assalamualaikum wbt
sohabati fillah
dengarlah kata ini


suatu ketika
telinga mendengar kata ini berbicara
akal memikirkan akan kesilapan yang mungkin telah dilakukan
hati berbisik memohon ampunan dariNya
dari corong radio kereta kedengaran
satu perbincangan menarik dalam siaran IKIM.fm
renungilah kata ini...
"dalam membina rumah tangga bahagia mengikut islam yang berpanjangan, pastikan segala yang mengarah ke arah perkahwinan itu adalah perkara yang betul2 dibenarkan di dalam islam, yang telah Allah ajarkan.. Pastikanlah! Jangan ragu2 walau di sekelilingmu penuh dengan kemaksiatan yang benar2 HARAM di sisi islam!!"
kemudian, ada seorg pendengar menelefon dan katanya,
"benarlah kata dr tadi. Saya telah merasainya. Sebelum berkahwin, saya telah melakukan perkara yang dilarang oleh syariat walaupun saya tahu saya salah. Tapi sekelililng telah mendorong saya melakukan itu. Kini, setelah setahun berkahwin, saya menghadapi masalah rumah tangga. Jadi, benarlah bahawa islam itu syumul, segalanya telah diajarkan. Segala HARAM pasti ada BURUKnya!"