Sunday, November 28, 2010

فتية الحق

..bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum wbt

"Kami ceritakan kepadamu kisah (pemuda kahfi) mereka dengan sebenarnya.Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahkan petunjuk kepada mereka"
(18:13)

Antara kisah yang telah disebutkan di dalam surah alKahfi ialah kisah Ashabul Kahfi di mana pemuda-pemuda ini telah cuba melarikan diri dari masyarat mereka yang sedang dalam kejahilan dan mereka cuba untuk mencari sinar Tuhan. Namun persoalannya, masih relevankah kita pada hari ini untuk melarikan diri dari masyarakat sedangangkan tugas kita (manusia) diciptakan adalah untuk menjadi khalifah di muka bumi yang mana aset dakwah ialah manusia sendiri??

Syeikh Solah Abdul Fatah (Kitab Qasasul Quran) ada menyebutkan bahawa memang sudah tidak sesuai pada zaman ini untuk mengasingkan diri daripada masyarakat seperti zaman Ashabul Kahfi dahulu. 

Namun, daripada keterangan ini, yang dimaksudkan pengasingan diri ialah mengasingkan diri dari masyarakat secara fizikal yang dibuat dalam tempoh yang sangat lama. Ketahuilah, tentu kisah ini perlu menjadi pengajaran buat kita bahawa perlunya ada suatu ketika untuk kita bersama beberapa golongan manusia untuk sama2 mengecas bateri kekuatan jiwa (iman) dan jasadi (amal) sebelum kembali bersama masyarakat. Tidak perlu masa yang terlalu lama. Cukup sekadar paling kurang seminggu sekali (2jam)! Kalau handphone kita x cas dalam tempoh yang lama, apa akan terjadi? Semestinya, baterinya habis dan sudah x berguna lagi sehingga kita kembali mengecas handphone tersebut. Jadi, begitu juga dengan jiwa dan fizikal kita, untuk memastikannya hidup dan berguna, kita perlukan suis untuk mengecas secara konsistan, dan tidak lain dan tidak bukan, suisnya ialah USRAH.

Bercakap tentang pemuda, teringat satu nasyid lama. Ana cuba terjemahkan maksudnya agar semua dapat faham di samping buat revision bahasa arab yang dah lama tinggal. Selamat hayati!

(klik untuk dengar)

فِتْيَـةَ الحَقِّ أَنِيبُـوْا
Pemuda kebenaran kembalilah

وَإِلَى اللهِ اسْتَجِيبُـوْا
Dan kepada Allah berdoalah

إنْ بِشَأْنِ الدِّينِ قُمْنَـا
Jika untuk agama kita berjuang

جَاءَنَا النَّصْرُ القَرِيـبُ
Pertolangan yang dekat akan datang kepada kita

اَيُّهَـا الفِتْيَانِ سِيْـرُوا
Wahai pemuda berjalanlah

كَـانَ فِي اللهِ المَسِيـر
Berjalanlah di atas jalan Allah

بَشِّرُوا فِي اللهِ حَتَّى
Berilah ingatan di jalan Allah sehingga-walaupun

يُعْلَمَ الحَالُ الخَطِيـرُ
Diketahui keadaan yang bahaya

مَنْ سِوَاكُـم يَا شَبَـابُ
Siapa lagi selain kamu wahai pemuda

إُنْ دَهَتْ يَوْمًا صِعَاب
Di hari yang penuh kesukaran

أَنْتُمْ الأَمَالُ تُرْجَى
Kamulah harapan kami

أَنْتُمْ الأَسْدُ الفِضَـابْ
Kamulah singa yang garang

أَخْلِصُوا لِلهِ قَلْبًـا
Ikhlaskan hatimu kepada Allah

وَاعْبُدُوا الرَّحْمَنَ رَبًّـا
Sembahlah tuhanmu yang Maha Pemurah

كُلُّ مَنْ وَمَّى بِعَهْـدِ
Setiap orang yang memenuhi janjinya

زَادَهُ الرَّحْمَنُ قُرْبًـا
Yang Maha Pemurah akan datang dekat dengannya

P/S: jika di sana ada kesilapan samada dalam seni kata arab atau melayu, minta ditegur.


 "Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita"
 ..wassalam..

4 comments:

Rusyda Taqiyya said...

wah, jadi semangat lagi sehabis baca tulisan ini..
makasih ya, majidah...
salam kangen dari indonesia...

Muna Majidah Zameran said...

apalah ada pada tulisan kerdil ini..

wah, mbak rusyda
lama banget nggak dengar khabar berita dari sana
ya,majidah juga kangen sama indonesia!
kangen banget sama mbak2 di sana.
semangat2!!

~H.u.r a.L 'a.i.N~ said...

muna berbahasa indonesia??
huhu..

Muna Majidah Zameran said...

>ana nisa'
oh, bisa aja dikit2
hurm,kita kena belajar banyak lagi bahasa lain..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails