah 23 hari opah di ICU hosp ipoh
Lahaula wala quwwata illa billah
Hanya dari-Mu kami beroleh kekuatan
Ini ternyata bukan ujian utk opah semata
Namun juga buat kami sekeluarga, jiran2, doktor2, jururawat2, mak2 dan pak2 guard, dan semua yang terlibat


 Opah
Sehingga kini masih belum dapat kulihat senyuman di bibirmu
Apatah lagi lirikan mata mesra yang selama ini kauberikan


Setiap kali kumula melangkahkan kaki ke wad ICU dgn penuh harapan
Tapi akhirnya keluar dgn desakan dada
Teresak menangis melihat penderitaanmu melawan penyakit itu
Namun kuyakin
Hanya Allah tahu yang terbaik buat hamba-Nya


Sudah berhari akhir2 ini
Apabila dibacakan ayat2-Mu
Kulihat air mata opah mula membasahi wajah
Mungkin fizikalnya kelihatan lemah
Namun moga hatinya tetap tersentuh mendengar ayat2 cinta agung dari pemiliknya
Opah, ingat ALLAH selalu ya!


Ya Rahmaan
12 hariku di sini, banyak sungguh 'ibrah yang Kau hadiahkan
Sungguh, tazkirah zikrul maut itu sentiasa menyapa diri
Apatah lagi, inilah tazkirah terbaik buat diri seorg yg bergelar insan


Maut itu datang tanpa mengira usia
Tanpa mengenal penyakit lama/ tiba2
Tanpa tahu pangkat/ jawatan tuan empunya
Minggu lepas 4, kemudian 2, kemudian lagi?
Siapa yang tahu?
Semua sudah ada dalam buku rekod Maha Esa


Dan ada juga golongan manusia
Tanpa penyakit, sibuk pula mencari penyakit
Pelik, tapi benar
Cubaan membunuh kandungan akhirnya membawa padah kpd diri sendiri


Dan ada juga kes sedang manusia lain menghirup udara nyaman pagi
Tiba2 terkejut melihat ada yg cuba membunuh diri
Terjun dari tingkat 5/6 bangunan hosp
Tersangkut tubuh di dahan pokok yg akhirnya jatuh tersungkur menyembah bumi
Nafas tercungap, x pasti apa cerita selanjutnya
Yang penting, orang itu bukan pesakit
Disyaki orang yang sedang menjaga pesakit
Mungkin kerana stress..
Kata pihak penyelamat kecemasan dgn slumber-nya,
"Oh, memang dah biasa perkara ni berlaku.."
Kesian, beginilah ketika mana Allah tidak menjadi tempat pergantungan hamba
Na'uzu billah min dzalik


Di hosp juga, semua perlu kuat
Pesan seorg makcik,
"Kita yg menjaga ni kena kuat, jgn sampai kita sakit, nanti x mampu jaga pesakit"
Itulah antara pesanan kenalan2 baru d kwsn menunggu wad ICU
Ya, kenalan2 baru yg begitu mesra apabila kami bersama2 diuji
Kami di sini ibarat keluarga besar
Hidup bersama berhari2
Walau sering bertukar ahlinya
Namun setiap kali pertukaran
(samada disebabkan kematian/ perpindahan ke wad biasa)
Akan ada pesanan comel yg dsampaikan
Subhanallah, ikatan ukhuwwah itu Kau punya!


"Haa, da sampai pun 2 org budak skolah ni.."
1 kata yg menyapa kami pada 1 pg
"Dik, kome ni sekolah kat mana? lama ke cuti?"
"Pakcik, kami ni dah habis sekolah pun, skrg tgh cuti sem ipt"
^_^


Begitulah sedikit sebanyak coretan kisah 
Untuk perkongsian bersama
 "kisah catitan cucu opah"


Jazakillah, akak
Awak memang kuat!
Bukan senang kan kita nak habiskan waktu bersama
Berkongsi cerita suka duka
Tambahan istimewa perkongsian gerakan DnT
Akak, minggu ni pelepasan buat awak pula utk ke kuantan
Selamat~


Nilai
Minggu depan pula ya
3 cabang tugas menanti di sana
moga Allah mudahkan urusan


p/s: Doakan yg terbaik buat opah. Jika kesembuhan itu terbaik buatnya, maka Kau permudahkanlah kesembuhan itu. Aameen ya Rabb..


tetiba jumpa ni d ambulans hosp, heh

"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 
 ..wassalam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails