Tuesday, May 07, 2013

InsyaAllah ana kuat di awalnya. InsyaAllah selama2nya kuat!


..bismillahirrahmanirrahim..

4 tahun perkenalan
Mungkin lama
Namun bukan semua insan yang kukenali dalam tempoh ini mampu kukongsi rasa yang sama

Satu kelas?
Satu kuliah?
Satu kos?
Jika hanya ini, masakan mungkin aku menaruh rasa kasih sehingga itu!

Ya, walau perkenalan kami lama
Tapi baru kurasa kehangatannya kini
Hangatnya cinta yang dibina atas landasan yang tersedia
Berbunga kasih bersemi ikatan Ilahi

...........................................................................................................

Jumaat.
29.03.2013

Suapan nasiku terhenti. Tertera sms, "Mohon doa sahabat2 buat keluarga mar. Rumahnya terbakar dan ayahnya sekarang berada di ICU". "Ya Rabb, beratnya ujian yang Kau timpakan buatnya..", bisik hati kecilku. Tanpa lengah, kuterus menghubungi housemate-nya utk mendapatkan pengesahan. Cemas. Namun, kuharus teruskan juga 'dating' bersama mereka yang sedang menungguku utk ber'Bulatan Gembira' pada tghr itu. 

Ziarah. Mereka menyusun perancangan. Sesi 'Bina Manusia' yang dijadualkan pada petang itu beralih tempat- di dalam kereta. Kami menuju ke rumah mar utk melihat kondisi sebenar. Masakan seorang ahli diuji, kami mampu bergembira sendiri? Alhamdulillah, tiba di sana, sempat bersembang dan berbual dengan beberapa orang jiran. Ketika itu, tiada banyak yang kubualkan kerana kaget melihat keadaan rumah yang pernah kuziarahi dahulu. 70% musnah, La haula wa la quwwata illa billah..! Ditambah lagi ujian, orang yang sangat rapat dengannya kini sedang berperang melawan perit, sakitnya hampir seluruh tubuh melecur dimamah api. Allahu Rabbi...

"Muna, malam tadi, sebelum kejadian, ayah baru balik dari usrah katanya. Lepas letupan, mak terdengar jeritan ayah, Allahu Akbar! Allahu Akbar!. Dalam perjalanan ke hospital tu, ayah masih lagi sempat solat sunnat walaupun dalam keadaan mengerang kesakitan..."

Ya Allah, mulianya insan yang bergelar seorang ayah ini. Patutlah anak2nya juga bersih orangnya, baik budi pekertinya, indah budi bicaranya.


Bermula hari itu, hati ini sering terdetik mengingatinya. Updates di fb kadang membuatku menitis air mata. Tiada banyak yang kumampu, selain doa agar diberi kekuatan luar biasa. Menakjubkan, dia yang kukenali seorang yang lembut hati, rupanya gagah membina kubu kesabaran menghadapi ujian mendatang bersama keluarga tersayang. Kerana kalian sekeluarga yakin, dengan kesabaran, Allah dah janjikan ganjaran.







Suatu hari, katanya padaku,

"Dr ada cakap pasal ayah semalam. Katanya- he's an amazing man! Subhanallah.."

Ukht, setiap kali kau ceritan kepadaku pasal ayah, walaupun tiada air mata yang kau titiskan, namun kutahu hatimu sentiasa merintih memohon kekuatan buat ayah dan keluarga. Kau kuatkan langkah, seperti tiada penat berulang alik menghantar dan mengambil adik setiap hari.. Ditambah gagahnya melangkah pergi melawat ayah di HKL. Ukht, betul kau sangat kuat!

Jumaat malam, sms yang kau kirimkan selagi lagi menyentuh hatiku. "Muna, maafkan ana sbb x dapat join qiam malam ni".  "Jgn risau ya ukht, kami akan bangun qiam bersama mendoakan ayah anti. Anti terus kuat ya". Malam itu, permintaanmu untuk diubah waktu sesi 'Bina Manusia' itu juga telah kami bincangkan.

Sabtu. Doa terus2an ditembakkan agar diberikan yang terbaik buat keluarga ini setelah menerima sms tentang keadaan pck yang sedang kritikal. Ahad tengah malam, sedang yang lain sibuk menunggu keputusan PRU-13, sekali lagi sms itu membuatku rasa tidak menentu. Ya Allah, hanya Kau yang tahu yang terbaik buat hamba-Mu. "Ukht, terus kuat ya, doa+doa+doa". Jawabnya, "InsyaAllah, ana kuat diawalnya. InsyaAllah selama2nya kuat!"

........................................................................

Isnin.
06/05/2013
Innalillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un
"Ayah telah pulang ke Rahmatullah sebentar tadi. Mohon sedekahkan al-Fatihah buat ayah. Moga rohnya tenang di sana dan kami dapat berjumpa di syurga-Nya nanti"

Keluarga bahagia dunia akhirat, ameen

Sungguh kukagum akan keluarga ini. Semakin lama, kusemakin mengenali mereka, dengan kisah2 yang tiada putusnya. Apatah lagi, kisah pakcik pakarudin (almarhum) yang telah banyak berjasa dalam penubuhan dan penerusan sistem pendidikan MUSLEH di sekolah al-amin bangi.

"..Almarhum adalah antara warga Al-Amin yang terawal, menghantar anak2 ke sebuah sekolah yang agak dhaif prasarananya (ketika itu... Al-Amin Serdang) dan turut sama memindahkan anak2nya ke Al-Amin Bangi serentak dgn perpindahan sekolah ke tapak sekarang (1997). Seorang bapa yang sangat komited dgn sistem pendidikan Al-Amin dari awal penubuhan sehingga ke akhir hayatnya.." 
-mlm saudi-

Ya Rahiim,
Kau kurniakanlah kekuatan luar biasa buat sahabat yang sgt kukasihi ini, beserta ahli keluarganya. Kau peliharalah mereka dengan sebaik2 peliharaan. Kau lindungilah mereka di bawah lembayung rahmat dan kasih-Mu. Moga syurga yang mereka idamkan sebagai tempat pertemuan bakal menjadi realiti di alam akhirat nanti.. Ameen, ya Rabbal 'alamin..


Sedekahkan Al-Faatihah buat pakcik, Almarhum Mohd Pakarudin bin Musa.


p/s: Kita juga bakal menyusul.. Bersediakah?



"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 

..wassalam..

Wednesday, May 01, 2013

Peliharalah Cinta Ini Kerana-MU



..bismillahirrahmanirrahim..

Akan kucuba menyusun indah kata-kata ini

Hati berdetik
Mengatakan benarnya perasaan ini
Tidak tertahan lagi
Untuk kuluahkan segalanya 

Kuyakini murninya rasa hatiku
Cinta, kasih, berputik segar
Dijalin suci atas ikatan sayang
Dari Tuhan yang Maha Penyayang

Saat itu
Kusedari akan kehadiranmu
Pandangan pertamaku tidak lagi menipu
Dikaulah yang kutunggu-tunggu
Selama daku dilahirkan ke dunia

Kutatapi wajahmu memikat
Tergambar Allah Maha Hebat
Kudengari alunan suaramu memujuk
Bukti ciptaan-Nya indah dibentuk
Kurasai sentuhan tanganmu lembut
Terimpi dibawa menuju jalan berpetunjuk

Bukan hanya itu yang berputik rasa di hati
Segala kebutuhan, kau berikan
Di saat kubuntu
Kau hadir sebagai pembantu
Di saat kualpa
Dengan peringatan segera kau sapa
Di saat kutewas
Motivasimu menjadikan kutidak lagi was-was
Untuk terus bangkit menyahut seruanmu
"This is not the end of the world, Allah's giving you the next chance!"

Ya, kaulah penyeri kehidupan
Walau bukan setiap detik kita mampu bersama
Namun kesentiasa merasai kehadiranmu
Hadirnya kehangatan kasihmu
Hadirnya sinaran bahagiamu
Hadirnya senyuman manismu
Di alam minda, di alam nyata
Keserian wajahmu tidak jemu menemaniku

Ya Allah
Aku telah jatuh cinta padanya!

 Ya Rabbiyallah
Moga cintaku ini didasarkan atas cinta kerana-Mu
Moga kasihku ini dianugerahkan buat kekasih-Mu
Moga sayangku ini dihadiahkan buat insan yang menyayangi-Mu

Ya Rahmaan, Ya Rahiim
Jika rasa hatiku ini benar2 suci
Kau peliaharalah rasa kasihku
Kau kekalkanlah ikatan cinta kami selamanya
Bukan hanya mengharap cinta di dunia
Namun akhirat kuharapkan pertemuan jua..





Moga dirimu diberkati Ilahi

a.b.a.h
SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN KE-48
"people who keeps learning is still young"
yeah, you're!

p/s: Really miss them. Only Allah can take care of them better


"Kata pengatur bicara
Lidah saksi segala
Di hadapan Rabb pemilik kita"

..wassalam..


Monday, April 15, 2013

Battle of YARMOUK


..bismillahirrahmanirrahim.. 

"O Lord! If you give us victory, I shall see that no enemy warrior is left alive until their river runs with their blood!"

-Khalid alWaleed-

InsyaAllah, for today, i would like to share with you about 
BATTLE OF YARMOUK

I've done this for my assignment
Which is for STRATEGIC MANAGEMENT subject


You may 'click' to enlarge the photo


Now, we can see some of the strategies made by the commander, Khalid al-Waleed

To have more understanding, you may refer the illustration below

A simple graphic of the plan

That's all i've done
Simple right?
But actually i gained something that's very precious in my life
Alhamdulillah

Understand the stories -- simplify the story -- write the poem -- design the photos -- post in blog, yeah!

Thank you very much for my dear lecturer, DR UMMI SALWA BT AHMAD BUSTAMAM for giving us such this oppurtunity..


References
a) At-Tarikh fit Tariikh by Ibnu Athir
b) Tip-Tip Cemerlang daripada Quran by Dr Danial Zainal Abidin




"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 

..wassalam..

Friday, March 01, 2013

Maka layakkah engkau digelar DUTA ISLAM?

..bismillahirrahmanirrahim..
 
di hadapan forbidden city
Di saat kaki melangkah pergi, ruhi setia menanti diisi.. Lalu bibir laju mengungkapkan doa sang musafir,
"Ya Allah, Kau ajarkanlah aku. Kau berilah sebanyak2nya pengajaran yang bakal menjadi bekal untukku kembali bersemangat menggapai redha-Mu." 

Selesai check-in flight,

"Dapat seat no brp?"

"9D"

"X pe, bersabar ya, ini semua dugaan. InsyaAllah itu adalah yg terbaik. redhalah.. Apa2 pun, teruskan usaha, belajar kuat2 lg ya lps ni. Alhamdulillah, muna dpt 9A gituu.." =)

"Pergh, mmg nk kena!"

Maka bermulalah sesi riang-ria kanak2 ribena!

l Serius, Ok. Ehemm l

Diriku antara yang paling lambat memasuki flight. Wah, flight hari ni ke beijing penuhlah. Mata melilau2 mencari seat 9A. Ops, dah ada yg menanti, seorang lelaki berbangsa Inggeris. Aku masih cuba mencari seat lain yg kosong. Ternyata, semua yang tinggal hanya bersebelahan lelaki.

"Excuse me, may i have a seat?"

"Mahu duduk?"

"Ya"

Laa, omputih ni boleh cakap melayu juga rupanya.  

"You want to putar2 Beijing? Ada apa?"

"Yes, i'm. Together with my friends and lecturers. We have an educational trip there. While you, sir? What are you going to do in Beijing?"

"I work there. Actually, i work in Malaysia, Indonesia, Vietnam, Thailand and China. But now i live in Malaysia."

"You live in Malaysia with your family?"

"Nope, my wife and daughter stay in America"

Berlakulah perbualan taaruf antara kami, cewah! Tapi x panjang sgt, sekadar yg perlu. Perbualan diteruskan. Mungkin agak rancak juga, krn mata sekeliling sering bertumpu ke arah kami.

"How's your feeling about Malaysia?
"A very nice country. Malaysia got spectacular nature ................"

Diriku cuba mencari persoalan lain yg membuatku lebih berminat untuk berbual.

"What do you think of Malaysia, that's differ with other countries that you've lived in?"

"Owh, i got one more special thing. Malaysia is better than other muslims' countries. Before this, i've lived in ......... and ........... (both are muslims' countries)"

"Why do you say that?"

"It's about the government. They make all things, haraam.. Firstly, about alcohol. They forbid drinking alcohol but actually they do, i meant the royal family. They set up their own kitchen to have all these. Secondly, they block us to hang out with different gender. For example, when we went to a party, then men have to enjoy in a hall while women in another hall. Can you imagine, i can't enjoy with my wife, then how can we as human being, may know each other? May recognize the family members of our friends? b*d*h"

Diriku terdiam. Hanya senyuman dan sedikit anggukan membalas penerangan itu..

Maka layakkah engkau digelar DUTA ISLAM?
Hanya berdiam diri saat agamamu diperlekehkan??

Mr. R menyambung lagi,
"Have you went to Makkah and Medina?" 

"Yes, i do"

"Do you love to be there?"

"Yes, of course i am, and i'm hoping that i'll go there for the 2nd time"

"But it's not for me. I don't like to be in arab countries."

"Why?"

"As i said before.. Itu banyak b*d*h.."

Sedang bersembang, datang pramugara menghidangkan alcohol. Kemudian Mr R menyapa saya;
"You may have one. Just try! If you still don't want, just give it to me. I'll drink for you. Do you know, in malaysia, the price of this drinks is very high, the price is four times higher than in other countries. Here, you may get it for free."

"It's ok. I'm not interested to have it."

"Wait, i just want to question you about what i've said just now. Malaysia's government have put a very high tax to the sale of  alcohol. Perhaps, it would give the country a very high income, right? Then, your government use the money to develop your country. How could it be, an islamic country is developing by using the income from alcohol? And also from gambling activities at Genting?"

"Owh, actually, there are a lot more sources of income for Malaysia. We got Petronas, the top 100 biggest company in the world, also give a lot of revenue to our country.."

Hurm, dah mula lari topik dan x menjawab soalan kan? Sekali lagi terdiam!

Maka layakkah engkau digelar DUTA ISLAM?
Tidak mampu membela agamamu sedang ia direndah2kan??

Tetiba terasa nak tanya soalan pula;

"Sir, actually, why people like to drink alcohol?"

"Owh, it's good for your health. it's good for your brain, you'll feel relax and you'll forget all of your problems. That's why i'll have it everyday to release my tension. Besides, it's good for your heart and kidneys. I know that heart attack is the first killer in Malaysia, right? This is because not many of Malaysians drink alcohol, and the same thing goes to you!"

"I'm wondering, heart attack also has been suffered by non-muslims in Malaysia, whom also drink alcohol. Wait, actually, i know that Islam forbid us to drink alcohol because it brings more harm than benefits. When you say that you'll be relax, actually because you brain stops working for a while (mcm exaggerate sikit), then you may do something outside the norm. I've experienced almost hit by a drunk while walking. hmm.."

"Maybe, but it just for a while. Just to release our stress after working, maybe..."

Tiba gilirannya untuk berdiam dan terus menyambung persoalan lain;

"Do you know, now i've already knew the tips of choosing house in Malaysia."

"Owh, it sounds interesting! How?"

"I've to choose a house that is 1km away from any mosque. I'm always been disturbed by the sound of Akbar, Akbar (smbil membuat gaya seakan bilal, toleh kepala ke kanan, ke kiri).."

"But it's good right to wake up early in the morning? It makes us to be productive men"

"Not for me, because i stay up the whole night. Then that sound really, really disturb me! huh..."

Terdiam lagi. X tahu nak balas bagaimana lagi..


Maka layakkah engkau digelar DUTA ISLAM?
Sedang perkara yang kecil tak termampu kau pertahankan??

candid

"You look sleepy. Do you want to watch this movie?"
katanya sambil menunjukkan senarai movie dalam ipad-nya.

"It's ok. No, thank you."

Dia menambah, "I don't like to watch movie in Malaysia's television. A lot of scenes have been cut. When there's ***** or ***** part, they will cut. It makes me can't understand the whole story! Why ha?"

"Government don't want their people influenced by those immoral activities."

"But actually, the scenes also been 'acted' everywhere. If they don't watch in the movies, they may watch the same scene in their surrounding. Besides, actually, they will do it too.. So, why government blocked all these? b*d*h!

Ahha, isu lain lagi timbul. Penat juga fikir, tp x terjawab lagi kali ni!


Maka layakkah engkau digelar DUTA ISLAM?
Jika ilmu dipelajari tak mampu menjadi hujahmu berhadapan mereka yang mempersoalkan? 

Tarik nafas, hembus..
Tarik nafas, hembus........
Pelbagai lagi isu yang ditimbulkan
Lagi isu umat islam anak ramai tapi miskin, itu namanya menyeksa manusia, buat sesuatu x fikir.
Tambah lagi isu islamic banking setelah mengetahui diriku mengambil jurusan perakaunan dan berhasrat menyambung pengajian dalam bidang finanace. Katanya sama shj islamic banking dgn sistem riba yang telah wujud sejak berzaman.
Dan lagi, lagi, lagi...
Daripada byk2 isu yang ditimbulkan, hny bbrp shj yang dapat kubalas dgn kata2. Kadang bila x berhadapan dgn mereka, kita mampu untuk berfikir, tapi bila dpersoal begini, terhenti ideanya, terkelu lidah dbuatnya.

Ya Allah, apa yang telah kupelajari selama ini?
Kadang dirasa sudah banyak ilmu deen-Mu yang telah kukhatamkan, namun kenapa masih tidak mampu menjawab persoalan2 simple ini?

Ya Ghaffur, ampunilah hamba-Mu yang lemah
Kerana belum masih mampu menjadi duta produk-Mu, yakni Islam yang sgt Kau sayangi

Ya Rasulallah, aku malu padamu
Kerana kumengaku, akulah pewaris dakwahmu
 Namun apa yg berlaku, ternyata aku masih perlu banyak ilmu dan pelatihan
Untuk kubisa mengikut jejak langkahmu

Ya Nabiyallah
Kumalu untuk mempersembahkan keadaan umat ini kepadamu
Kerana Islam tak dijadikan cara hidup
Akhirnya Islam yg suci ini dikotori fitnah mereka yang xmahu menghampiri

Aku malu, malu dgn diriku sendiri
Namun kubersyukur krn apa yg kudoakan, kini Kau makbulkan
Aku belajar sesuatu
Itulah hikmah terbesar yang kuperoleh sepanjang permusafiran ini
Alhamdulillah, Allahu Akbar!

di Beijing Airport

Tiba2 lamunanku terhenti

"perhatian kpd para penumpang sekalian........"

Alhamdulillah, 6 jam perjalanan sudah hampir berakhir. Sebelum keluar, sempat kubertanya kpd Mr R

"When are you going to come back to Malaysia?"

"On this thursday, my flight is in the evening"

"Ok, sir. Nice to meet you"

"Nice to meet you too"

Bumi beijing, begitu penuh bermakna buat kami. 4 hari di sana, pelbagai ilmu dan hikmah diperoleh. Bila tiba masanya untuk kami kembali, terasa ingin sekali untuk pergi ke sana lagi buat kali kedua. IinsyaAllah, jika punya peluang, akan dijejakkan lagi kaki ke sana.

Penerbangan pulang
Sambil mencari seat yang telah ditetapkan,
Sekali lagi, diriku terserempak dgn Mr R yang sedang duduk
"dalam hatiku terdetik, ya Allah jika aku belum bersedia untuk menjawab semua persoalan yang pernah dilontarkan, jgnlah Kau letakkan aku di seat bersebelahannya......."

-:the end:-




"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 

 ..wassalam..

Friday, February 15, 2013

Apa yang Sebenarnya Hendak Kau Perjuangkan...?

..bismillahirrahmanirrahim.. 



Engkau ingin berjuang
Tapi tak mampu menerima ujian

Engkau ingin berjuang
Tapi rosak oleh pujian

Engkau ingin berjuang
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang
Tapi tak begitu setia kawan

Engkau ingin berjuang
Tapi tak sanggup berkorban

Engkau ingin berjuang
Tapi enggan jadi pemimpin

Engkau ingin berjuang
Menjadi pengikut agak segan

Engkau ingin berjuang
Tolak ansur tak engkau amalkan

Engkau ingin berjuang
Tapi tak sanggup terima cabaran

Engkau ingin berjuang
Kesihatan dan kerehatan
Tak sanggup engkau korbankn

Engkau ingin berjuang
Masa tak sanggup engkau luangkan

Engkau ingin berjuang
Kerenah isteri tak kau tahan

Engkau ingin berjuang
Rumah tangga lintang pukang

Engkau ingin berjuang
Diri engkau tak engkau tingkatkan

Engkau ingin berjuang
Disiplin diri engkau abaikn

Engkau ingin berjuang
Janji kurang kau tunaikan

Engkau ingin berjuang
Kasih sayang engkau cuaikan

Engkau ingin berjuang
Tetamu engkau abaikn

Engkau ingin berjuang
Anak isteri engkau lupakan

Engkau ingin berjuang
Ilmu brjuang engkau tingglkan

Engkau ingin berjuang
Kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

Engkau ingin berjuang
Pandangan engkau tak diselaraskan

Engkau ingin berjuang
Rasa berTUHAN engkau abaikan

Engkau ingin berjuang
Iman dan taqwa kau lupakan

Yang sebenarnya apa yang engkau hendak perjuangkan.......?




"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 

..wassalam..

Thursday, January 31, 2013

Sendiri Menyepi

..bismillahirrahmanirrahim.. 

Maaf buat mereka yang sentiasa menunggu
Tak kurang ada yang bertanya kenapa berhenti lama dari menulis di blog ini
Ada juga yang katanya setiap kali ingin mendapat kekuatan diri, tidak lagi dijumpai di blog ini, kerena hanya post lama yang sama akan keluar, tidak lagi seperti dulu...

Maaf, Aasifah
Mungkin itu hakmu dariku sbg seorang sahabat
InsyaAllah, akan kucuba untuk melaksanakannya
DOAKAN

~Rabbuna yusahhil~



"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 

 ..wassalam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails