Friday, January 09, 2009

Palestin Kembali Menghambur Darah

Salamullahi alaikum..
Apa yang sedang kita buat sekarang? Adakah setiap detik kita mengingati sahabat2 dan saudara2 kita di Palestin sana?

"nun jauh di sana
manusia merana
apakah salah mereka?
disiksa dan dihina"

Sehingga kini, hampir 800 orang yang telah mati syahid di jalan-Nya. Lahaulawala quwwata illa billah.. Seluruh umat dunia kini telah sedar akan peristiwa nakbah yang telah dilakukan oleh golongan Yahudi la'natullahi 'alaihim. Segala kekejaman yang telah dilakukan mendapat tentangan yang hebat dari seluruh pelusuk dunia. Adakah hanya sekadar kesedaran, sudah cukup untuk membantu para mujahidin di sana?

Antara langkah yang boleh diambil ialah:

1) Kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Jangan hanya mengikut hawa nafsu dunia yang sementara.

2) Hulurkan tangan memberi bantuan kewangan melalui beberapa badan yang telah diwujudkan.

3) Pastikan doa kita sentiasa bersama mereka terutama setiap kali habis sembahyang. Doa qunut nazilah antara doa yang boleh dibaca.

4) Sebarkan berita nakbah ini kepada masyarakat kerana masih ramai masyarakat Malaysia yang masih belum mengetahui apa sebenarnya yang berlaku di Palestin.

Oleh itu, sahabat-sahabat, ayuh kita mengambil langkah membantu masyarakat di Palestin sana. Walaupun bukan semua masyarakat di sana merupakan orang Islam, namun seperti yang kita ketahui, kisah sejarah Islam telah mencatat keistimewaan bumi ini.


Jauh kumelihat sayup pemandangan
Hilang sendatawa pilu perasaan
Jantungku berdegup semakin kencang
Darahku mengalir bagai air pasang
Jauh di seberang pasir sahara
Islamku ditindas sehari-harian
Suatu bangsa bongkak
Berjiwa haiwan
Semoga turun kutukan Tuhan
Al-Aqsa
Air matamu berderai
Al-Aqsa
Kemulianmu terburai
Duhai Al-Aqsa kurindu padamu
Duhai Al-Aqsa kusayang padamu
Engkaulah kiblatku yang pertama
Lambang keagungan Islam yang mulia
Kali pertama engkau dibebaskan
Oleh Salahuddin
Di zaman yang silam
Namun hari ini
Kau terkurung lagi
Siapa pula yang memerdekakan
Bangunlah.. Bangunlah
Dari mimpimu
Berkurun lamanya kita terbuai
Ayuhlah kita bersatu
Pertarungan ini belum selesai
Wahai umat Islam di seluruh dunia
Ayuh bebaskanlah bumi suci kita
Sekiranya kita asyik bercakaran
Musuh tersenyum bertepuk tangan
Jadi, buatlah apa sahaja yang kita mampu di sini. Janganlah kita hanya menjadi pemerhati atau penonton sahaja, akan tetapi pekalah terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling kita. Mudah-mudahan, hidup kita semua sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah taala.
BANGKIT ISLAM, BANGKIT!! TAKBIR, ALLAHU AKBAR!!



1 comment:

+batumulia+ said...

selamat balik malaysia.hu.teruskan bersemangat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails