Thursday, May 08, 2014

Formula Bidadari Hebat


..bismillahirrahmanirrahim.. 


Cuba memahami bait2 kata yang dirakamkan kembali:


"Saya merasa sangat berbahagia menerima panggilan dari Yang Berbahagia Mursyidul 'Am Ikhwanul Muslimin. Panggilan dan kepercayaan untuk berkhidmat bagi prinsip2 yang kalian perjuangkan dan memimpin unit2 kalian. Dalam kelemahanku dalam menanggung beban dan ketidakmampuanku melaksanakna tugas ini, saya tetap berkeyakinan bahawa dengan dokongan dan semangat dari kalian, saya mampu membawa kita pada tujuan yang kita idam2kan, iaitu menyebarkan prinsip2 ajaran2 dan adab2 Islam di kalangan wanita dan keluarga muslim. Hanya Allah-lah tempat memohon pertolongan. 

Putri2ku dan saudari2ku. Sebagaimana kalian ketahui, bangsa ini sedang dilanda keruntuhan moral dan ketempangan sosial. Tanda2nya terlihat di semua sisi kehidupan, baik di rumah, di jalan raya, di tempat kerja, di pasar, dan di mana sahaja. Jika keadaan ini berlangsung terus-menerus, akhirnya akan membawa kita kepada akibat2 yang buruk. 

Asas perbaikan keluarga, dan kunci perbaikan keluarga adalah perbaikan para wanitanya, kerana wanita adalah 'guru' dunia. Wanitalah yang 'menggoyang ayunan dengan tangan kannanya dan menggoncang dunia dengan tangan kirinya'

Para muslimah hendaklah memahami tugas yang dipikulnya merupakan tugas suci yang pengaruhnya sangat besar bagi kehidupan umat. Mereka sesungguhnya mampu memperbaiki keadaan ummat ini asalkan benar2 memiliki kepedulian terhadapnya.

Oleh kerana itu, kita ingin memperbaiki diri kita terlebih dahulu. Saya berkeyakinan bahawa dalam ajaran dan hukum Islam, jika kita memahami dan mengamalkannya, terdapat hal yang menjamin terjadinya perbaikan yang kita harapkan ini. Jadi, wahai saudari2 dan puteri2ku, di dalam unit2 ini kita akan memperbaiki diri kita agar kita memahami Islam, mengamalkannya, dan menyebarluaskan ajaran2nya. Jika kita baik, maka dengan baiknya diri kita ini akan baik pulalah keluarga kita. Di atas asas itulah dibangun perbaikan bangsa secara menyeluruh. 

Itulah yang hendak saya sampaikan, yakni aktivitas yang kita telah wajibkan kepada diri sendiri untuk melaksanakannya. Kepada Allah-lah saya memohon agar Dia memberi taufiq kepada kita untuk melaksanakan apa yang di dalamnya terkandung kebaikan bagi bangsa yang kita cintai.."


[ Hajah Labibah Ahmad ]
Ucapan Penubuhan dari Ketua Pertama Unit Akhawat Muslimat Cairo
1352 h

Formula Bidadari Hebat!
Baiki Diri + Peduli = Membangun Ummat


................................................................................

"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 

 ..wassalam..

Friday, April 18, 2014

Ang MALAS ka?


..bismillahirrahmanirrahim.. 

M.A.L.A.S = L.A.Z.I.N.E.S.S

Ambil dari [sini]

Saat aku LELAH menulis dan membaca
Di atas buku-buku kuletakkan kepala
Dan saat pipi menyentuh cover-nya
HAtiku tersengat
Kewajipanku masih banyak bertimbun
Bagaimana mungkin aku masih berISTIRAHAT??

-Imam AnNawawi-


"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 

..wassalam..

Sunday, January 05, 2014

Kau Memang Lebih 'SPECIAL' daripada KAMI

..bismillahirrahmanirrahim.. 

l Kau Memang Lebih 'SPECIAL' daripada KAMI l

Hebat kau bermakna
Hebat kau buat keluarga
Hebat kau buat kami kaku bbrp ketika

Kucuba mengerti
Tapi kerdilnya diri masih x mampu memahami
Kerana kau 'special', tentu saja unik diuji

Nasihatku, SABAR
Namun tentunya batas sabarmu telah terkeluar
Kerana sudah tiba kau harus berkata kasar
Agar hatimu terpelihara tidak terbakar

Kubuntu
Apa bantuan yang kau butuh
Kerana aku seolah tidak bertubuh
Hanya mampu mendengar&melihat dr sini sejak subuh

Menangis kami dalam doa
Memohon Allah punya kuasa
Agar tidak pernah dipersia
Ketabahan dirimu juga mereka
Di sana, di bawah pemeliharaan-Nya

Ukht
Maafkan kami jika hanya mampu mendengar
Kerana itu, setakat ini kemampuan yang terfikir
Jika kau mahu meminta, dipersilakan
InsyaAllah, akan kami langsaikan
Moga dengan ini kita saling disatukan

Ukhtie
Kau persis srikandi
Serahkan segala pada Ilahi
Syurga kan sedia menanti..

l Dee Kay, 05012014, Kauthar- Under Roof l


"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 

 ..wassalam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails