assalamualaikum wbt
sohabati fillah
dengarlah kata ini
dulu semalam dan hari ini
kau melihat generasi demi generasi 
menghancurkan kehidupan mereka 
dengan mengingkari ALLAH 
lalu kau tunduk kesedihan dan kebuntuan 
kau benar-benar kebingungan 
dan bertanya 
"apa yang harus kulakukan 
untuk menebus kelelahan umat ini?"
jawabku 
"bukankah kau adalah da'ie dan mujahid??"
katamu lagi 
"tapi langkahku terlalu lambat..."
jawabku 
"kau lambat 
kerana kau sendiri sibuk dengan duniamu..
mengejar impianmu 
dan lupa akan hari kebangkitan.. 
pada hari itu, 
amalmu terbentang, tubuhmu terbuka.. 
apakah di sana ada bekalmu??"
Pada akhir zaman
orang-orang yang memegang tali perjuangan itu 
bagaikan menggenggam bara api.. 
andai terus digenggam, hancur luluh jiwanya 
namun andai dilepaskan hancurlah dunia 
Jangan takut untuk berjuang 
kerana orang-orang yang berjuang ini memang dirintangi ujian 
Sesungguhnya Allah akan sentiasa bersama orang-orang yang sabar
Kita hidup untuk perjuangan dan mati untuk kehidupan, 
syurga impian 
~imam nawawi~
p/s: tersentak diri tika membaca sms ini dari seorang sahabat, semoga Allah sentiasa melindungimu, ukhti! namun cukupkah hanya sekadar sentapan tanpa diiringi perbuatan???

No comments:
Post a Comment