Thursday, December 24, 2009

teratak ini mengajarku


bermula di sini
kubelajar satu erti
erti kata mudah
namun sukar ditafsir
buat diri yang sentiasa cuba
menjadi yang terbaik
sebagai seorang teman pendamping

saat kita bersama kini
bagai tiada gurisan sejarah pahit
sedang kita digelar teman
yang sedang dalam kesepian
mencari pelangi kebahagiaan
tanpa ditemani insan pilihan
jadikanlah ini sebagai kata ampunan
"pertengkaran kecil kelmarin
cukup jadi lembaran hikmah
takkan mau berpisah kerana ini"

dahulu
ku giat mencari
di mana akan kugapai cintamu
diriku seolah-olah seperti seorang musafir
yang berjalan tanpa perhentian
akibat tiada R&R di jalanan
untukku menagih kasih yang kian merasuk jiwa

puas kumencari dan selidiki
akhirnya senyuman mula jelas terukir
dalam keheningan sepertiga malam
pabila dari kejauhan kukelihatan
sinar penuh kebahagiaan
ya, ku telah menemuinya!
perhentian kasih Rabbi
yang telah menantiku
sekian lama sebagai pengunjung bertuah

Ya Allah
tiada yang lebih dekat denganku selainMu
tiada yang lebih baik pendengarannya selainMu
tiada yang lebih memahamiku selainMu
tiada yang mampu membantuku lebih baik daripadaMu

"hati manusia Allah yang punya"
inilah saat kufahami kata itu
andai kita menagih kasih teman
kasihilah Allah sebagai pendamping setia
sebelum menjadi miskin dan papa
tanpa beroleh cintaNya yang agung
kerana Allah sahaja yang bisa memberi kebahagiaan
dan melenyapkan segala kelesuan
dengan menganugerahkan cinta manusia
khas buat kekasihnya


"cintailah Allah
nescaya kau akan perolehi cintaNya
juga cinta manusia yang mencintaiya"


kurasakannya kini
kita makin bersatu
mungkin teratak ini menjadi saksi
melihat kita yang mula bergerak
sama-sama mencari kasihNya


akhirnya hati kita dipertautkan
agar tiada yang ketinggalan
dari permusafiran yang telah bermula
dalam mencari redha Yang Esa

bersama kita dalam satu saff
solat berjamaah kunci kekuatan
tadarrus bersama rantaian hati
saling memperingatkan mangga pengikat
antara diriku, dirimu dan dirinya

teringat sekerat lirik nasyid
"ada seorang gadis termenung di jendela..."
(tambahan sendiri)
..hanya melihat alam tanpa akal
sedang ia sering mengajarmu
dengan hikmahnya hidup di dunia

sering kulihat dari teratak ini
suasana tenang
ada gunung, tasik, pokok dan angin
indah sungguh ciptaan Allah
sambil bibir menyebut kalimah syukur
namun suatu hari baru terfikir
........




tenang sungguh alunan pokok bergoyang
ditiup angin ke kanan,
dihalanya ke kanan
ditiup angin ke kiri,
diikutnya ke kiri

kawan
jadilah kita seperti pokok dan angin
saling bersama mengikut arah
tiada antara keduanya yang ego
akhirnya melahirkan suasana damai nan permai



kukuh sungguh gunung itu terpacak
walau hujan badai melanda
ia tetap kuat berdiri
kerana apa?
kerana pokok setia bersamanya
mengelakkan tanah menggelongsor
mencari tempat lain untuk menetap

teman
jadilah kita seperti pokok
sentiasa setia menjalankan tugas
menguatkan diri dan sekeliling
dari tergelongsor dari landasan islam
yang bisa membinasakan




kelihatan air di tasik yang jernih
mencuci mata yang keletihan
namun jika difikirkan
bagaimana jika gunung hanya mencampakkan
sisa kotoran tanah ke dalamnya?
pasti air berubah menjadi keruh

sahabat
jadilah seperti gunung
tidak membebani sahabat lain
dengan keburukan diri
sentiasa menjaga pandangan positif
orang lain terhadapnya


لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه

~semoga kita tergolong dalam golongan yang beruntung~

Wednesday, December 09, 2009

hanya Allah mampu memberimu kekuatan

Salam buat semua
Moga dirahmati hidup kalian

bunyi deringan handphone bakal membawa satu berita
nombor yang tertera membuatkan debaran diri kian terasa
apakah berita yang bakal kuterima?

dengan sedikit deraian air mata
kubacanya dengan penuh redha
hati menjerit tanpa suara
"Ya Allah, Kau berilah kekuatan buat ummi"

dalam keadaan diri cuba bertenang,
suara syahdu ummi terus terngiang di telingaku
saat diriku masih kecil
bait lagu ini yang sering kudendangkan buat ummi;

ummi oh ummi yang kusayang
mendidik kujadi orang beriman
dari kecil diajar sembahyang
ummi oh ummiku sayang
bila kusakit ummi berjaga
senyum di bibir sentiasa ada
kau asuh daku penuh mesra
ummi oh ummiku sayang

bila lafaz ini kuulang kembali
rasa bersalah kutepis dari cuba menyelubungi diri
dulu, kalau sakit, ummi menjagaku
tapi sekarang, ummi sakit...
ku masih di sini

kuterus sambung menyanyikan lagu ini
walau kata2nya sangat ringkas
namun ini memberikanku asas didikan
bermula sejak kupelat untuk menyebutnya

kalau dulu mungkin kutidak memahami apa yang kulafazkan
namun kini kumengerti
akan tanggungjawab diriku sebagai anak

ummi, sungguh besar jasamu
tak ternilai harta dunia
doa restu kupohonkan
ummi jadi ahli syurga
ummi ku akan dewasa
doakan kujadi mujahidah muda
pembela agama sepanjang masa
menjagamu bila ummi tua

kuteringat saat pertemuan kita
malam semalam
dikau nampak sihat dihadapanku
walau rupanya dirimu sedang menderita
disembunyikan segalanya
agar kita bisa ceria bersama

ummi,
moga Allah kurniakanmu 'nurul syifa'
cahaya penyembuhan dan penawar
diberi kepadamu kesabaran berada di hospital
agar dirimu kembali sembuh seperti sedia kala
untuk meneruskan baktimu buat ummat sejagat

..salam kasih dari jauh..


رب اغفرلي ولوالدي وارحمهما كما ربياني صغيرا

Wednesday, November 25, 2009

musim ini

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
moga2 semua masih di bawah lembayung rahmat Allah
cuti semester hampir tamat
alhamdulillah, waktu cuti yg ada kali ni tidak disia2kan
macam2 perkara yg telah dibuat
kecuali update blog ini
bukan malas
tetapi tugas kali ini telah byk menjarakkan diri dgn laptop yg ada
kali ini bersyukur krn masih diberi kesempatan
berpeluang menaip papan keypad walaupun seketika
cuaca tidak menentu di negeri bertuah ini
setiap kali musim tengkujuh ada saja berita tentang banjir
sehinggakan ribuan orang telah dipindahkn ke pusat pemindahan
dalam keadaan begini, ada perkara yang telah dipelajari
semua yang berlaku adalah peringatan dari Allah taala
buat hamba2Nya yang sering lupa dan alpa


kawasan rumah yang ditenggelami air


hujan tanpa henti dalam masa cuma beberapa jam


air kotor campuran dari bermacam sumber

alhamdulillah, tahun ini air kotor ini tidak dapat masuk ke dalam rumah


kenapa ya??

kerana ada benteng yang tidak membenarkan air kotor itu untuk masuk ke tempat yang bersih

Subhanallah

alahai, biasalah tu

pelajar tadika pun boleh jawab

tapi sebenarnya di sini

apa yang ingin diingatkan kepada diri penulis dan teman2

BENTENG diri sangat penting

benteng inilah menjadi pemisah

memisahkan di antara yang HAK dan BATIL

benteng inilah yang memelihara diri dari IKHTILAT

iaitu percampuaran identiti yang tiada berbatas

benteng inilah yang melindungi pemikiran

dari dicemari virus ideologi2 negatif

yang dibawa oleh musuh2 Islam segenap penjuru

benteng inilah yang mencegah diri dari penularan penyakit

penyakit cintakan dunia, takutkan mati

yang lebih berbahaya dari penularan wabak taun

jadi teman2

ayuh kita bina benteng ini

BENTENG IMAN dan IHSAN

agar diri sentiasa terpelihara kesuciannya

bukan senang, bukan pula payah

perlu kepada kemahuan

untuk membina kembali benteng yang telah terbina dahulunya

bila lagi kalau bukan SEKARANG?

Mulakan Tindakan Anda!!

bagaimana methodnya?

- sedar. ingat, seorg muslim tidak akan jatuh ke dalam lubang yg sama sebanyak dua kali

- tanamkan azam untuk menjadi muslim yg benar2 taat kepada Allah

- jaga hubungan sebagai hamba. banyakkan doa agar Allah membantu mengukuhkan diri

- semua perkara dilakukan keranaNya. lebih mudah jika diamalkan apabila setiap perbuatan dimulakan dengan basmallah dan doa

- menuntut ilmu bukan sekadar penyelamat pointer exam tapi untuk diamati dan diamalkan juga dikongsi dengan masyarakat

apa rahsia untuk mengekalkan keutuhannya?

- banyakkan muhasabah diri terutamanya setiap kali sebelum tidur dan mencari teman2 yang dapat membantu membawa ke arah kebaikan

Apa tunggu lagi??

Yuk, mulakan langkah!!

.. salam mujahadah buat semua ..

Wednesday, November 11, 2009

kuatkan jasadi


bagi menepati syarat menjadi "super musleem"

tidak boleh ditinggalkan salah satu drpd '10 muasafat tarbiyyah'

yang telah digariskan oleh asSyahid Imam Hassan Al-Banna

KUAT TUBUH BADAN

macam mana nak kuat??

Riadhah (bersenam)

@

Mukhayyam (perkhemahan)

@

macam-macam lagi

Bercakap tentang mukhayyam, alhamdulillah.. Setelah pulang dalam keadaan merindui zaman silam, zaman sekolah dulu, dapat juga peluang untuk pergi mukhayyam khariji sekolah di Sg. Ular petang ini.

Ayyuha asySyabab wa alFatayat

YUK SIHATKAN BADAN!!

-kuat jasadi, teguh rohani-

p/s: Riadhah mampu menjadi ibadah jika dilakukan lillahi taala semata

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails