Tuesday, August 14, 2012

hitung diri

..bismillahirrahmanirrahim..

Apa yang antum rasa, lepas dengar cerita akak tentang Palestin tadi?
"SEDIH, sebab ramai orang islam kena bunuh"
"Ana rasa KESIAN, ada baby kena tembak"
"KECEWA, zionist bom kat mana2 yang dia suka"
Tiba2 ada jawapan dari seorang adik tahun 1
"GEMBIRA, sebab orang2 Palestin kuat, pastu berani!"
Ada pula yang menyampuk
"Hmm, Allah kan ada!"

Ya Allah, so sweet..
Sedang adik2 kecil ini bisa mengerti keberanian orang2 Palestin
Apatah lagi apabila dilihatnya keberanian anak2 Palestin yang sebaya mereka berjuang di sana
Begitulah kisah Ahad lepas, bersama adik2 tahap 1 Al-Amin, dalam lebih kurang 2 jam

Perkara ini mengingatku akan kisah yang dikongsi oleh Sis Lauren Booth (please google this name now!) baru2 ini
Tentang perjalanannya dalam mengenali Islam

Trip keduanya ke tanah Palestin menyaksikan kisah ini
Sedang beliau tidak dapat kembali ke tanah airnya
Allah menganugerahkan peluang keemasan untuk bersama rakyat Palestin selama sebulan Ramadhan
Sedang beliau melawat keluarga miskin di sana  
1 persoalan beliau lontarkan kepada seorang wanita Palestin

"Kenapa kamu berpuasa di bulan Ramadhan? Kamu rasa, Tuhan sayangkan kamu, tapi pelik. Kenapa perlu Dia buatkan kamu lapar? Kamu kata Tuhan sayangkan kamu, tapi Dia biarkan kamu dahaga!"

Pada waktu itu, beliau sangat kasihankan wanita itu melihat kepada kehidupannya yang begitu dhaif tetapi masih lagi diwajibkan berpuasa

Sambil senyum, wanita iu menjawab
"Sis, saya berpuasa Ramadhan ni sebab nak rasa apa yang orang miskin rasa"

Kata2 itu menyentak beliau
Bagaimana mungkin wanita yang tidak punya apa2 ini, tidak merasakan bahawa dia adalah seorang miskin??

from hana's palestine scrap book

Subhanallah!
Wanita palestin itu tidak merasa dirinya miskin kerana meyakini bahawa banyak lagi nikmat2 Allah yang diterimanya, mungkin
Biar luaran nampak kedana, asal hati kaya bersama Rabb-nya

Risau benarku apabila membaca Surah Ar-Rahman dgn ditanya berulang2
"Fabiayyi aalaa irabbikuma tukazzibaan"
Maka nikmat Allah yang manakah yang kau dustakan??
Na'uzubillah min dzalik..
Mga KITA sama2 tidak tergolong ke dalam golongan itu

Hurm, terfikir
Ramadhan kali ni
Rasanya banyak benar tengok update blog2 dan status fb yang memaparkan makanan best2
Dahsyat kot gambar2nya
Memang meneliurkan sampai tahap max paling!
Ada yang masak sendiri (walaupun sbnrnya tengok buku resipi, semua orang boleh buat pun..)
Atau x ketinggalan juga yang makan di restoran2 mewah apatah lagi hotel setiap hari

Bukan nak megata (walaupun ada gak niat sket, huhu)
Tapi supaya sama2 kita fikirkan
Adakah salah 1 matlamat berpuasa tu tercapai?
Nak merasai bagaimana mereka yg susah/ miskin rasa?
Sedang kita dalam Ramadhan nilah ber'jujuk' senarai makanan mewah yang kita nak cuba
Astaghfirullah..
Muhasabah diri saya paling utama sbnrnya

Sahabat2
X salah pun kita banyak belajar masak time2 ramadhan ni
Malah memang bagus kot kalau menggembirakan org berpuasa dgn menyediakan juadah berbuka
Banyak pahalanya..
Cuma kadang perlu berpada2, jgn sampai kita terlalu bermewah2 dan berbangga
Yang akhirnya membawa kpd penyakit hati, sampai amal x kemana pula ramadhan mulia kali ni 

Salam Ramadhan Kareem yang hanya berbaki 5 hari lagi =(

"Kata pengatur bicara
Lidah saksi segala
Di hadapan Rabb pemilik kita"
..wassalam..

3 comments:

InsanBiasa said...

sejauh mana manusia mampu lari dari 'adat' sambutan ramadhan yang nyata jauh lari dari perspektif Islam yang indah..Semoga anda,saya dan kita semua mampu terhindar dari 'fitnah' ramadhan...

Sejadah ungu said...

ni budak2 sekolah rendah yg nti citer hr tu ke?

Kisah mck Lauren tu mmg sgt subhanallah :)

jom kita sentiasa muhasabah. Agar si kaya dan si miskin dapat ganjaran yg terbaik di sisi Allah.

Muna Majidah Zameran said...

>insan biasa:
Jika adat dijadikan alat utk mendekati-Nya dgn tidak brsimpang dr syariah islam, sgt2lah bagus. Nmn, jika sebaliknya, bahaya..

>sejadah ungu:
Cerita bila ek? Yg ana cerita kali ni bru je, wkt bg pengisian utk adek2 thn 1-3, sempena ROQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails