Monday, February 01, 2010

pulang

assalamualaikum
moga Allah menghiasi hamba2Nya dgn iman dan takwa

2 bulan = 61 hari = 1454 jam = 87240 minit = 5234400 saat

wah, lama juga dah x balik rumah!
alhamdulillah, ana selamat sampai akhirnya di kemaman

suka? gembira?
ya, siapa yg x seronok dapat jumpa keluarga?
lagi2 dah macam2 berlaku di sini

setiap kali msg masuk
cepat2 sambut handphone
tunggu berita dari keluarga

mungkin Allah nak uji
dalam masa seminggu dulu
dapat berita yg mengejutkan
abah masuk hospital di kuantan
memang sedih, x dapat jenguk

beberapa hari lepas tu
kakak pulak accident
kereta kancil dilanggar lori
berpusing terbalik berkali2
alhamdulillah, Allah masih memelihara nyawanya

sedih juga
tak dapat bersama ketika mereka ditimpa musibah
apatah lagi bila dengar abah yg sedang dirawat di hospital
terpaksa keluar menguruskan segalanya
pergi ke balai selesaikan urusan insurans kereta

di manakah diriku saat itu?
maaf semua, sebab x dapat balik..

sebab itulah perasaan nak PULANG kali ni sangat berbeza
buat persediaan bukan main awal
beberapa minggu sebelum tu dah menghitung hari
bualan harian pun berkisarkan apa yg bakal dibawa pulang

tiba hari itu
hanya tinggal beberapa jam untuk bertolak
diri ini mendapat satu sentuhan hati
satu suara yang mengingatkan tentang
1 kata ada 2 makna iaitu
PULANG

"manusia sentiasa gembira menantikan hari untuk pulang terutamanya bila tiba waktu untuk pulang ke kampung. Persediaan dibuat dgn cukup rapi, barang2 di'pack' sejak awal lagi kerana risau mungkin akan ada barang2 yang tertinggal. Perasaan dah mula x terkawal dek terlalu gembira menantikan saat itu, sehingga dikata tidur x lena, mandi x basah, makan x kenyang kerana sentiasa memikirkan suasana pulang ke halaman masing2.. Namun, pernahkah kau terfikir, apakah persediaanmu bagi menanti saat pulangnya dirimu kepada penciptamu Yang Satu? Adakah masih ada perasaan gembira untuk berjumpa denganNya? atau hanya perasaan takut yg menyelubungi hati? Kenapa? Masih tidak bersedia? Masakan itu jawapannya sedang Allah telah menetapkan tarikh dan waktunya.. Cuma kita manusia sering lalai daripada mengingatiNya. Teman, bersiap siagalah untuk pulang ke pangkuan Tuhan Yang Maha Esa kerana hidup di dunia ini hanya sementara. ~Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un~"

Sesungguhnya manusia yang paling bijak ialah mereka yg sentiasa mengingati MATI..
Semoga Allah memasukkan kita ke dalam golongan yang sentiasa bersedia dengan kelengkapan diri untuk bertemu Rabbnya
wassalam

1 comment:

NSAB said...

akhirnya muna sampia ke rumah~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails