..bismillahirrahmanirrahim..
ya Rabbi
akan kuserahkan dirinya kepada-Mu
andai itu yang terbaik buatnya
rela kulepaskan genggaman ini
agar bisa dia mencari
sinar hakiki penenang hati
kerana kutahu kutiada kuasa ke atas dirinya
yang berkuasa cuma satu
Engkau, yang Maha Esa
memberi hidayah kepada pilihan tertentu
namun ya Rabbi
andai lepasan ini bakal menjeratnya
kurniakan diriku kekuatan dan kesabaran
untuk terus mengikat erat ikatan ini
ikatan yang telah tersimpul sejak dulu
namun masih goyah dengan beberapa kata
hanya pada-MU aku mengadu
kerana hanya yang termampu buatku kini
cuma usaha, doa dan tawakkal kepada-MU
ya Rabbi
kuserahkan segalanya kepada-MU
andai itu yang terbaik buat dirinya
kerana ketahuilah diriku sangat mencintainya
kusangat merindui dirimu yang dulu, ukhtie..
"Kata pengatur bicara
Lidah saksi segala
Di hadapan Rabb pemilik kita"
..wassalam..
2 comments:
mgsihi sahabt semata2 kerana Allah~halawatul iman
merindui.mereka.
Post a Comment