Thursday, May 28, 2009

salam kasih orang di sini

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, inilah kali pertama muna post dari jauh ni
sekarang, muna berada di dalam library Universiti Sains Islam Malaysia
dah jadi orang negeri sembilan konon2nya

Kalau tanya perasaan sekarang,
muna pun tak tahu
tapi yang penting, ada gembira dan ada juga sedih sikit2
normal la macam tu kan?

Sebenarnya, muna bukanlah nak berceloteh panjang di sini
tapi cuma mahu ingatkan diri
laman universiti bukan seperti di bangku persekolahan
murid gagal, guru kerisauan
tapi di laman ini
gagal pelajaran tanggunglah sendiri
Dakwah juga jangan dilupakan
kerana ramai di sekeliling yang memerlukan

buat ummi, abah, kakak dan adik2 di rumah
jangan risau, kat sini muna ok aja
buat teman2 seperjuangan yang dah lama muna rindukan
salam perjuangan dan ukhuwwah muna titipkan

ilalliqa'
wassalam

Wednesday, May 20, 2009

buat permataku

Khas buat para pendidik khususnya di Tadika Nurul Iman, Sekolah Islam Al-Amin Kemaman, Sekolah Islam Hidayah JOhor dan buat semua yang bergelar guru..



Di kejauhan ini
Sejenak membuat diriku berfikir
Kesepian sebagai anak perantauan
Mengorak langkah di bumi bertuah

Setapak kumelangkah
Bagai terasa ingin berundur
Dalam sayup si permata melambai
Membuat diriku gagah kembali

Permataku
Diriku mengerti betapa beratnya
Amanah yang terpikul di bahumu
Tidak setimpal ganjaran dunia
Tidak seberapa nilai harganya

Kau tumpahkan keringatmu
Kau taburkan baktimu
Terkadang embun mata bergenang
Mengimpikan generasi rabbani
Bakal penerus perjuangan umat ini

Andai kutahu
Murninya falsafah hidupmu
Walau di perantauan
Walau dalam kedhaifan
Akan digalas ilmu bersamaku
Biar bagai mustahil
Impian kaburkan bertukar zahir

Permataku
Yakinilah
Betapa tingginya ganjaran menantimu
Syurga Allah yang penuh kenikmatan
Khas buatmu, seorang pejuang!!

Terima kasih wahai guruku
Dikaulah Permata Hidupku..

dari pena muna majidah dan syakirah - mei 2008

Tuesday, May 19, 2009

Berakhir @ Hanya Sementara

HUH!! LEGA!!
Alhamdulillah. Setinggi2 syukur ke hadrat Illahi kerana diberi keizinan untuk post kali ini.

...الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبيائ والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين


18 Mei 2009
Tugasku sebagai seorang pengajar di sekolah rendah islam al-amin kemaman berakhir pada tarikh ini. Mungkin ia akan menjadi suatu hari yang begitu bersejarah buat diri yang baru mula mengenal erti penat lelah sebagai seorang pendidik.
4 bulan bukan suatu masa yang pendek. Banyak kenangan yang yang masih terpahat dalam memori. Sedikit kenangan dan pengalaman ingin dikongsikan.

MINGGU KESIHATAN

Pertandingan menghasilkan poster bagi tahap 2 mengikut kelas


Inilah hasil poster yang perlu disiapkan kurang dari sejam



Sedikit penerangan tentang Minggu Kesihatan 2009

Gembira anak2 al-amin tahun 2 ketika pertandingan melukis dan mewarna

Semangat betul mereka membuat senam robik termasuklah muallimah kat sebelah tu..


MUKHAYYAM DAKHILI TKRSM

Beginilah cara membuat jerat ayam di dalam hutan


Kukuh ke tidak agak-agaknya gajet ni?


Inilah lauk hidangan makan malam kami. Kalau berpasir pun, kena makan jugak



Gaul, jangan tak gaul! Habis hancur ikan sardin tu


MUKHAYYAM KHARIJI di BUMBUNG RAJA,DUNGUN

Jahit elok2 ya.. Mana fasinya? Tengah tangkap gambar ni

Adoi, sakit bangat sih. Nasib baik tak balut satu badan. Kalau tak, sebijik macam mumia


Gembiranya sebab mukhayyam kali ni paling banyak enjoy dalam air


1,2,3.........20. Yang lain-lain menonton aja?


Best jugak ya kena denda macam ni.Kalau tak,bila lagi dapat bermesra dengan kengkawan


Apa yang penting? -KERJASAMA!! Barulah masakan ni boleh siap dimasak tepat pada waktunya

SAMBUTAN HARI MUROBBI pada 170509

Barisan para pendidik SRI Al-Amin Kemaman


Bagusnya persembahan dari murid2 Tahun 2 Khalid ni. Sapa guru kelas??

"Seandainya kutelah dewasa

akan kucapai segala

citaku, harapanmu

akan kubalas jasamu, guru2ku.."



dari pena

Kini, Hanya Allah yang Tahu antara AKU dan DIA


Terimalah secebis puisi
Sebagai pengganti diri
Khas buat anak2 didik Al-Amin
Insan kerdil itu
Mengajarku erti ketabahan
Mengajarku erti pengorbanan
Mengajarku erti kasih sayang
Insan kerdil itu
Bisa membuat diriku menitiskan mutiara mata
Merintih di hujung hari
Kerna kini kuterpaksa meninggalkannya
Anak didikku
Kau insan suci
Tiada dicemari noda
Walau setitik cuma
Anak didikku
Gelakmu penawar duka
Senyummu pengubat lara
Rajukmu membuah kasih
Tangismu menzahir sayang
Anak didikku
Adakah hadiah @ ucapan hari guru yang kupinta?
Mungkin
Namun sekadar pengimbas memori
Yang kuinginkan cuma satu
Ingin melihat dirimu
Bakal menjadi tokoh
Pelakar biatul islam
Di seluruh alam buana
Kini
Kurindui saat bersamamu
Andai diriku bukan murobbi terbaik
Berikanlah ruang ini
Agar kubisa perbaiki diri
Maafkan diriku
Andai ada yang terluka
Di saat diriku seorang guru
Di saat dirimu seorang murid
Ingatlah
"marah bukan kebencian tapi tanda sayang"
Terima kasih kerana menggelar
Diriku muallimah muna
............................................................................................................................
p/s : maaf sangat2 kerana minggu terakhir ana berada di sekolah, ana tak dapat buat yang terbaik. Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) kurang berjalan lancar disebabkan suara yang serak2 basah. Waktu tu memang agak kurang sihat sebabnya lepas habis mukhayyam khariji, x sempat nak duduk kat rumah dah pergi bertolak ke johor, ada program hi-impact. Maaf sekali lagi ya!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails