Tuesday, March 02, 2010

ZERO to HERO

Bismillahirrahmanirrahim
Andai hidup ini statik
Tiada apa yang harus kupersoalkan
Kerana yang itu menjadi itu
Yang ini hanya menjadi ini
Tanpa diubah walaupun sedikit

Namun hidup ini sentiasa berkembang
Dengan daya momentum perubahan
Spirit melonjak naik diri
Malas merudum jiwa ke tahap minima
Setiap yang berlaku pasti ada titik mulanya..

Sebelum kubisa berlari pantas
Langkah dimula bersama tangan dan kakiku
Merangkak perlahan..
Akhirnya inilah diriku yang kau kenali kini

Segala yang tahu
Bermula dengan tidak tahu
Namun dengan tekad dan azam
Mampu merubah segalanya
Kerana ketahuilah,
hidup ini bukan statik!

Sunday, February 21, 2010

penghapus dosa

assalamualaikum, semua!!

sedang asyik membelek ubat2an dari klinik, mata tiba2 tertumpu ke arah satu tulisan:

"Bersabarlah dalam menghadapi penyakit, sesungguhnya penyakit itu adalah penghapus dosa"
(Hadith Qudsi)

Ya Allah, ampunilah dosa2ku walau kutahu ia tidak terkira banyaknya.

mengapa manusia hanya sering kembali mengingati Allah ketika dirinya diuji???

Thursday, February 11, 2010

ada apa dengan ini?



untuk besarkan gambar, sila click pada poster
selamat mambaca!!

Friday, February 05, 2010

pemimpin


adakah kamu seorang pemimpin?
ya, kami adalah pemimpin!

seperti hadith Rasulullah saw;
"kullukum ra'in wa kullukum mas-ulun 'an ra'iyyatih"
setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu bertanggungjawab ke atas kepimpinanmu

duhai pemimpin sekalian,
AWASLAH

jangan sampai kekalahan tarbiyyah berasal dari pintu yang kita jaga!

jangan sampai kekalahan tarbiyyah berasal dari pintu yang kita jaga!!

jangan sampai kekalahan tarbiyyah berasal dari pintu yang kita jaga!!!


ألا يؤتى من كبرنا

ألا يؤتى من كبرنا


ألا يؤتى من كبرنا

(ala yukta min kibarina)

~pesanan buat semua terutama bagi diri yang bakal memulakan kembali sesi pembelajaran minggu depan. cuti dah nak habis!

wassalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails