Friday, February 15, 2013

Apa yang Sebenarnya Hendak Kau Perjuangkan...?

..bismillahirrahmanirrahim.. 



Engkau ingin berjuang
Tapi tak mampu menerima ujian

Engkau ingin berjuang
Tapi rosak oleh pujian

Engkau ingin berjuang
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang
Tapi tak begitu setia kawan

Engkau ingin berjuang
Tapi tak sanggup berkorban

Engkau ingin berjuang
Tapi enggan jadi pemimpin

Engkau ingin berjuang
Menjadi pengikut agak segan

Engkau ingin berjuang
Tolak ansur tak engkau amalkan

Engkau ingin berjuang
Tapi tak sanggup terima cabaran

Engkau ingin berjuang
Kesihatan dan kerehatan
Tak sanggup engkau korbankn

Engkau ingin berjuang
Masa tak sanggup engkau luangkan

Engkau ingin berjuang
Kerenah isteri tak kau tahan

Engkau ingin berjuang
Rumah tangga lintang pukang

Engkau ingin berjuang
Diri engkau tak engkau tingkatkan

Engkau ingin berjuang
Disiplin diri engkau abaikn

Engkau ingin berjuang
Janji kurang kau tunaikan

Engkau ingin berjuang
Kasih sayang engkau cuaikan

Engkau ingin berjuang
Tetamu engkau abaikn

Engkau ingin berjuang
Anak isteri engkau lupakan

Engkau ingin berjuang
Ilmu brjuang engkau tingglkan

Engkau ingin berjuang
Kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

Engkau ingin berjuang
Pandangan engkau tak diselaraskan

Engkau ingin berjuang
Rasa berTUHAN engkau abaikan

Engkau ingin berjuang
Iman dan taqwa kau lupakan

Yang sebenarnya apa yang engkau hendak perjuangkan.......?




"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 

..wassalam..

Thursday, January 31, 2013

Sendiri Menyepi

..bismillahirrahmanirrahim.. 

Maaf buat mereka yang sentiasa menunggu
Tak kurang ada yang bertanya kenapa berhenti lama dari menulis di blog ini
Ada juga yang katanya setiap kali ingin mendapat kekuatan diri, tidak lagi dijumpai di blog ini, kerena hanya post lama yang sama akan keluar, tidak lagi seperti dulu...

Maaf, Aasifah
Mungkin itu hakmu dariku sbg seorang sahabat
InsyaAllah, akan kucuba untuk melaksanakannya
DOAKAN

~Rabbuna yusahhil~



"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 

 ..wassalam..

Tuesday, December 11, 2012

laskar pelangi versi SAA RA Partners

..bismillahirrahmanirrahim..

dari rakan sepermainan
akhirnya menjadi rakan seperniagaan
subhanallah!
moga Allah redha akan langkah ini

kata 'insan' itu
"Usah gusar akan modal kewangan kerana MODAL sebenar adalah IMPIAN kalian.."


kami dari SAA RAA PARTNERS Ent.
memperkenalkan
produk pertama kami...
SEJADAH BB
insyaAllah bakal berada di pasaran bermula Januari 2013

untuk maklumat lanjut, sila layari:


Bagi yang ingin melihat sendiri sample SEJADAH BB dalam masa terdekat,
dijemput ke PERTANDINGAN USAHAWAN INOVASI PERINGKAT IPT
pada 21-22 Disember 2012
di Universiti Putra Malaysia (UPM)
insyaAllah kami bakal mewakili USIM ke sana

terima kasih atas sokongan semua

kata abah,
"Rupanya berbaloi juga ke hulu ke hilir kelek sejadah ni pergi byk IPT..."

p/s: moga niat ini masih dipelihara pada awal langkah, di pertengahan, juga di akhirnya, ameen..


"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 

 ..wassalam..

Friday, November 02, 2012

Rasa Tak Sabarnya Nak Jumpa Mereka

..bismillahirrahmanirrahim.. 

ihsan dari sini

2008

"Akak, ana takut...."

Begitu katanya saat kumenghampirinya di tepi tingkap dewan sekolah. Suasana malam itu menggamit rasa kasih antara kami. Tenang, sejuk, sunyi, semuanya terasa.

"Anti takut apa? Akak pun naik risau ni.."

"Ana rasa takut sangat. Ana rasa takut bila ingat pasal mati. Tapi siapa yang ingat mati adalah org yg bijak kan? Cuma ana tiba2 rasa risau sgt2, tentang amal ana, apatah lg bila ingat dosa2 selama ni. Ana jadi takut kak.."

Katanya teresak2. Kuhanya mampu menunggu lagi kata2 yang seterusnya. Wajahnya yang sgt ceria selama ini sudah bertukar menjadi muram durjana.

"Entah, ana mula rasa, hidup ana dah x lama. Bila2 Allah nak tarik, Dia akan tarik kan nyawa kita? Dahla waktu tu Allah x tunggu samada kita sedia atau x nak jumpa Dia. Akak, badan ana makin terketar.. Rasa macam dah lemah sangat skrg ni.."

"Adik akak syg.."

Sapaku sambil memeluknya, kemudian wajahnya cuba kuusap sambil mengesat air matanya yang mula membasahi pipi..

".... kita kena ingat, kita tahu kita akan bertemu Dia, tapi kita x akan tahu bila. Sebab tu kita kena sentiasa bersedia. Akak pun x tahu, samada Allah tarik nyawa akak dulu, ataupun anti dulu. Malah usia akak yang lebih setahun 3 bulan daripada anti, lagilah dah byk dosa yg akak buat. Akak lg patut risau"

Seterusnya, tiada kata. Terhenti sekadar itu. Aku memeluknya erat, apatah lagi bila air mataku terus melaju. Brp minit lamanya, kusudah lupa. Namun yang hny tergambar, pelukan itu bukan lagi palsu. Kemudian dia menyambung, cuba membandingkan diriku dengan dirinya, amalku dengan dosanya.

"Ya Allah, cukup ukht. Jangan kata begitu. Kita sama2 punya dosa, kita sama2 punya amal, insyaAllah. Ukht, jom kita istighfar sama2"

Astaghfirullahal 'adzim..

Kalimah istighfar disambung dgn doa kpdNya buat kami berdua.

Akak, kita sama2 nak masuk syurga kan! Bestnya.. Senyum =)

Malam itu berlalu, tapi meninggal kenangan terindah buatku. Bagusnya dia, sentiasa ingatkanku tentang kematian.. Hebat dia!

2012

Kain kafan itu sedikit dibuka saat kutiba di rumah neneknya
Ukht, kuingin tunaikan hak terakhirmu ke atasku
Ya, utk mengiringimu ke tanah perkuburan yang juga bakal menjadi kediamanku suatu hari nanti

Ya Allah, Kau telah menyusun segala
Memang ternyata, perancanganMu lebih hebat dari apa yang dijangka
Rupanya Allah lebih menyayangi dia
Dia pergi dahulu sebelum aku
Hanya yang kutahu, aku bakal menyusulinya..
Aku juga bakal menyusulinya
Ya, aku bakal menyusulinya tidak lama lagi


Selamat tinggal ukht manisku
2 perkara besar yang kau tinggalkan pesan
Senyum dalam duka, ingat mati sentiasa


Ya Allah, ampunkanlah dirinya dan diriku, berikanlah dia keselesaan di SANA, golongkanlah rohnya bersama mereka yang bertaqwa, ameen..

.................................................................................................

Jap, nak kesat air mata
Ok, steady!

ihsan dari sini
Begitulah
Dia mutarobbi, dialah murobbi

Kenapa ya?
Kadang, kumenyampaikan itu dan ini
Namun rupanya lebih berharga apa yang mereka kembali sampaikan kpdku

Hmm, pelik bila ada orang kata
"Aasifah, ana masih belum bersedia untuk MENtarbiyyah, sebab ana masih sedang DItarbiyyah"

Hah, apa kita ingat proses DItarbiyyah dan MENtarbiyyah ini merupakan "mutual events"? Yang xboleh nak dibuat secara serentak dalam 1 masa? Fuhh, sememangnya tidak! Owh, tidaaak....!

Entah apa kenalah dgn perasaan tu
Tapi memang selalu terasa begitu
Malu + kesal
Haa, ini yang best!

Waktu kita mula terlari sedikit2 dari landasan
InsyaAllah, ada yang akan menarik semula

Waktu kita terlupa akan tanggungjawab sebagai murobbiah
InsyaAllah akan ada yang mengingatkan

X ke best mcm tu??

Subhanallah, hebatlah mereka-mereka-mereka itu

"Akak, ana rasa dah kering.. Bila ya usrah kita nak mula sem ni?"

"Muna, akak rasa macam dah lari jauh. Tolong tarikkan akak semula. Akak rasa rindu sgt nak hadir pertemuan kita"

"Akak, ana sedih dgn diri ana skrg. Nampak macam makin banyak amal, tapi sebenarnya hati kosong. Akak, jom kita dating, rindu!"

"Muna, bila kita nak recharge iman? Dah lemah ni.."

Kata2 inilah yang biasanya akan mengingatkanku akan tanggungjawab itu. Ternyata, saat kita MENtarbiyyah, lagi banyak diri kita DItarbiyyah.. Dan disebabkan itulah, x pelik andai ada yang menegur;

"aik, knapa senyum sorang2? Mesti ada apa2 yang tgh berangan ni... Dah ada yang mencuit takhta di hati ker..?"

Yelah, mana x nya,
Dapat sms dr mereka, senang je nak senyum
Mereka reply nak dating, rasa nak terlompat terus
Apatah lagi lps berdating, mcm dah terbang kt awan pun rasa

Subhanallah, aku dah jatuh hati rupanya dgn mereka!
Ya Allah, Kau kukuhkanlah rabithah ini
Moga hanya keranaMu kami berukhuwwah
Ameen

ini harapanku


"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 
 ..wassalam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails