Saturday, May 21, 2011

once upon a time

..bismillahirrahmanirrahim.. 


Dipetik dari riwayat Ibnu Ishaq dan Ahmad dari Jabir bin Abdullah r.a

Kisah ini berlaku dalam Peperangan Dzatur Riqaa’
pada kesempatan itu tertawanlah seorang wanita Musyrikin
kemudian, ketika suami wanita tadi menyedari akan hal ini
dia terus bersumpah tidak akan berhenti mencari 
sebelum dapat mengalirkan darah para sahabat Muhammad s.a.w
lalu 
lelaki itu keluar mengikuti jeja perjalanan Rasulullah s.a.w. 

Ketika melalui lorong di suatu lembah Rasulullah s.a.w bersama para sahabat berhenti
kemudian baginda bersabda, 
siapakah di antara kalian yang bersedia menjaga kita malam ini?
maka majulah seorang dari Muhajirin dan seorang lagi dari Anshar 
lalu keduanya menjawab, 
kami bersiap sedia untuk berjaga, ya Rasulullah
Nabi Muhammad s.a.w pun berpesan,
jagalah kami di lorong mulut ini” 

Ketika kedua orang sahabat itu keluar ke mulut lorong
sahabat Anshar berkata kepada sahabat Muhajirin,
jam berapa engkau inginkan aku berjaga, apakah permulaan malam ataukah akhir malam?"
sahabat Muhajirin menjawab, 
jagalah kami di awal malam
kemudian sahabat Muhajirin itu berbaring dan tidur

Sedang sahabat Anshar melakukan solat,
datanglah lelaki Musyrikin tadi
dia dapat mengecam sahabat Anshar itu 
dan dia mengetahui bahawa sahabat itu sedang bertugas hirasah

Setelah meletakkan sasaran
kemudian lelaki Musyrikin itu memanah tepat mengenai diri sahabat Anshar
lalu sahabat Anshar mencabut anak panah dan terus berdiri tegak melanjutkan solatnya
kemudian orang musyrikin itu memanahnya lagi dan tepat mengenainya 
lalu sahabat itu mencabut kembali anak panah itu 
dan dia tetap berdiri tegak melanjutkan solatnya
kemudian, untuk kali ketiganya, 
orang itu memanahnya kembali dan tepat mengenai dirinya
lalu dicabut pula anak panah itu kemudian barulah ia rukuk dan sujud

Setelah itu
dia membangunkan sahabat Muhajirin seraya berkata, 
“duduklah kerana aku telah dilukai”
kemudian sahabat Muhajirin itu melompat mencari orang yang melukai sahabat Anshar itu
ketika orang Musyrikin itu melihat keduanya 
maka ia sedar bahawa dirinya sudah diketahui lalu ia pun melarikan diri

Ketika sahabat Muhajirin mengetahui darah yang melumuri sahabat Anshar, ia berkata,
“subhanallah, mengapa engkau tidak mengejutkan aku dari tadi?” 
sahabat Anshar menjawab, 
“aku sedang membaca suatu surah dan aku tidak ingin memutuskannya. Namun setelah orang itu berkali-kali memanahku, barulah aku rukuk dan memberitahumu. Demi Allah, kalau bukan kerana takut mengabaikan tugas penjagaan yang telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w kepadaku, nescaya nafasku akan berhenti sebelum aku membatalkan solatku....." 

begitulah
lakaran kisah seorang sahabat yang telah membuktikan kpd kita bahawa
"..Dakwah & Tarbiyyah Ini Tidak Dapat Dipikul oleh Orang yang Manja.." 


mencari kekuatan bersama
(3:146)
jom cek!


"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 

 ..wassalam..

Sunday, May 08, 2011

setelah sekian lama menanti

..bismillahirrahmanirrahim.. 

06.05.2011
Ihtifal SMI Al-Amin Kemaman 2010

alhamdulillah
sempat juga diri menghadiri majlis ini

logo baru bermula tahun 2011
kata kesyukuran tak terhenti dilafaz
apabila diumumkan bahawa
Penubuhan Sekolah Menengah Islam Al-Amin Kemaman telah diluluskan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu
setelah sudah lama saat ini dinantikan

bangunan kini
moga sekolah ini mampu bergerak maju seiring institusi2 pelajaran lain dalam mencapai misi melahirkan 4 golongan;
Ulama', Umara', Aghniya', Profesional
ameen

video salah satu program terdekat mereka tahun ini

"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 

 ..wassalam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails