Thursday, June 18, 2009

Khususon Li Ukhti


SANAH HILWAH YA, SYIFA'

Mungkin akak agak terlambat untuk mengucapkan kata-kata ini buat adinda tercinta, Syifa' tapi jangan marah tau! Jadikan pengalaman hidupmu sepanjang 14 tahun lalu sebagai bekalan sebuah perjalanan di dunia ini. Semoga dirimu menjadi "nurul syifa'-cahaya penyembuh" yang bakal membahagiakan semua. Semakin bertambah usia, makin pendek benang kehidupan. Renunglah lirik lagu di bawah..

mama said i was borned with a smile
twinkle in my eyes
ready to make a difference

i know i have so much to learn
with each path and each turn
but i have You for guidence

the mountain is too high
if God wills
me should try

if i live in the passion and determination
InsyaAllah, i'll live out all my dreams
if i follow my heart and all of my soul
insyaAllah, i will..

Kullu 'aam wa anti bikhair!! Akak tak sempat sangat nak dengar cerita dari syifa' waktu pergi indonesia hari tu. Nanti cerita tau. Akak cuma tahu kisah penahanan di airport kerana disyaki H1N1. Kesian.. Tapi tak apa, pengalaman...


Stay Cool, My Dear Syifa'!!!

4 comments:

Unknown said...

oo.adik.ngee.takpe.semoga segalanya okok je.

Syifa' said...

Syifa' bebas!! selera makan je blum baik :(

IzhaarAmin said...

CeRpEn>> MengeJar CiNt@ HaKiKi

Dia masih bersujud. Terus bersujud dan akan sentiasa bersujud. Menambah cinta yang seolah-olah tidak betah berada di hati. Berbekalkan setitis air mata, dia masih lagi ingin mencuba. Walau disedari dirinya tidak seberapa, namun semuanya harus diambil kira. Cinta kepada Yang Maha Esa perlu melebihi segala, walau cinta kepada Hawa mula menguasai jiwa. Menyerang segenap lapisan kerinduan Ilahi, menghancurkan benteng kesabaran selama ini, dia tetap akan mencuba kerana, cinta Adam kepadaNya perlu melebihi segala. Walau terpaksa mengorbankan Hawa.

***********************

Adam melangkah masuk ke perpustakaan seperti kelazimannya. Saban hari, di situlah dia menghabiskan masanya dengan membaca buku-buku ilmiah yang penuh terdapat di situ. Tabiatnya yang suka membaca sudah sebati dengan dirinya semenjak kecil lagi. Sebaik sahaja masuk ke perpustakaan, matanya menangkap wajah sahabatnya Rasyid yang kelihatan sibuk menelaah. Mencari maklumat barangkali,getus hati kecilnya.
Perlahan-lahan Adam menghampiri sahabatnya yang seorang itu.

“ Assalamualaikum Rasyid,” sapanya melontarkan ucapan mulia tersebut. Rasyid membalas salamnya sambil menghadiahkan sebuah senyuman.

“ Dah lama ke sampai?” Rasyid mengangguk. Titisan peluh di dahi disapu. Spek matanya dibetulkan.

“ So?”

IzhaarAmin said...

“ Aku dah kumpul maklumat yang engkau mahu tu. Semuanya terdapat dalam cd ni,” balasnya pantas sambil mengeluarkan sekeping CD dari beg galasnya. Pantas saja dia meletakkannya di hadapan Adam. Seolah-olah mengerti yang Adam hanya mahu singgah sebentar.

“ Jadi,terima kasih aku ucapkan pada kau, Rasyid. Aku tinggal kena prepare untuk presentation sajalah. Sekali lagi terima kasih banyak-banyak.”

“ Alah, inikan kerja kumpulan, walau pun kita bukan sekumpulan, aku tetap akan tolong kau setakat yang aku mampu. Lagipun maklumat yang kau mahu ini pun sama juga macam yang aku mahu,” ujar Rasyid sambil mengenyitkan matanya. Adam tersengih. Jam tangannya dikerling. Alamak, dah pukul tiga. Dia segera meminta diri untuk beredar sambil mengucapkan salam kepada sahabatnya itu. Langkah kaki pantas diatur menuju ke bilik Professor Zaid. Semalam dia sudah membuat temu janji dengan professor yang berkelulusan dari Jordan itu untuk membincangkan pembentangan yang akan dibuatnya minggu hadapan.

Dalam pada itu,seorang pemuda menegurnya.

“ Adam b. Adnan?” Adam hanya mengangguk. Pemuda itu tersenyum lalu menghulurkan sepucuk surat. Adam mengambil surat tersebut. Kelihatan namanya tertulis di atas sampul.

“ Untuk awak,” ujar pemuda itu sambil berlalu pergi sebelum sempat Adam bertanya akan pengirimnya. Memandangkan dia sudah hampir terlewat, surat itu segera dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Perjalanan yang tergendala diteruskan. Sebuah sabda Nabi s.a.w melintas dibenaknya, “ dan apabila dia berjanji,dia memungkirinya.” Dia tak mahu ciri-ciri munafik yang digariskan oleh Nabi s.a.w, ada pada dirinya. Langkah yang terasa perlahan diperlajukan. Dalam hati dia mula beristighfar. Moga-moga kesalahannya ini diampunkan.
Sampai sahaja di hadapan pintu bilik Professor Zaid, segera Adam mengetuk pintu lalu melangkah masuk.

“ Assalamualaikum.”

************************

Dia termenung sendirian. Kepalanya diusap lembut. Seolah-olah cuba menyingkirkan segala keresahan di jiwa. Surat yang diterima petang tadi sudah dibaca dan dia sudah muak menerima surat seperti itu. Entah mengapa, hatinya masih lagi belum terbuka untuk bercinta. Itu bukanlah kali pertama dia menerima surat yang mengajaknya bercinta. Rupa paras yang sempurna dan kesenangan dalam hidup, mungkin punca dia selalu dikejar oleh kebanyakan wanita di sekelilingnya. Adam tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Baginya segala itu adalah kurniaan dan pinjaman daripada Allah semata-mata. Dia hanyalah meminjamkan barangNya seketika dan bila-bila masa sahaja barang pinjaman itu boleh diambil kembali.

“ Adam, bila engkau ingin bercinta? Setahu aku, si Munirah itu sudah lama minat dengan engkau,” pertanyaan Rasyid singgah di telinganya. Adam hanya tersenyum. Dia menggeleng.

“ Dia bukan Hawa bagiku. Selagi mana aku tidak menemui Hawa yang diciptakan untukku, cukuplah cinta kepada Allah semata.” Rasyid tersenyum. Dia sudah masak dengan perangai Adam. Siapa yang tidak meminati Adam. Perwatakkannya yang sentiasa merendah diri, berbahasa indah sentiasa mencairkan hati gadis-gadis di sekelilingnya. Tambahan pula, Adam memiliki rupa paras yang menarik, indah dipandang. Dia mempunyai asset yang lengkap untuk membanggakan dirinya namun berbeza sekali perwatakkannya.

“ Engkau mahu satu nasihat daripada aku?” soal Rasyid. Adam mengangguk. Rakannya yang seorang ini memang sentiasa suka memberikannya nasihat yang berguna.

Firman Allah s.w.t , “ Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.”
Dia bersyukur dikurniakan teman sebaik Rasyid yang sentiasa memberikan nasihat berguna kepadanya kerana dia tahu, dirinya seorang tidak mampu untuk menghadapi arus dunia yang semakin hari semakin deras, cuba menghanyutkan mereka yang terleka.

“ Cintailah Allah, cintai makhluk ciptaannya hanya kerana engkau cinta kepada Allah, nescaya engkau akan menemui Hawamu Adam.”

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails