Monday, May 10, 2010

suatu penetapan

assalamualaikum wbt


Suatu pagi ketika baru sahaja menapakkan kaki di rumah baru2 ini, berlakulah perbualan antara ummi dan anak2. Biasalah, pagi2 cuti jumaat selalunya menjadi masa terbaik untuk bersama apatah lagi apabila kakak turut bercuti. Maka lengkaplah ahli keluarga kami.

Tiba2 ummi mencari sesuatu di dalam beg. Sebuku naskhah ummi keluarkan. Nampak seolah2 tidak tersusun bukunya.
           "ummi, buat apa buku ni? ummi jumpa kat mana ni?"
           "buku ni dari mak cik Mid. buku tentang zikir2 untuk orang cancer. gdah boleh tolong ummi?"

Tiba2 kata2 mak cik Mid ketika kami berbual di dalam kereta tahun lepas menyentak pemikiran,
          "kita ada banyak benda yang sangat kita sayang. tapi kita kena selalu ingat, semua milik kita mempunyai pemilik yang lebih berhak ke atasnya kerana kita hanya peminjam sementara. jadi bila2 masa sahaja pemilik sebenar ini akan mengambil semula apa yg telah dipinjamkanNya kepada kita. ketika itu, tiada yg berhak menghalang. kita hanya mampu redha dengan segala ketentuan. namun yang perlu kita fikirkan sekarang ialah adakah kita telah menggunakan segala nikmat sebaiknya...?"

          "eh, termenung pulak. gdah, awak belum jawab lagi soalan ummi tadi. boleh tak tolong ummi kali ni?"

Ya Allah, termengelamun pulak. Apalah yang ummi fikir bila tengok anaknya termenung lama..

          "ya, ya, ummi. boleh, boleh. boleh apa ya? err, ummi nak mintak tolong apa tadi?"
          "isy, apalah awak ni, apalah yang awak fikir sampai ummi cakap pun x dengar. ummi nak mintak tolong taipkan dan susunkan semula buku ni elok2. ada ayat2 alQuran dan zikir2 dalamnya. ummi nak cepat tau, nak kirim kat ende (makcik) kat johor. dengarnya, ende dah makin teruk sekarang lepas kimoterapi."
          "ok, ummi. gdah cuba siapkan"

Jadi, bermula hari itu, sedaya upaya diri ini cuba siapkan tapi apakan daya, diri agak lambat menaip dan kurang kepakaran komputer. Jadi agak terlambat siap. Lepas dah siap, ada pula masalah dengan printer di rumah. Tertangguhlah lagi. Sebelum melangkah keluar rumah, bermusafir ke negeri orang, sempatlah tangan menghulurkan pendrive kepada ummi agar ummi dapat siapkan proses mem'print' dengan harapan, naskhah buku itu akan sampai ke tangan ende secepat mungkin.

Namun Allah telah mengatur segalanya.. Sesungguhnya Allahlah sebaik2 perancang. Tadi kuterima panggilan dari abah.
          "salam. gdah, abah ngan ummi nak balik perak petang ni"
Dengan nada yang pelik dan sangsi, ku bertanya,
          "kenapa? ada apa yang berlaku?
Abah menjawab dengan tenang,
          "ende dah tak ada, meninggal tengahari tadi kat johor tapi jenazah dibawa ke perak"
          "innalillahi wa inna ilaihi raji'un.."
Terus terlintas tentang buku yang disiapkan sebelum ini. Ummi tak sempat untuk kirimkannya.


..sesungguhnya semua kehidupan pasti akan mati..

BILAKAH PULA WAKTU KITA??


 ..sudahkah anda berfikir? usah tangguhkan! pilihlah yang mana satu jalan yang bakal kau tuju kelak..



mati = hidup
sudah bersedia untuk kehidupan baru yang yang kekal abadi?

*sedekahkan Al-Fatihah buat ende, Sharifah Nor Aisyah binti Tajul Arifin yang telah kembali ke rahmatullah tengahari tadi

wassalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails