Thursday, December 15, 2011

apabila air mencukupi dua qullah~

..bismillahirrahmanirrahim..



hampir kaku si jari lama tidak menari di sini
tiada alasan untuk kukatakan sibuk penghalang
sedang diri masih diberi masa menikmati rehat dari-NYA

11-13 NOVEMBER 2011
KOTA BHARU, KELANTAN
NADWAH KEPIMPINAN SEKOLAH IKRAM-MUSLEH
penglibatan 13  BUAH SMI seluruh Malaysia

Alhamdulillah
bertuah, bertuah..
dikurniakan ruang untuk bersama mereka
bersama si kerdil berjiwa gergasi
yang bakal kulihat di arena ini
suatu hari nanti
ya! tidak lama lagi

terkenang saat kudulu juga begitu
setia duduk di kerusi itu
hanya mendengar dan berfikir
tidak jauh dari hanya dalam kotak petak
berkeluasan sebuah sekolah
dibatasi pagar pembentuk peribadi

namun kini
jauh dari itu yang PERLU kufikirkan 
tiada perbatasan selain batas akhir pemikiran insan
iaitu penentu masa depan
pembentukan sebuah angan khayalan
terwujudnya dunia berpatuhkan satu kata
khilafah islam tertegak
mengarah manusia sedunia kembali kepada fitrahnya

.................................................

apabila air mencukupi dua qullah
maka tiada batas untuknya berjasa
semua memerlukannya
kerana ia sesuci2 air
yang bakal membasahi tubuh sang penghadap Rabbi
walau dalam apa keadaan sekalipun
walau mengandungi najis kotoran
ia tetap diperlukan
selagi mana tiada berubah keadaan asalnya

ya
itulah SAYA, KAMU, dan MEREKA semua

apabila sudah mencapai tahap kefahaman islam
maka tiada batas untuk kita berjasa
arena ini, sektor itu..
semuanya memerlukan kita
walau dalam apa keadaan kita sekalipun
walau noda dosa masih tersisa
masih tetap kita perlu bekerja
selagi mana kita masih berorientasikan kompas Illahi

sahabat
sudah tiba masa kita raihkan bersama
dari generasi dulu, kini dan selamanya
usaha, usaha dan usaha
demi mencapai yang terbaik buat ummat
demi memelihara kepentingan kesejahteraan sejagat


tiada lagi masa untuk dibaziri
selagi nyawa masih setia bersama jasad
selagi itu kau perlu berkhidmat!

.......................................................................

rindu suasana yang dulu
dalam kotak petak sekolah kecil itu...


...juga mengimpikan akan datang
suasana yang sama dalam bulatan globe terbentang



"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 

..wassalam..

3 comments:

Sejadah_ungu ^__^ said...

Salam.
Post dari mana ni? Kahfi?
Kenapa qullah? bukan kolah?

Selagi kebenaran itu belum dijunjung, selagi itu ia menagih pengorbanan yg tiada tara.

Moga Allah menjadikan ianya bekal2 utk berkelah di syurga!

Salam qudwah :)

little daie said...

hee...like!!

bila air cukup 2 qullah@kolah...
maka sempurnalah wudhu kita...^_^

muna majidah said...

mestilah dr kampus trcinta

entahlah..
kalau kolah, mcm takut org faham makna kolah (bhs melayu-mcm kt msjd2 tu). ia berbeza, kerana ada ukurannya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails