Tuesday, March 01, 2011

"bila kamu rasa PALING BAHAGIA?"

..bismillahirrahmanirrahim..


di suatu petang yang hening
satu soalan diajukan oleh seorang ustaz
"bila kamu rasa PALING BAHAGIA?"
macam2 jawapan yang diberikan
"bila bersama famili"
"bila dah jumpa jodoh kot"
"bila dapat duduk rileks je"
"bila tengok movie, xkesahla korea ke apa"

pelik
hati memang xboleh terima semua jawapan tu
berbisik, "bukan.. bukan.. ada, ada jawapan lain ni"
mulut dengan perlahan terungkap kata
"saya merasa PALING BAHAGIA apabila saya sedang MENANGIS.."
cuba sekali lagi mengulangi jawapan yang sama
"saya merasa PALING BAHAGIA apabila saya sedang MENANGIS.."
(hmm, masih belum dilayani sesiapa)

ops, tetiba satu tamparan manja pantas terasa di bahu
"isy, tolonglah jgn nak merepek lagi dalam kelas petang2 ni.. serius k! matang.."

walaupun mulut terhenti menahan kata itu
namun hati tetap meronta
"macam mana boleh terlintas nak jawab macam tu?"

hurm, fikir punya fikir
tak pelik pun sebenarnya
saat PALING BAHAGIA = saat MENANGIS

kenapa ya?

MENANGIS apabila mengenang dosa lalu
takut
takut akan dihumban ke neraka-NYA
kerana mengetahui balasan-NYA dahsyat buat mereka yang ingkar

MENANGIS mengenang lemahnya diri
malu
malu bertemu dengan-NYA dalam keadaan fakir
tanpa bekalan pahala mengiringi
hanya mengadu kosong pada-NYA
berharap agar ditempatkan di syurga

MENANGIS saat terkenang kehinaan
tunduk
tunduk hamba bersujud kepada tuan
tergambar rasa cinta dan rindu teramat kepada-NYA
cinta yang membawa pertemuan kepada tuannya
di negeri akhirat sana
itulah janji buat hamba-NYA yang setia

akhirnya, segala tertumpu kepada-NYA
DIAlah ALLAH tiada yang berhak disembah selain-NYA


benarlah janji ALLAH dalam kitabnya;

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah  hati menjadi tenang. (al-Ra`d 13:28)

ketenangan kunci kebahagiaan kan?

bila menangis, baru hati terusik
baru terasa ada kuasa yang lebih hebat dari segalanya
maka terbentuklah mukmin sempurna iman dan taqwa
"maka menangisnya aku hanya kerana......"
dengan 3 kata
CINTA + TAKUT + BERHARAP
kepada-NYA


moga kita semua tergolong dalam golongan yang sentiasa merasa bahagia di dunia dan akhirat. ameen..

"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 

..wassalam..

4 comments:

Sejadah ungu said...

salam.

menangis itu indah apabila ia mendekatkan diri kepada-Nya...

moga kita sama2 merasa bahagia yg sama.

=)

Unknown said...

nak join gak.

mesti ternganga orang yang dengar kalau kasi jawapan macam ni dalam class.

little daie said...

soalan yg sama ustaz tanya...

kebahagian itu...
satu kesyukuran..

Muna Majidah Zameran said...

yup
carilah apa sahaja yg mmbuatkan dirimu semakin dekat denganNya..
kerana ada org yg berbeza caranya untuk mengingatiNya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails