Wednesday, November 25, 2009

musim ini

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
moga2 semua masih di bawah lembayung rahmat Allah
cuti semester hampir tamat
alhamdulillah, waktu cuti yg ada kali ni tidak disia2kan
macam2 perkara yg telah dibuat
kecuali update blog ini
bukan malas
tetapi tugas kali ini telah byk menjarakkan diri dgn laptop yg ada
kali ini bersyukur krn masih diberi kesempatan
berpeluang menaip papan keypad walaupun seketika
cuaca tidak menentu di negeri bertuah ini
setiap kali musim tengkujuh ada saja berita tentang banjir
sehinggakan ribuan orang telah dipindahkn ke pusat pemindahan
dalam keadaan begini, ada perkara yang telah dipelajari
semua yang berlaku adalah peringatan dari Allah taala
buat hamba2Nya yang sering lupa dan alpa


kawasan rumah yang ditenggelami air


hujan tanpa henti dalam masa cuma beberapa jam


air kotor campuran dari bermacam sumber

alhamdulillah, tahun ini air kotor ini tidak dapat masuk ke dalam rumah


kenapa ya??

kerana ada benteng yang tidak membenarkan air kotor itu untuk masuk ke tempat yang bersih

Subhanallah

alahai, biasalah tu

pelajar tadika pun boleh jawab

tapi sebenarnya di sini

apa yang ingin diingatkan kepada diri penulis dan teman2

BENTENG diri sangat penting

benteng inilah menjadi pemisah

memisahkan di antara yang HAK dan BATIL

benteng inilah yang memelihara diri dari IKHTILAT

iaitu percampuaran identiti yang tiada berbatas

benteng inilah yang melindungi pemikiran

dari dicemari virus ideologi2 negatif

yang dibawa oleh musuh2 Islam segenap penjuru

benteng inilah yang mencegah diri dari penularan penyakit

penyakit cintakan dunia, takutkan mati

yang lebih berbahaya dari penularan wabak taun

jadi teman2

ayuh kita bina benteng ini

BENTENG IMAN dan IHSAN

agar diri sentiasa terpelihara kesuciannya

bukan senang, bukan pula payah

perlu kepada kemahuan

untuk membina kembali benteng yang telah terbina dahulunya

bila lagi kalau bukan SEKARANG?

Mulakan Tindakan Anda!!

bagaimana methodnya?

- sedar. ingat, seorg muslim tidak akan jatuh ke dalam lubang yg sama sebanyak dua kali

- tanamkan azam untuk menjadi muslim yg benar2 taat kepada Allah

- jaga hubungan sebagai hamba. banyakkan doa agar Allah membantu mengukuhkan diri

- semua perkara dilakukan keranaNya. lebih mudah jika diamalkan apabila setiap perbuatan dimulakan dengan basmallah dan doa

- menuntut ilmu bukan sekadar penyelamat pointer exam tapi untuk diamati dan diamalkan juga dikongsi dengan masyarakat

apa rahsia untuk mengekalkan keutuhannya?

- banyakkan muhasabah diri terutamanya setiap kali sebelum tidur dan mencari teman2 yang dapat membantu membawa ke arah kebaikan

Apa tunggu lagi??

Yuk, mulakan langkah!!

.. salam mujahadah buat semua ..

Wednesday, November 11, 2009

kuatkan jasadi


bagi menepati syarat menjadi "super musleem"

tidak boleh ditinggalkan salah satu drpd '10 muasafat tarbiyyah'

yang telah digariskan oleh asSyahid Imam Hassan Al-Banna

KUAT TUBUH BADAN

macam mana nak kuat??

Riadhah (bersenam)

@

Mukhayyam (perkhemahan)

@

macam-macam lagi

Bercakap tentang mukhayyam, alhamdulillah.. Setelah pulang dalam keadaan merindui zaman silam, zaman sekolah dulu, dapat juga peluang untuk pergi mukhayyam khariji sekolah di Sg. Ular petang ini.

Ayyuha asySyabab wa alFatayat

YUK SIHATKAN BADAN!!

-kuat jasadi, teguh rohani-

p/s: Riadhah mampu menjadi ibadah jika dilakukan lillahi taala semata

Wednesday, October 14, 2009

...Bila diri Lemah...

Bismillahirrahmanirrahim..


Dalam keadaan diri sibuk dengan hal2 duniawi
Jemari ini dengan pantas meniti
Meluah kata hati yang kini sedang tercari2
Sinar hidayah kasih Illahi
Diri terasa bagaikan lemah seketika
Teringat kisah di bilik ujian syafawi arab siang tadi
Satu soalan diaju
Dengan selamba mulut berbicara
Namun kini kumemikirkan kembali jawapannya

Adakah itu benar2 dari dalam diriku?

"limaza ikhtaroiti hazihil jami'ah?"
(kenapa awak pilih universiti ini?)
"lianna uridu an adrusa 'ilmad dunya wa 'ilmal akhirah
"
(kerana saya nak belajar ilmu dunia dan akhirat)

Sekarang baru diri berfikir
Kalau itu matlamat dan tujuanku
Mengapa diriku di sini kian lemah
Ditipu alam dunia yang benar2 fantasi
Sambil berfikir
Terbaca nukilan yang menyentuh jiwa
Benar2 memuhasabahkan diri
Bibir lantas mengungkap kata Alham
dulillah
Allah masih menyayangiku!!
Dia menegurku di saat diriku alpa

Hayatilah nukilan ini
Anggaplah ia sebagai tazkirah dari Illahi


Hawa
Semoga kehadiran warkah ini tidak akan mengocak kedamaian dan ketenangan hatimu

Sekali lagi kesedihan menyelubungi hati
Ke mana hilangnya sopan santun & rasa hormatmu kepadaku?

Kalau dulu
Untuk mengucapkan sebaris kata di hadapanku sekalipun
Kau hanya menundukkan pandangan
Menyusun kata sebaik-baiknya & seatur mungkin

Namun hari ini

Suatu kebiasaan jika kuperhatikan malumu kian lenyap!!
Antara kita seolah-olah tiada lagi hijab yang menghalang
Kau bisa menyapaku tanpa segan silu

Malu itu selayaknya kau punyai tapi apa yang terjadi kini?

Apa yang membimbangkanku
Keadaan ini bisa menjadikan kita makin hampir mengenepikan tuntutan Illahi

Pergaulan yang kukira antara pemuda & pemudi
M
enenggelamkanku dalam kekalutan perasaan
Terlalu bimbang kiranya suatu hari nanti menjadi kebiasaan
Jika dilihat kaummu & kaumku
Bisa seiringan tanpa ada batasnya lagi

Mengapa tidak kau semaikan rasa malu dalam diri?

Mengapa Hawa yang kukenal tidak lagi selembut dulu?

Tutur kata yang petah
Alunan suara yang lantang
Mengheret aku ke dalam kesedihan yang berpanjangan

Jika keadaan ini berterusan
Suatu hari nanti Hawa akan menguasai dunia & Adam hanyalah penyeri sahaja
Dulu kusanjung tinggi peradabanmu
Tapi kini, kepercyaanku kian luntur

Tatkala kulihat batas-batasmu kian memudar
Sedarlah Hawa
Dirimu menyimpan setinggi-tinggi maruah
Kaum Adam & Hawa mempunyai benteng yang teguh
Janganlah dirobohkannya

Fahamilah
Aku tak ingin kau terlalu menonjol diri

Dengan pakaian yang menjolok mata
Bagiku Hawa adalah sebutir mutiara
Yang terlalu mahal harganya

Terus terang kukatakan wahai Hawa

Bukan kemarahanmu kupinta
Bukan sapaanmu mengembirakanku
Tapi kumahu kau pelihara kesopananmu & maruahmu
Jangan kau dagangkannya
Jika bersua muka, tundukkan pandanganmu

Perlahankan suaramu
& usahlah kau tampilkan dirimu
Meskipun naluri kita sering memerlukan
Peliharalah tingkah lakumu tak kira di mana

Walaupun aku tak mampu terus-menerus memimpinmu
Seandainya kau tersilap langkah

Aku mahu kau sedar!
Sedar dirimu bisa terhumban ke persada kehancuran

Jika dikau biarkan dirimu hanyut dengan pergaulan bebas dikala ini

Ketahuilah duhai Hawa
Kembalilah ke pangkal syariat

Yang dahulunya disanjung tinggi oleh dirimu

Yang digelar hawa,
Lemah dalam kekuatan..

p/s : Anggaplah ini sebagai peringatan buat semua. Bukan untuk mengenengahkan cinta manusia namun sebagai satu cara untuk kita sering memperbaiki diri demi mencari cinta teragung, cinta RABBI.


Wassalam
Fii Amanillah

Sunday, September 13, 2009

cuti kembali

alhamdulillah..
muna selamat sampai di rumah petang sabtu
banyak perkara yang ditemui sepanjang perjalanan



di bulan Ramadhan yang mulia ini
dalam keadaan manusia sibuk
mengejar sebanyak mana pahala dari Illahi
ada juga golongan masyarakat yang terpinga2
tidak tahu apa yang sepatutnya mereka lakukan

ada yang melepak di tangga
menyanyikan lagu yang pelbagai
hanya mampu difahami apabila mendengar dengan teliti
kerana suara yang terjerit2
dan lirik lagu yang tunggang langgang

sahabat: mereka nyanyi jerit2, x dahaga ke? kalau dahaga pun, xleh minum air..
muna: emm.. hanya mampu mengangkat bahu
sahabat: apa nasib org2 ni kan?

muna senyum
sebenarnya teringat tazkirah zaman dulu2
waktu berada di hidayah
pada ramadhan 1429H
lebih kurang beginilah katanya:
"apabila kamu melihat orang yang sedang melakukan dosa, HORMATILAH mereka"

sahabat: apa hal pulak nak hormat orang mcm tu?
muna: hormatilah mereka kerana mereka melakukan dosa dlm keadaan mereka tidak mengetahui @ jahil.jika dibandingkan dengan kita, buat dosa dalam keadaan kita mengetahui bahawa perbuatan itu adalah berdosa, balasan Allah lebih berat terhadap kita kan??



p/s- hormatilah manusia walau bagaimanapun keadaannya kerana Allah sahaja yang mengetahui darjat ketakwaan hambaNya sampai ajal menjengah insan..

....................................................................................

sempena bulan ramadhan yang mulia
hati manusia kini menjadi kian lembut
mungkin kerana hasil tarbiyyah diri
dengan bacaan halwa telinga zikir dan kalam Allah
waktu inilah, diambil kesempatan
oleh beberapa buah sekolah
untuk mengadakan pelbagai program pengislahan diri murid2

waktu cuti
bertuah dapat tugas baru
walaupun agak masih belum sempat melepaskan lelah

ummi: akak tolong ummi ya, esok ada kena buat pengisian di kerteh
muna: diam tanda setuju~

waktu mencabar- jam 1000 hingga 1200, 13092009

setelah memecut laju kereta, akhirnya kami berdua sampai di destinasi
sekolah menengah kebangsaan kampung baru kerteh
katanya yang hadir ini ialah pelajar2 'high-risk'
WOW!!

apabila berdiri di hadapan
melihat wajah2 saudara saudari, teman2 yang lebih kurang seusia
dengan pelbagai gaya dan cara duduk
inilah yang harus ditangani
jangan bagi mereka tidur!
alhamdulillah..mereka mendengar dengan penuh teliti

2 jam berlalu
sangat sekejap terasa
sampai akhir kalam berbicara
merenung dengan penuh sayu
dari raut wajah inilah
terselit harapan yang tinggi
cahaya sinar islam mula terpancar
jika hati2 ini sedar
merekalah generasi muda harapan ummat
mereka akan menjadi GHURABA'
yang bakal membawa perubahan
bermula dari dalam diri
siapa yang tahu siapa mereka kelak?
wallahu a'lam bissawab


kata Dr. Yusuf al-Qaradhawi:
"GENERASI MUDA ibarat mentari
yang menyinari manusia
dengan cahayanya yang terang benderang"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails