Wednesday, December 09, 2009

hanya Allah mampu memberimu kekuatan

Salam buat semua
Moga dirahmati hidup kalian

bunyi deringan handphone bakal membawa satu berita
nombor yang tertera membuatkan debaran diri kian terasa
apakah berita yang bakal kuterima?

dengan sedikit deraian air mata
kubacanya dengan penuh redha
hati menjerit tanpa suara
"Ya Allah, Kau berilah kekuatan buat ummi"

dalam keadaan diri cuba bertenang,
suara syahdu ummi terus terngiang di telingaku
saat diriku masih kecil
bait lagu ini yang sering kudendangkan buat ummi;

ummi oh ummi yang kusayang
mendidik kujadi orang beriman
dari kecil diajar sembahyang
ummi oh ummiku sayang
bila kusakit ummi berjaga
senyum di bibir sentiasa ada
kau asuh daku penuh mesra
ummi oh ummiku sayang

bila lafaz ini kuulang kembali
rasa bersalah kutepis dari cuba menyelubungi diri
dulu, kalau sakit, ummi menjagaku
tapi sekarang, ummi sakit...
ku masih di sini

kuterus sambung menyanyikan lagu ini
walau kata2nya sangat ringkas
namun ini memberikanku asas didikan
bermula sejak kupelat untuk menyebutnya

kalau dulu mungkin kutidak memahami apa yang kulafazkan
namun kini kumengerti
akan tanggungjawab diriku sebagai anak

ummi, sungguh besar jasamu
tak ternilai harta dunia
doa restu kupohonkan
ummi jadi ahli syurga
ummi ku akan dewasa
doakan kujadi mujahidah muda
pembela agama sepanjang masa
menjagamu bila ummi tua

kuteringat saat pertemuan kita
malam semalam
dikau nampak sihat dihadapanku
walau rupanya dirimu sedang menderita
disembunyikan segalanya
agar kita bisa ceria bersama

ummi,
moga Allah kurniakanmu 'nurul syifa'
cahaya penyembuhan dan penawar
diberi kepadamu kesabaran berada di hospital
agar dirimu kembali sembuh seperti sedia kala
untuk meneruskan baktimu buat ummat sejagat

..salam kasih dari jauh..


رب اغفرلي ولوالدي وارحمهما كما ربياني صغيرا

4 comments:

aleen said...

salam muna,
semoga ummi muna cepat sihat dan kembali seperti biasa..
semoga dirinya sentiasa kuat dan tabah..
=)

~amatullahdemalihah~ said...

salam majidah...
ummi kuat,
abah kuat,
majidah?? laaaagi kuat!

~jgn pernah berhenti meminta padaNya~

muna majidah said...

ameen, insyaAllah..
muna majidah,
anakuatabah!!!
(maaf,nadi. ana pinjam kata anti sekejap. lagipun ini bukan copyright reserved kan?

Syifa' said...

nama syifa' juga jadi pilihan.. jgn risau sgt, ummi beransur pulih... teruskan cita2 mu!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails