Friday, March 09, 2012

k.a.s.u.t

..bismillahirrahmanirrahim.. 


pagi itu
jam 0130
kakiku menjejak halaman yang agak baru ditinggalkan sejak 2 minggu lepas
ya, diriku kembali ke teratak tercinta
dgn lafaz alhamdulillah, kumelepaskan lelah
badan yang kepenatan meredah warga kota
akhirnya diberi kerehatan dgn kematian seketika

sejurus selepas subuh
agenda hari bermula
ummi dgn persiapan ke programnya d kuala terengganu
dan kami segera bersiap2 berangkat meluru ke kuantan

berdiri d muka pintu
mata meliar2 mencari kasut yang dipakai semalam
argh, xjumpa!
ke mana pula kasut yang baru sahaja aku tinggalkan 6 jam yg lepas?
pelik..

renunganku tamat apabila kutemui jawapannya
ya ALLAH
sudah tentu kasutku telah dihanyutkan air hujan malam tadi!
ya, benar kataku
abah juga mengalami nasib yg sama
alhamdulillah, ada juga stok lain d rumah
walaupun begitu, kasut lamaku masih disayangi
walau rupanya dah xberseri

apa lagi?
misi pun bermula
setelah 10 minit mencari
abah pun memandu menuju ke satu tempat
katanya inilah tempat biasa kasut banyak tersekat
dan alhamdulillah..
akhirnya kutemui kasutku
ada di dalam longkang dan ada di rumah jiran
seronok xterperi
ALLAH masih tidak menarik nikmat kasut itu dariku!

sepanjang perjalanan
masih xterhenti2 mindaku berfikir
kisah ini memuhasabah diri
ya
kasut itu kuibaratkan seperti manusia
mudahnya terhanyut apabila tidak diletakkan d tempat yang betul
dsebabkan penat, kasut itu x kuletakkan d atas rak
dan akhirnya arus telah membawa ia pergi

kurasakan manusia juga begitu
jika seorang manusia tidak mengikut peraturan yang telah diatur
jika tidak memposisikan diri d tempat yang betul
sebagai seorang 'aabid dan khalifah d muka bumi
maka akan mudahlah terbawa arus fatamorgana duniawi
maka dengan mudahnya manusia akan terhanyut lalu hancur tanpa erti

sahabatku
letakkan diri kita d tempat yang betul
di posisi yang betul
dengan memainkan peranan yang betul
ketahuilah
tugas kita di dunia hanya dua
namun besar pertanggungjawabannya
sebagai 'AABID
dan sebagai KHALIFAH

seorang 'aabid sangat cinta akan hubungan istimewa dgn TUANnya
dgn itu, dia akan menjaga dirinya dari perkara yang dilarang
memelihara diri agar sentiasa menjalankan setiap suruhan
kerana dia takut utk melaknati hubungan itu
dan apatah lagi x sanggup baginya melewati batasan cinta kpd yang lain melepasi cinta kpd TUANnya
kerana cinta itu cinta teragung
yang bakal melayakkan dirinya utk sentiasa berharap kpd yang SATU


seorang khalifah pula
dia xlupa akan 1 elemen penting yang lain
akan tugasnya, akan tanggungjawabnya
menjadi "the agent of change"
bercita membawa dunia seisinya tunduk dan patuh kpd arahan RABBI
sambil bekerja keras
akhirnya dia hanya berserah sepenuhnya kpd Yang Berkuasa
itulah visi yang ingin dicapai melalui misi yang telah digariskan
walau kelemahan mampu menutupi kekuatan insan
namun yakin dgn kekuatan yang sedikit, jika diperkasakan
bakal menandingi kelemahan yang bakal menjadi halangan sampingan


itulah yang manusia sepatutnya rebutkan
hablum minallah wa hablum minannaas

sahabatku
andai jika arus itu telah membawa kau pergi
jgn lupa
DIA masih menyayangi kita

kita masih dberi peluang olehNYA
utk kembali ke posisi asal kita
dan terus beraksi dgn karakter yang tepat

jika difikirkan
andai kasut itu tidak kembali kujumpai
dan terus terbiar d tepi jalanan
maka ia xkan mampu berfungsi spt yang sepatutnya ia berfungsi
mengikut prosedur yang telah ditetapkan pencipta dan pemilik kasut
dan akhirnya akan menjadi terbuang
tiada guna
tiada nilai
tiada harga
dan SIA-SIA!!

adakah kita mahu menjadi seperti itu???

moga kita tergolong dalam golongan mereka yang masih tetap berlari megikut arah kompas yang tepat
..ameen..

kuatkan diri
tingkatkan iman
pertambah amal

jgn jadi lemah
kerana kita insan, cipataan terbaik TUHAN!

sebelum menutup bicara
ingin kukongsikan lirik nasyid tema nadwah yang pernah kuhadiri pd thn 2005 dulu
d sek men islam hidayah ipoh
bertajuk "obor semangat"
(maaf, xdpt nk dcari recording-nya)


umat kini diibaratkan
buih yang terapung di lautan
dihanyut terhempas di pukul gelombang
dan lenyap bila dihembus oh angin

pada siapa nak diharapkan
yang tinggal cuma sebatang tubuh
mulakan dari langkah yang pertama
biar putih tulang jangan putih oh mata

gunalah falsafah si cengal emas
simbol tiang seri utama
gagah berjuang di tengah umat
cahayamu pasti gemilang

ISLAM PASTI BANGKIT LAMBAT LAUN
janji TUHAN pasti terlaksana
waktu jangan lagi dibuang sia2
OBOR SEMANGAT AYUH KITA NYALAKAN...


sekian

p/s: alhamdulillah, sempat berjumpa org2 yang sgt lama dirindui- jannah radzi, aisyah ishak dan zati arifah pd mukhayyam yg mereka hadiri d cherating. alhamdulilllah, KAU pertemukan aku dgn mereka.. mga kita akan kekal bersama hingga ke akhirnya..


"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 

 ..wassalam..

2 comments:

Unknown said...

suka lah yang nih muna :)

muna majidah said...

amekla yg ni kalau nak
simpan leklok ea pesanan nih

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails