Monday, November 08, 2010

study week~

..bismillahirrahmanirrahim..


Pengembaraan bermula
Pagi 04/11/2010
Dari Terminal 2 Seremban
Setelah  berada selama 21 jam di dalam bas, akhirnya sampai juga di Kuala Perlis, alhamdulillah

Dalam perjalanan, "muna, macam mana nak print slip exam ni?" dan mcm2 lagi
Hanya membalas, "maaf, kini sedang berada di luar jalur perkhidmatan. Hmm, jalan2 jap"
"Berjalan? skrg kan study week? sempat lagi dia.."
"Biasalah tu.."

Itulah gelagat kawan2 yang begitu bersemangat nak periksa
Kadang2 kagum dengan mereka, baca buku, baca nota dan baca slideshow lagi
Macam x pernah penat dan bosan
Akhirnya, mereka dapat apa yang mereka impikan
Teringin nak meniru mereka, hanya baca buku, baca nota dan baca slideshow sepanjang masa
Tapi tiba2 teringat hakikat sebagai seorang pelajar
Adakah hanya untuk belajar = ulangkaji = baca?
Oh, tidak!
Bagiku,
hakikat sebagai pelajar = belajar + mengajar + ulangkaji + baca + melihat hakikat kehidupan + mengkaji ...

Banyak! Besar!! Luas!!!

Teringat kata abah, "jangan terlalu memaksa diri utk belajar, sekarang ramai pelajar2 uni yang bijak menghadapi tekanan dan ramai juga yang jadi GILA"
ops maaf, terkasar!
Tapi memang dah x dapat disangkal lagi, banyak kes macam tu berlaku
Kerana apa? Kerana hanya memandang belajar dari skop yang kecil
Kita memang perlu paksa diri tapi ada tips susulannya
Perlulah bijak, jangan hanya memaksa secara keterlaluan

Oh ya, terlupa
Berbalik kepada pengembaraan tadi
Jom kita ulangkaji bersama

(1) Hubungan Etnik
Dalam perjalanan menaiki KTM (almaklumlah, x ada kenderaan sendiri) dan bas, ditakdirkan untuk duduk bersebelahan dengan insan berlainan bangsa dan agama. Teringat dalil Allah dalam surah alHujurat ayat 13. Ini memberikan momentum utk menegur sapa mereka. Ternyata dapat berkongsi sikit sebanyak ilmu setelah membelek buku yang dbaca salah seorangnya, "How to gain more profits in your business".
* keeratan hubungan etnik di malaysia terletak pada sikap setiap ahli masyarakatnya yang berbilang kaum

(2) TITAS
Dalam bas dari seremban, terjumpa dengan seorang gadis yang rasanya masih bergelar pelajar uni. Pada awalnya, di stesen bas, gadis ini tidak memakai tudung namun apabila bas dah bergerak dalam sejam, tengok2 dah pakai tudung. Pelik. Tambah lagi sakit mata dan hati apabila melihat dia dan pasangannya yang berada di seat hadapan melakukan perbuatan yang tidak senonoh sepanjang perjalanan. Ya Allah, tak termampu untuk kumenegurnya ketika itu. Astaghfirullah!
* Sesebuah tamadun tidak akan dapat dibina oleh masyarakat yang tidak bertamadun.
* Segala masalah sosial kini jalan penyelesaiannya ialah kembali kepada ajaran adDeen Islam yang sebenar

(3) Bahasa Arab
Perkataan penting dalam ekonomi yang biasa jumpa di Langkawi

سوقة الحرة = bebas cukai

(4) Econs
Dalam perjalanan, baru sedar bahawa saudara2 di Kedah mengalami banjir yang agak dahsyat. Alhamdulillah, kami menaiki bas yang masih boleh mengharungi limpahan air di atas jalan raya. Sedihnya bila melihat tanaman2 sepanjang jalan terutamanya padi yang habis ditenggelami air. Tambahan, walaupun kawasan semua ditenggelami air, namun bekalan air bersih (air paip) tiada. Dalam keadaan ini, kebanyakan aktiviti ekonomi terhenti buat sementara. Dimaklumkan juga, Bank Islam cawangan Kedah terpaksa menutup beberapa kaunter kerana ramai pekerja2 yang tersekat dalam banjir. Berat ujian buat mereka, juga ujian untuk kita samada ingin menghulurkan bantuan atau tidak. Kepada kawan2 yang tinggal di Kedah, moga Allah kuatkan antum dan keluarga untuk menghadapi bencana ini.

yuk sarapan dulu!
Antara rumah yang ditenggelami air sampai atap
Banyak kedai yang terpaksa ditutup kerana banjir
dahulunya daratan kini menjadi lautan 
Hanya berserah.
Kata pemandu bas,"kalau enjin bas ni mati tengah jalan, pakat ramai2 berenang eh"
* One of the DOS (determinants of supply) is climate especially for farmers, constructors, etc.
* My father's friend said,"saya kena buat pilihan samada nak balik rumah dan tidak datang kerja atau saya tinggal siang malam di bank dan langsung x pulang ke rumah beberapa hari". Yes, this shows the concept of scarcity which oppurtunity cost is incurred when decision is made.

(5) English
Kalau pergi kedah, ada 1 produk yang terkenal

animal or plant?
sea cucumber = mentimun laut (gamat)
               = a marine animal (not plant) with a leathery skin and an elongated body


Subjek paling penting ialah SUBJEK KEHIDUPAN. Sesungguhnya ilmu Allah itu luas, bukan hanya terhad di dalam buku sahaja. Dan ilmu yang dimiliki oleh manusia hanyalah ibarat setitis air dibandingkan dengan selautan luas ilmu Allah.
Sebab apa nak berjaya?
Sebab Allah suruh!

"Kata pengatur bicara 
Lidah saksi segala 
Di hadapan Rabb pemilik kita" 
 ..wassalam..

Saturday, October 23, 2010

ops, salah!

..bismillahirrahmanirrahim..

bila berSALAH fikir siapa berSALAH
bila berSALAH fikir siapa terkesan dek keSALAHan
bila berSALAH fikir siapa yang perlu diperSALAHkan

Dan syaitan berkata tatkala hukuman diputuskan: “Sesungguhnya Allah menjanjikan janji yang benar kepada kamu, dan aku juga menjanjikan kepada kamu, tetapi aku menyalahinya. Dan tidak ada kekuasaanku ke atas kamu, melainkan (sekadar) aku menyeru kamu, maka kamu memperkenankan seruanku itu. Oleh itu janganlah kamu mencela aku tetapi celalah diri kamu sendiri. Aku tidak berupaya menolong kamu, dan kamu tidak berupaya menolong aku. Sesungguhnya aku mengingkari perbuatan kamu mempersekutukan aku (dengan Allah) dahulu.” Sesungguhnya bagi orang yang zalim itu adalah azab yang pedih.
 (Ibrahim 14:22)

KITA (sikap) = berSALAH + terkesan dek keSALAHan + perlu diperSALAHkan 

"Kata pengatur bicara
Lidah saksi segala
Di hadapan Rabb pemilik kita"
 
..wassalam..

Sunday, September 26, 2010

الصبر جميل

..bismillahirrahmanirrahim..


"dan apabila Kami berikan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan (rahmat) itu. Tetapi apabila mereka ditimpa sesuatu musibah kerana kesalahan mereka sendiri, seketika itu mereka berputus asa"
(Ar-Rum 30:36)

sifat seorang muslim sungguh istimewa,
apabila dianugerahkan nikmat lalu bersyukur
dan apabila ditimpa musibah lalu bersabar

perasaan seorang muslim yang ditimpa musibah sama perasaannya dengan muslim yang dikurniakan nikmat kerana bagi muslim, kedua-duanya adalah ujian dari Allah s.w.t

dan apabila dirimu ditimpa musibah, usahlah kau rintihkan
"ya Allah, masalah ini cukup besar untuk aku memikulnya"
tetapi katakanlah
"duhai masalah, ketahuilah bahawa Allah itu Maha Besar dan Agung"

 "Kata pengatur bicara
Lidah saksi segala
Di hadapan Rabb pemilik kita"

..wassalam..

Saturday, September 18, 2010

hIdAyAh = MaHaL





..bismillahirrahmanirrahim..



H - Hidayah
I - Itu
D - Dari
A - Allah
Y - Yang
A - Agung lagi
H - Hebat

"bukan SENANG, bukan MUDAH untuk memperolehinya"

bila diperhati sekeliling
baru kutahu betapa mahalnya hidayahMu, ya Allah

saat bersalaman dengan kenalan lama
terbayang wajahnya yang dulu
lengkap berlitup hijab di tubuhnya
tapi kini?

saat kubertutur dengan kenalan lama
teringat butir kata yang keluar dari bibirnya dahulu
tiada kata sekasar kata ahli neraka
hanya terukir kata pengingat kepadaNya

saat kumeratap wajah kenalan lama di laman internet
terlukis di minda wajah bersih serian mutiara
dahulunya hanya suci dengan air wudhu'
namun kini?

saat senyumanku kini menyambut senyuman kenalan lama
kucuba relakannya seperti dulu
tapi segalanya bukan dari hati kecilku
ia sedang merintih pedih
ya, kerana kini
insan yang berada di hadapanku sudah berbeza
cukup berbeza, seolah baru saja ketemu

tapi
saat kumerenung dalam matanya
persepsiku kini bertukar
ada satu sinar yang terserlah
menunjukkan kenalan lamaku masih mampu
bakal mengubah dirinya kembali hidup segalanya kepada alKhaliq Yang Esa


ya Allah,
begitu mahal hidayahMu
hanya insan terpilih yang bakal memperolehnya
dan 
hanya Dikau yang berhak memberinya kepada insan yang Kau sayangi

jauh, jauh!
diriku yang kerdil ini tidak mampu memberimu hidayah, wahai sahabatku
para pendidik di sekolah juga begitu
hatta Rasulullah pun tidak mampu melakukannya

namun, ketahuilah sahabatku
kau masih bertuah kerana islam masih menjadi peganganmu
Allah masih merelakanmu untuk berada di bawah naungannya
tidak sama nasibmu dengan orang yang sangat dikasihi Rasulullah
lagi banyak jasanya buat perkembangan islam
Abi Talib, bapa saudara Rasulullah
tidak sebertuahmu, sahabatku

hanya yang mampu kulakukan
berdamping dan membawamu kembali mencari hidayahNya
kerana hanya satu!
kutidak tahu berapa lama hidayahNya ini akan bersamaku
moga kau bakal memimpiniku kelak
dan semoga kita bersama diberi husnul khotimah
penentu hidup kita di alam seterusnya


ini pesanan buatmu
jika hidayah itu masih belum tiba
pohonkan doa dariNya
agar dirimu menjadi insan terpilih
kerana sabagai hamba kita perlu sering berusaha menuju Robb Agung
jika hidayah itu datang kepadamu
sambutlah ia
jangan biarkan ia pergi meninggalkanmu
jika kau sudah bersamanya
pohonlah agar ia kekal teguh dalam dirimu hingga ke akhirnya

 "يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ, ثَبِّتْ قُلُوبَنَا عَلَى دِيْنِكَ وَعَلَى طَاعَتِكَ"



"Kata pengatur bicara
Lidah saksi segala
Di hadapan Rabb pemilik kita"

..wassalam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails