Wednesday, December 29, 2010

kisah wanita itu

..bismillahirrahmanirrahim.. 


"Tersebut kisah pada zaman Rasulullah s.a.w, datang seorang wanita kepada baginda dan mengadu tentang penyakit Epilepsi (sawan) yang dideritainya kerana setiap kali sembuh, didapati auratnya sering terbuka. Rasulullah s.a.w kemudian memberinya dua pilihan; samada didoakan kemudian sembuh atau bersabar dan ganjarannya adalah syurga. Ternyata wanita itu memilih bersabar dan menginginkan balasan syurga. Namun, dia memohon didoakan agar ketika sembuh, tidak sampai membuka auratnya.."
(dipetik dari buku Super Teenager, karangan Fadlan El-Qassam)

inilah kisah yang termaktub dalam sirah
kisah seorang wanita yang begitu suci hatinya
hidup hanya kerana-Nya
berpegang teguh pada janji Illahi
bahawa akhirat bakal menanti

 keLEMAHan = keRAHMATan
ya, mungkin keLEMAHan kita hari ini
bakal membentuk satu keLEBIHan suatu hari nanti
jika diterima dengan tulus 
dan mengharapkan pahala dari-Nya

begitulah tadi
wanita yang sanggup bersabar dengan penyakitnya
semata mengharapkan keBAHAGIAan yang kekal berpanjangan
sedang menantinya di hari kemudian


kuberdoa
agar keyakinan ini bisa tumbuh dalam diriku
dengan meyakini;
setiap keKURANGan itu pastinya ada keBERUNTUNGan

.................................................................

tiada harta yang lebih bernilai bagi seorang wanita
melainkan anugerah Allah akan dirinya
akan dipelihara maruahnya sepanjang masa
walaupun dalam keadaan tidak berdaya
dengan apa?
dengan memelihara auratnya di hadapan bukan muhrim

wanita itu hanya mengharapkan satu
berdoa agar auratnya masih dapat dipelihara 
walau saat dirinya tidak berdaya
ini pengharapan tinggi seorang wanita mulia


namun hari ini kutertanya
mengapakah ramai wanita hari ini
tidak mampu memelihara aurat mereka 
walaupun mereka BERDAYA???

(fikir2kanlah)

"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 

 ..wassalam..

3 comments:

little daie said...

Yup!

setiap inci lidah,tangan etc saksi segalanya^_^

Unknown said...

saksi.

miss_alin said...

mungkin keLEMAHan kita hari ini
bakal membentuk satu keLEBIHan suatu hari nanti..

i like this part.

i want to quote this. can i? ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails