Thursday, December 24, 2009

teratak ini mengajarku


bermula di sini
kubelajar satu erti
erti kata mudah
namun sukar ditafsir
buat diri yang sentiasa cuba
menjadi yang terbaik
sebagai seorang teman pendamping

saat kita bersama kini
bagai tiada gurisan sejarah pahit
sedang kita digelar teman
yang sedang dalam kesepian
mencari pelangi kebahagiaan
tanpa ditemani insan pilihan
jadikanlah ini sebagai kata ampunan
"pertengkaran kecil kelmarin
cukup jadi lembaran hikmah
takkan mau berpisah kerana ini"

dahulu
ku giat mencari
di mana akan kugapai cintamu
diriku seolah-olah seperti seorang musafir
yang berjalan tanpa perhentian
akibat tiada R&R di jalanan
untukku menagih kasih yang kian merasuk jiwa

puas kumencari dan selidiki
akhirnya senyuman mula jelas terukir
dalam keheningan sepertiga malam
pabila dari kejauhan kukelihatan
sinar penuh kebahagiaan
ya, ku telah menemuinya!
perhentian kasih Rabbi
yang telah menantiku
sekian lama sebagai pengunjung bertuah

Ya Allah
tiada yang lebih dekat denganku selainMu
tiada yang lebih baik pendengarannya selainMu
tiada yang lebih memahamiku selainMu
tiada yang mampu membantuku lebih baik daripadaMu

"hati manusia Allah yang punya"
inilah saat kufahami kata itu
andai kita menagih kasih teman
kasihilah Allah sebagai pendamping setia
sebelum menjadi miskin dan papa
tanpa beroleh cintaNya yang agung
kerana Allah sahaja yang bisa memberi kebahagiaan
dan melenyapkan segala kelesuan
dengan menganugerahkan cinta manusia
khas buat kekasihnya


"cintailah Allah
nescaya kau akan perolehi cintaNya
juga cinta manusia yang mencintaiya"


kurasakannya kini
kita makin bersatu
mungkin teratak ini menjadi saksi
melihat kita yang mula bergerak
sama-sama mencari kasihNya


akhirnya hati kita dipertautkan
agar tiada yang ketinggalan
dari permusafiran yang telah bermula
dalam mencari redha Yang Esa

bersama kita dalam satu saff
solat berjamaah kunci kekuatan
tadarrus bersama rantaian hati
saling memperingatkan mangga pengikat
antara diriku, dirimu dan dirinya

teringat sekerat lirik nasyid
"ada seorang gadis termenung di jendela..."
(tambahan sendiri)
..hanya melihat alam tanpa akal
sedang ia sering mengajarmu
dengan hikmahnya hidup di dunia

sering kulihat dari teratak ini
suasana tenang
ada gunung, tasik, pokok dan angin
indah sungguh ciptaan Allah
sambil bibir menyebut kalimah syukur
namun suatu hari baru terfikir
........




tenang sungguh alunan pokok bergoyang
ditiup angin ke kanan,
dihalanya ke kanan
ditiup angin ke kiri,
diikutnya ke kiri

kawan
jadilah kita seperti pokok dan angin
saling bersama mengikut arah
tiada antara keduanya yang ego
akhirnya melahirkan suasana damai nan permai



kukuh sungguh gunung itu terpacak
walau hujan badai melanda
ia tetap kuat berdiri
kerana apa?
kerana pokok setia bersamanya
mengelakkan tanah menggelongsor
mencari tempat lain untuk menetap

teman
jadilah kita seperti pokok
sentiasa setia menjalankan tugas
menguatkan diri dan sekeliling
dari tergelongsor dari landasan islam
yang bisa membinasakan




kelihatan air di tasik yang jernih
mencuci mata yang keletihan
namun jika difikirkan
bagaimana jika gunung hanya mencampakkan
sisa kotoran tanah ke dalamnya?
pasti air berubah menjadi keruh

sahabat
jadilah seperti gunung
tidak membebani sahabat lain
dengan keburukan diri
sentiasa menjaga pandangan positif
orang lain terhadapnya


لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه

~semoga kita tergolong dalam golongan yang beruntung~

4 comments:

saraH²amizah said...

ALlahuakbar.

+akufobia+ said...

sami'allahulimanhamidah.

JentaYu... said...

Perhati.
Catat.
Fikir.

*indahnya jika manusia mampu mengambil pengajaran dari pemerhatian, lalu diterjemahkan melalui pencatatan dan ditafsir pula melalui pemikiran.*

-moga kita mampu menjadi sebahagian daripadanya!-

Syifa' said...

"jadilah seperti pokok,tatkala dibaling dengan batu yang keras, dia menghadiahkan buah-buahan yg ranum.."

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails