Friday, July 16, 2010

HE is everywhere

..bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma baariklana fi syaaban wa ballighna ramadhan


Nilai hidup insan bukannya baru bermula di alam kedewasaan
Namun telah disusun sebaiknya sejak saat kelahiran
Antara sedar atau hanya membiarkannya berlalu
Tanpa meninggalkan sedikit pun kesan ke atas diri
Sehingga benih yang ditanam seolah tidak disemai
Dibiarkan membusuk dalam tanah hati
Akhirnya yang benar dan hak dikatakan pelik
Yang salah dan batil itu yang diagungkan
Adakah kita tergolong dalam golongan ini?
Tepuk dada tanya iman

Peluang yang ada diambil untuk mengingatkan diri dan sahabat2. Kisah ini berlaku di sebuah sekolah dalam sesi pembelajaran subjek Aqidah;

“Assalamualaikum wbt. Hari ini kita akan belajar di luar kelas. Semua diminta untuk keluar ke taman dengan kadar segera”, kata ustzh rafidah

Murid2 Tahun Satu Badar bersorak keriangan kerana pastinya mereka tidak akan merasa bosan dengan sesi pembelajaran hari ini. Mereka berlari sambil membawa buku dan pensel bersama.

Sampai di taman, ustzh bersama murid2 tadi menyanyikan lagu yang  sentiasa mereka nyanyikan setiap kali memulakan sesi pembelajaran.

“Duduk tempat masing2, Tolong diam jangan bising”

Ya, itulah lagunya. Murid2 kelihatan seolah2 sudah tidak  sabar lagi menanti apa yang bakal disampaikan oleh ustzh.

“Baiklah, semua duduk dulu. Biar ustzh terangkan game yang akan kita main hari ni. Semua bawa buku dan pensel kan?”

“Ya!”

“Selepas ustzh tiup wisel, semua perlu  lari dan cari tempat yang betul2 selamat. Pastikan di situ tiada siapa pun yang dapat melihat kamu.  Ustzh ulang, tiada siapa pun yang nampak kamu berada di situ. Kemudian tuliskan tempatnya. Ustzh kasi satu minit sahaja untuk cari dan tulis. Bila ustzh tiup wisel dua kali, semua kena lari ke sini semula. Faham?

“Faham, ustzh”

Setelah wisel ditiupkan, mulalah murid mencari tempat2 yang tersorok. Setelah satu minit, wisel ditiupkan kembali menandakan masa telah tamat. Murid2 pun kembali ke tempat mereka berkumpul.

“Ok, siapa yang dapat jawapan tolong duduk elok2. Bagi sesiapa yang tak dapat jawapan, tolong berdiri di hadapan  kawan2. Kita akan tengok siapa yang tak dapat pun jawab soalan ustazah walaupun diberi satu minit.”

Hanya 3 orang sahaja dari 25 orang yang berdiri. Yang duduk sebenarnya ada yang betul2 ada jawapan dan ada juga yang tak jumpa jawapan tapi duduk disebabkan takut kena berdiri. Antara jawapan yang diberikan ialah di belakang pokok, di dalam gelongsor, di bawah bangku dan sebagainya. Kemudian ustzh bertanya kepada 3 org murid yang berdiri, sebab mereka tidak jumpa jawapannya.

“Saya tak sempat, ustzh. Sekejap sangat satu minit”

“Dekat taman banyak tempat terbuka. Kalau di dalam, saya bolehlah jawab bawah tangga”

Jawapan murid yang ketiga sama sekali tidak diduga oleh ustzh. Anak yang berusia 7 tahun ini memberikan jawapan yang begitu tepat.  Memang jawapannya yang sedang dicari2 kerana itulah pengajaran untuk sesi pembelajaran kali ini.

* Nak tahu jawapannya? Jawapan ada dalam kisah. Kumpulkan 4 perkataan yang di bold kan.
________   ________   ________   ________



Ya, inilah dia kunci amal yang kita ada sekarang. Tapi, cukupkah jika hanya ada kunci tetapi tidak tahu untuk menggunakannya? Kita tahu bahawa Allah sentiasa melihat kita namun adakah benar2 kita merasainya? Jika kita yakin, mengapa masih timbul persoalan dan kata ini??

:( "eh, nak tutup aurat cukup kan dengan hanya berpakaian seperti ini?"

:( "Ops, sebenarnya apa aurat perempuan depan bukan mahram ha?"

:( "Takpelah, kaki ni x payah pakai stokin pun takpe, sekali sekala bagila dia bernafas sikit"

:( "Ha, baju ni lengan dia memang besar, bukan sengaja2 nak bagi nampak lengan, tapi dah terselak"

:( "Tudung ni, asal tutup kepala kira dah lengkaplah pakaian muslimah sejati"

:( "Erm, kalau pakai tudung tapi nampak tengkuk sebenarnya tak lah salah sangat. Kita dah usaha nak tutup tapi nak buat macam mana,  cahaya tu boleh tembus pulak. Yang dah nampak tu, tak nak tunduk pandangan siapa suruh"

Kadang2 diri kita merasakan seperti itu kan? Nak tak nak, persoalan aurat ni sentiasa dijawab dengan alasan yang pelbagai. Bukan senang nak kawal nafsu berhias dalam diri ni kan?

Beginilah, sebenarnya cuba fikirkan penyelesaian ini. Sebelum keluar bilik@rumah, cermin diri dulu. Tidak kira sama ada menggunakan cermin yang memang dinamakan cermin atau kawan atau dua biji mata kita sendiri. Pandang dari atas sampai bawah dan tanya

“sah tak kalau aku solat dengan pakaian ini?”

:( "Ha? Kalau macam tu kena pakai telekung lah! Kita nak keluar, bukannya nak solat!! Solat tu kan untuk menghadap Allah.."

Itulah kalau orang yang susah nak faham. Kita solat untuk menghadap Allah. Kita malu untuk membuka aurat ketika solat kerana kita sedang diperhatikan oleh Allah. Kalau begitu, waktu lain, adakah kita tidak diperhatikan oleh Allah? Tidak, kita perlu tahu ukuran aurat adalah sama jika kita berada di hadapan bukan mahram dan ketika solat kerana sesungguhnya kita sentiasa berhadapan dengan Allah. Jika fahaman ini ada, kita tak akan jumpa wanita2 yang tahu menutup aurat ketika solat tapi tak tahu menutup aurat ketika berada di luar. Fikir2kan dan selamat mencuba!


Ayuh kembalikan ruh jadiidmu, wahai muslimah pembela ummah! Rasakan bahawa ada janji Allah disebalik segalanya..

“Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri2mu, anak2 perempuanmu dan isteri2  orang mukmin, hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang”
 (Al-Ahzab 33:59)

Inilah dia janji Allah buat mereka yang benar2 menjaga aurat mereka. Jika difikirkan akal pun, kita boleh tahu kan? Antara buah mempelam yang dibalut di pokok dan dibiarkan begitu sahaja, manakah yang lebih disayangi oleh tuannya? Dan yang manakah yang lebih elok hasilnya? Tentunya yang berbalut kan! Buat semua muslimah, peliharalah dirimu kerana dirimu begitu berharga..

Semoga semua berbahagia mendapat hidayah dan pengampunan dari-Nya. Mungkin Ramadhan yang bakal menjelma kali ini bisa membawa satu perubahan positif dalam diri. Bertekadlah!!

*p/s: maaf andai ada bahasa yang kurang menyenangkan. Aasifah, mungkin post ini special dan sesuai untuk kaum muslimah tapi apalah salahnya jika semua dapat mengambil sedikit sebanyak pengajaran dari penulisan ini.

..wassalam..

Sunday, June 27, 2010

betul ke?

bismillahirrahmanirrahim..


dalam kehidupan BINATANG, tiada makna keMANUSIAan wujud
namun
dalam kehidupan MANUSIA, wujud erti keBINATANGan di mana-mana

..wassalam..

Tuesday, June 22, 2010

t.a.m.a.t






bismillahirrahmanirrahim


alhamdulilllah
t.a.m.a.t

setiap hari kita MENGAJAR dan BELAJAR
setiap jam kita MENGASUH dan DIASUH
setiap minit kita MENDIDIK dan DIDIDIK
setiap detik kita MENTARBIYYAH dan DITARBIYYAH

ajar = asuh = didik = tarbiyyah

manusia, ketahuilah kerana ITUlah kamu diciptakan pelbagai!

Dalam menjejaki peluang mencari pengalaman sebagai guru sementara, banyak petunjuk yg dapat kuamati. Ya, sangat banyak! Di saat inilah baru kumula menghargai rasa kasih seorang murobbi yg telah banyak berjasa buat diriku selama ini..

"ha, susah nak faham? alamak aii.. mak bapak dia tak ajar ke kat rumah..?"
"opss, lupa ke, dulu awak pun murid yg lemah jugak, siap pernah dapat no 20 dari 21 murid lagi tuh!"

"alahai, kenapalah diam sangat.. tanya pun x nak jawab."
"isy, awak ingat awak dulu sporting sangatla dengan guru2, bila tanya terus jawab?" 

"yela, dah kena baru terasa"
"nak kata murid nakal, tak ingat dulu waktu awak kecik2 macam mana.."
"entah2, waktu dulu2 awak lagi teruk dari murid2 sekarang nih"

Itulah bayangan yang selalu ada dalam diri ni. Bila tengok murid2 yang nakal, nak marah tak sampai hati sebab rasa dulu diri pun macam tu. Bila nampak murid2 yang terlalu pendiam, rasa jugak perasaan yang sama. Akhirnya, hanya tersenyum mengenang kisah lama. Jadi, kesimpulannya apa tindakan kita sekarang, jgn sampai buat orang marah sebab takut2 suatu hari nanti orang akan buat macam tu kepada kita.. Ada kaitan x? Hurm..
 ................................................................................................


Ada suatu hari, lepas habis mengajar kelas 2 Ali, seperti biasa;
"Qiyaamaan.. Assalamualaikum wbt.. Syukran jazakillahu Khairan Kathira.."
tiba2 disahut satu suara,
"...dan halalkan ilmu yg muallimah berikan kepada ana",comelnya kata yg diungkap oleh seorang murid kecil berusia 8 tahun

Ya Allah, anak kecil ini mengajarkanku betapa tingginya nilai keberkatan ilmu dari seorang guru agar ilmu yang telah disampaikan dapat diserap ke dalam jiwa mulus ini
................................................................................................


Biasa2nya, waktu keluar kelas, ada aja kertas yang sampai di tangan. Ayat yg biasa ada dalam surat tu;
"terima kasih muallimah kerana mengajar kami, kami sayang muallimah muna...."

Tapi ada satu hari, ayatnya berbeza sikit;

Yang tulis: Ieman Aqiella
Nak bagi: Muallimah Muna
"Cinta pada bunga, bunga akan layu. Cinta pada manusia, manusia akan mati. Namun cinta pada Allah akan kekal buat selama2nya.."

Nak tergelak bila baca. Mana mungkin anak kecil berusia 7 tahun ini mengerti kata yang ditulisnya. Tapi ingat, peringatan Allah itu diberi dalam pelbagai bentuk, mungkin dikirim melalui anak ini, mengingatkan diri bahawa kerjaya sementara ini dilakukan demi mencari mardhatillah bukan kerana inginkan habuan dunia yg tidak kekal, hanya sementara.
..........................................................................



Pernah suatu ketika sewaktu diri ditugaskan untuk mengawasi kelas ketika peperiksaan Aqidah tahun 1, sampai di soalan bahagian B. Arahannya berbunyi, Tuliskan "manusia" bagi ciptaan manusia dan "Allah bagi ciptaan Allah berdasarkan gambar yang diberikan. Tiba2 ada seorang murid mengangkat tangan.

"Muallimah, semua gambar ni ciptaan Allah- pokok, baju, kerusi, itik, pembaris, kuda......"
"Ye ke? Kerusi pun Allah yang buat?"
"Ya, kerusi daripada pokok. Pokok Allah yang buat. Kalau x ada pokok, x adalah kerusi. Jadi, semua asalnya ciptaan Allah."

Ya Allah, mulia sungguh ilmu yg Kau kurniakan kepada anak kecil ini sehingga dia memahaminya sejauh itu.. 

"Baiklah, semua lihat m/s 6. Arahannya begini- Tuliskan "manusia" pada benda yg mampu manusia buat manakala kalau manusia tak mampu nak cipta, tuliskan "Allah".
Nampak dari jauh sinar wajah tersenyum tanda mengiyakan apa yg kukatakan.
...................................................................................


Macam2 lagi pengalaman manis pahit yg dilalui. Lagi satu, menjadi guru bukan senang kerana perlu bijak dan kreatif dalam proses P&P (Pengajaran dan Pembelajaran). Bila tamat waktu persekolahan, terus mula berfikir untuk keesokan harinya. Pernah satu ketika, terfikir2 macam mana nak jadikan Bahasa Arab sebagai satu subjek yg sangat digemari oleh murid2. Tiba2 sampai satu idea!

"Eh, kelas sebelah tengah belajar subjek apa tu?"
"Jom kita tengok, muallimah muna ajar apa kat sebelah"
"La, ajar bahasa arab rupanya, ingatkan tahun 2 ada subjek baru, ingatkan kelas nasyid tadi..."
begitulah kisahnya
............................................................................


Sampailah satu ketika, bilamana ada murid yang tanya;
"Erm, muallimah ajar kat sini sampai kita tahun berapa?"
Hati mula terkedu. Iyalah, waktu untuk mengajar tinggal berbaki cuma beberapa hari sahaja lagi.
"Sebenarnya, muallimah tengah belajar lagi sekarang. Nanti muallimah dah nak kena pergi masuk universiti semula"
"Universiti tu tahun berapa maksudnya?"
"Eh anta ni, lepas tahun kan ada tingkatan pulak macam abg2 sek men tu.. Ha, universiti tu tingkatan berapa, muallimah?"
Diri hanya tersenyum, itulah budak2, nak betulkan org, dia pun salah.
"Universiti bukan tahun, bukan tingkatan tapi lebih dari tu lagi."
"Wah, besarnya muallimah..."
"Haahla, tapi kan, dulu muallimah belajar, sekarang pun belajar, nanti belajar lagi, sampai bila2 belajar, kenapa lama sangat belajar?"
"Yelah, kita nak jadi orang bijak kenalah belajar. Kan Allah suka orang yang selalu menuntut ilmu"
"Sampai tua la kita kena belajar ya?"
"Ya..."

Inilah luahan kata murid yg baru sahaja memulakan langkah ke alam persekolahan. Jauh lagi perjalanan mereka dan kita juga masih jauh perjalanannya. Teringat teka-teki yg berbunyi, apakah dia, semakin ditambah semakin kosong? Jawabnya ialah ilmu, semakin kita belajar banyak benda, semakin banyak kita ketahui bahawa banyak lagi ilmu yang tidak kita ketahui. Ya, ilmu Allah itu luas. Ilmu yg diketahui manusia hanya ibarat setitis air dari sebuah lautan ilmuNya yg sangat luas. Subhanallah.

sempat meninggalkan nota terakhir buat guru yang bakal meneruskan usaha murni ini


مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسْ فِيْهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيْقًا إلَى الجَنَّةِ

..wassalam..

Saturday, June 12, 2010

usim?


Bismillahirrahmanirrahim

teringat suatu saat
sambil berbual2 bersama teman2
ceria berkongsi kasih dalam satu jaulah
tiba2 terkeluar dari bibirku untuk menanyakan ini
"apa sebenarnya harapan kawan2 terhadap muna ya?"
sambil diri mengharapkan jawapan yg betul2 ikhlas dr hati mereka

soalan itu akhirnya terjawab
"mohon sangat2 agar dirimu dapat membawa kami mengamalkan cara hidup islam yg begitu indah ini dalam segenap kehidupan kami"

sahabat, adakah cukup sekadar setahun bersama? sudah tertunaikah harapanmu terhadap diriku?

ini harapan mereka!!
ya MUNA MAJIDAH
adakah dirimu telah menunaikan hak2 sahabat2 lain terhadapmu??

Ya Rabbi
ampunkanlah diriku yg lemah ini

mohon kepada wajah2 inilah untuk memaafkan diri ini atas segala kesilapan yg telah dilakukan selama kita bersama (kata2 khas buat yg berpakaian serba purple)



Kulayarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yg menyentuh emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi

"Duhai sahabat dengarkanlah bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan namun tiada noktah kasih
Biarlah waktu menentukan nilai ukhuwwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan hingga ke titisan darah terakhir.."

*monolog: masihkah kaki ini akan berpijak di bumi USIM lagi? Hanya Allah yang terbaik dalam mengatur urusanku. Kini, segalanya diserahkan kepada yang Maha Esa untuk menyusunnya

..wassalam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails