Saturday, January 02, 2010

..manusia..

assalamualaikum wbt

~allahumma thabbit qulubana 'ala deenik wa 'ala tho'atik~

manusia yang alpa
sering leka dan lalai akan perintahnya
adakah ini salah kita?
atau ini tanda kelemahan pd penciptaanNya??

oh tidak!
memang benar kata itu..
"al-insan la firar minal khotok wan nisyan"
manusia tidak akan dapat lari dr kesilapan dan lupa
tapi ini bukan silap penciptanya!!

Dia yang Maha Agung dan Maha Sempurna
tiada kecacatan pada penciptaanNya
cuma yang ada hanyalah kelemahan pada makhluknya
yang bergelar manusia
akalnya terbatas untuk memikirkan segalanya

Dia juga Yang Maha Bijaksana lagi Maha Pengasih
setiap yang diciptakan pasti ada hikmahnya
baik kebaikan mahupun keburukan

hanya ini yang bisa kufikirkan
jikalau manusia tidak pernah silap mahupun lupa
maka suramlah hidup ini
tiada kata nasihat dan peringatan
yang berupaya kuungkapkan buat seorang teman
yang dapat kuterima dari seorang murobbi
walaupun sebenarnya inilah yang menjadi pengikat hati2


subhanallah
rupanya inilah kelebihan manusia
hanya sepotong kata pengingat
dapat menceriakan hidup di dunia
dalam melakar pelangi kebahagiaan akhirat

jadi
wahai manusia
sedarlah akan sifat2mu
yang sentiasa silap dan lupa
akan hakikat hidupmu
di dunia yang hanya sementara

Tazkirah! Tazkirah! Tazkirah!
ya,
inilah yang penting buatmu
jadilah orang yang sentiasa dahagakan peringatan dan ilmu
jangan kau jadi seperti orang yang kekenyangan
yang sudah tidak mampu menerima sebarang kata peringatan
hanya dipaksa untuk menerima
kemudian diluahkan kembali tanpa ada faedahnya


...............................................................................................


suatu ketika
telinga mendengar kata ini berbicara
akal memikirkan akan kesilapan yang mungkin telah dilakukan
hati berbisik memohon ampunan dariNya

dari corong radio kereta kedengaran
satu perbincangan menarik dalam siaran IKIM.fm

renungilah kata ini...

"dalam membina rumah tangga bahagia mengikut islam yang berpanjangan, pastikan segala yang mengarah ke arah perkahwinan itu adalah perkara yang betul2 dibenarkan di dalam islam, yang telah Allah ajarkan.. Pastikanlah! Jangan ragu2 walau di sekelilingmu penuh dengan kemaksiatan yang benar2 HARAM di sisi islam!!"


kemudian, ada seorg pendengar menelefon dan katanya,

"benarlah kata dr tadi. Saya telah merasainya. Sebelum berkahwin, saya telah melakukan perkara yang dilarang oleh syariat walaupun saya tahu saya salah. Tapi sekelililng telah mendorong saya melakukan itu. Kini, setelah setahun berkahwin, saya menghadapi masalah rumah tangga. Jadi, benarlah bahawa islam itu syumul, segalanya telah diajarkan. Segala HARAM pasti ada BURUKnya!"

fikir-fikirkanlah
..moga kita tergolong dalam golongan yang meyakini Islam dengan sebenar2 dan seyakin2nya..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails